*💖💖 Akhlak Mulia Rosulullah ﷺ part 9💖💖*
_Rasulullah ﷺ juga memiliki adab atau akhlak yang agung di dalam hal makan, minum dan kebersihan. Semua ini merupakan aktiviti kehidupan sehari-hari Beliau. Sebagai contoh, jika Rasulullah ﷺ. hendak makan roti dan daging, maka Beliau akan mencuci kedua tangannya dengan baik. Jika sedang duduk untuk makan, maka Beliau akan memakan makanan yang ada didekatnya sahaja.❤️❤_
_Beliau juga memerintahkan seorang budak kecil yang saat itu sedang makan bersama Beliau untuk mempraktikkan adab tersebut. Beliau berkata kepadanya:_ *“Wahai budak kecil, bacalah Basmalah dan makanlah dengan tangan kanan serta ambillah makanan yang berada didekatmu.”*💓💓
_Dalam hal ini, Rasulullah ﷺ. benar-benar memiliki akhlak yang sangat agung. Bagaimana tidak, Beliau tidak pernah bernafas di dalam gelas ketika sedang minum, akan tetapi jika Beliau ingin bernafas ketika sedang minum, maka Beliau akan mengangkat gelas terlebih dahulu dari mulutnya. Beliau melarang seseorang yang sedang minum dengan bernafas di dalam gelas. Jika ia ingin bernafas, maka hendaknya ia menjauhkan gelas terlebih dahulu dari mulutnya, setelah itu baru bernafas._💖💖
*Rasulullah ﷺ. juga tidak sukakan memakan bawang putih, bawang merah dan bawang bakung atau bawang perai. Ini kerana Beliau selalu berbicara dengan malaikat Jibrīl. Bau tidak sedap yang ditimbulkan sebab memakan bawang tidak layak bagi seorang utusan seperti Rasulullah ﷺ..*💙💙
_Di antara adab atau akhlak Rasululah ﷺ. dalam hal makanan adalah: Beliau tidak pernah mencela satu macam makanan sekalipun. Jika Beliau berselera terhadap salah satu makanan, maka ia memakannya, apabila tidak, maka Beliau akan meninggalkannya. Namun ketika ada bermacam menu makanan yang tidak biasa Beliau makan dan Beliau tidak menyukakannya, maka Beliau meninggalkan. Akan tetapi pada waktu yang sama Beliau juga tidak melarang orang lain yang telah terbiasa memakan dan yang berselera untuk mencicipinya._💓💓
*Pada suatu ketika, Beliau dijamu dengan Dabb (haiwan melata sejenis kadal) yang dibakar, namun Beliau tidak mencicipinya dan ia juga tidak mengharamkannya. Beliau memberikan alasan kenapa Beliau tidak mau mencicipinya dengan alasan kerana Dabb tidak terdapat di tempat tinggal Beliau dan tidak merupakan makanan mereka.*
*🌹🌹Allahummaa Shollii Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa Alaa Aaliihi Sayyidinaa Muhammad🌹🌹*
No comments:
Post a Comment