ISLAM MENGHAPUS RASISME


Rasulullah saw. dalam berbagai sabdanya menegaskan bahawa kemuliaan seseorang bukan ditentukan oleh warna kulit mahupun suku bangsa, tetapi ditentukan oleh ketakwaannya kepada Allah SWT.

Pesan Rasulullah saw. saat Haji Wada’ menarik untuk diperhatikan. Beliau menyampaikan pesannya saat tiba di Namirah. Sebuah desa sebelah timur Arafah. Di depan ribuan jemaah haji beliau antara lain bersabda, “Sungguh ayahmu satu. Semua kalian berasal dari Adam. Adam diciptakan dari tanah. Tiada kelebihan orang Arab atas non-Arab. Tiada kelebihan non-Arab atas orang Arab kecuali kerana ketakwaan. Tiada pula kelebihan orang putih atas orang hitam. Tiada kelebihan orang hitam atas orang putih kecuali kerana ketakwaan.” 

Bahkan Rasulullah saw. pernah sangat marah kepada Sahabat Abu Dzar al-Ghifari ra. saat berselisih dengan Sahabat Bilal ra. Kerana Abu Dzar ra. memanggil Bilal ra. dengan sebutan, “Ya Ibna as-Sawda’ (Hai anak seorang perempuan hitam).” 

Artikel Penuh:
https://muslimahhtm.blogspot.com/2020/06/islam-menghapus-rasisme.html

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah