Apabila pelajaran dan pendidikan tidak bertunjangkan tauhid atau ketuhanan
Maka penjajahan akal fikiran pun berlaku di kalangan insan
Itulah yang dinamakan fikiran sekular
Fikiran sekular itulah yang akan berlaku penjajahan ke atas penjajahan oleh hawa nafsu pula
Apabila fikiran dijajah oleh faham sekular dan nafsu,
Sungguh dahsyat dan bahaya kepada manusia
Kerana penjajahan terhadap akal fikiran orang tidak sedar dan payah disedarkan
Biasanya itu lebih lama daripada penjajahan fizikal
Penjajahan fizikal semua orang sedar,
Bahkan marah dan sentiasa hendak cari jalan keluar untuk bebas
Lahirlah perjuangan berabagai-bagai cara sama ada secara evolusi,
mahupun secara revolusi untuk kebebasan
Tapi berlainan sekali penjajahan fikiran,
Ia merasa menjajah bukan dijajah
Orang tidak ada cita-cita hendak membebaskan fikirannya yang telah dijajah
Bahkan dia pula memikirkan bagaimana hendak menjajah fikiran orang lain untuk dijajah
Membebaskan penjajahan fizikal memerlukan pemimpin yang ditunjuk oleh rakyat untuk kebebasan
Penjajahan fikiran memerlukan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan
Bahayanya penjajahan fikiran ini dia membunuh fitrah manusia
Kemahuan fitrah manusia itu kemahuan semua dan bersama
Ia puas dan memuaskan, indah-mengindahkan, harmoni-mengharmonikan
Ia boleh hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama
Pendidikan sekularlah yang menjadi orang tidak hormat ibu bapa, guru-guru, ulamak-ulamak dan pemimpin
Fikiran sekular itulah menjadikan ibu bapa, guru-guru, para ulamak, pemimpin hilang kasih sayang
Fikiran sekularlah menjadikan orang hidup nafsi-nafsi
Kemanusiaan musnah sama sekali, tidak peduli-mempeduli
Isteri tidak hormat suami, suami kurang simpati dengan isteri
Fikiran yang kena jajah inilah yang menjadikan orang tidak takut dan cinta kepada Tuhan
Akibat darinya ramailah orang berani melakukan jenayah yang berbagai-bagai bentuknya
Akhirnya fikiran sekular itulah yang memerangkap dan menyusahkan diri manusia sendiri
Setelah fikiran memakan diri, setelah senjata makan tuan,
Barulah sibuk hendak membuat jalan penyelesaiannya
Tapi fikiran sekular itulah yang masih berperanan untuk menyelesainya
Masalah tidak selesai, datang pula penyakit masyarakat yang baru yang menakutkan
Masyarakat duniatelah buntu
Hukuman dari Tuhan kepada manusia yang sudah derhaka, ingkar dan mungkar
Hanya sesungguhnya, orang Tuhan sahaja yang dapat menyelamat dunia yang sudah jadi neraka ini
No comments:
Post a Comment