*Renungan Dhuha*
_*Nama Anda Tiada Dalam Senarai*_.....
Semalam mencuba nasib pergi ke dua buah masjid untuk solat jumaat... dua-dua masjid tak dibenarkan masuk... Waktu sampai dekat pagar masjid penjaga pintu pagar kata dekat saya_ *_"Maaf tuan, nama tuan tak dak dalam senarai 40 orang ni"_* ... _Dua-dua masjid saya kena ayat sama_...
_Terfikir jugak kalau di akhirat nanti bila kita nak masuk syurga, tiba-tiba malaikat Ridhuan (penjaga pintu syurga) kata dekat kita_ *_"maaf tuan, nama tuan tak dak dalam senarai nama-nama ahli syurga ni_"*... _alamatnya terlopong lah kita dekat situ_...
_Atas dunia ni orang tak bagi kita masuk masjid kita boleh balik rumah, solat dekat rumah lepas tu boleh rehat... masyarakat pun faham dengan situasi kita tak dapat pergi masjid...orang takkan kata apa-apa_..
_Tapi kalau di akhirat nanti, bila malaikat penjaga pintu syurga cakap dekat kita macam tu agak-agak ke mana lagi tempat kita nak pergi_...😰😰😭😭
No comments:
Post a Comment