Berbuat Dahulu Baru Bercakap


Berbuatlah lebih dahulu baru bercakap
Kerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuat
Janganlah bercakap dahulu baru berbuat
Lebih-lebih lagi bercakap langsung tidak berbuat
Ilmu yang tidak diamalkan macam senjata tidak digunakan
Ia akan berkarat
Apa ertinya simpan senjata sebanyak-banyaknya tidak digunakan
Ia akan menjadi bebanan
Begitulah ilmu yang banyak tidak diamalkan ia akan jadi beban di Akhirat
Orang yang berilmu tidak mengamalkan ilmu, masuk Neraka lebih dahulu daripada orang kafir
Ilmu adalah panduan jalan kehidupan
Atau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamat
Alangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tangan
Berjalan di waktu malam lampu suluh tidak digunakan
Ertinya walaupun ada lampu di tangan, tapi dia masih di dalam bahaya
Berjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampu
Padahal lampu ada di tangan
Lampu itu semata-mata hendak ditunjuk kepada orang
Begitulah ahli ilmu yang tidak beramal, padahal ilmu diperkatakan
Itu tentulah semata-mata hendak tunjuk pandai kepada orang ramai
Bermegah-megah dengan ilmu, tidak ghairah beramal

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah