Apakah engkau merukukkan badan lahir engkau sahaja di waktu sembahyang
Sedangkan batin engkau, engkau tidak terasa rukuk
Kalau jasad lahir engkau sahaja yang rukuk, rukuk itu engkau tidak hayati,
Rukuk engkau tidak ada erti apa-apa
Di waktu engkau sujud,
Apakah hati engkau sujud sama?
Anggota lahir sahaja tidak terasa apa-apa
Ia hanya sekadar exercise sahaja,
Ertinya engkau bersenam kalau hati engkau tidak ikut berserta sujud
Di kala engkau berdiri sembahyang,
Terasakah engkau berdiri di hadapan Tuhan yang tidak bercara
Terasa Tuhan melihat, tahu, mendengar dan berkuasa di atas engkau
Di waktu itu engkau malu kepada-Nya
Hingga terpaku hati dan fikiran engkau dengan Tuhan,
Tidak sempat engkau mengingati perkara-perkara lain
Di ketika itu kebesaran Tuhan sahaja yang engkau rasa
Kalau di waktu berdiri tidak terasa apa-apa terhadap Tuhan,
Mengapa engkau berdiri?
Untuk apa engkau berdiri?
Seolah-olah engkau berdiri sahaja-sahaja!
Berdiri tidak punyai erti apa-apa
Kalau sepanjang masa engkau bersembahyang begitu rupa,
Rupanya selama ini engkau bersenam,
Bersenam dengan rupa orang bersembahyang
Kerana itulah sembahyang engkau tidak merubah perangai
Sama sahaja seperti orang yang tidak bersembahyang
Hakikatnya engkau belum bersembahyang
No comments:
Post a Comment