Sudah menjadi sunnatullah
Orang yang baik itu tidak ramai
Lebih-lebih lagi pemimpin dan orang kaya yang baik, itu bilangan jari sahaja
Beratus atau berpuluh-puluh tahun sekali baru berjumpa
Orang yang baik itu selalunya tersisih
Orang ramai memandang serong kepadanya
Mereka dianggap orang yang tidak mengikut arus perdana
Selalunya mereka hidup menderita atau dihina
Begitulah orang yang baik, Tuhan tidak istimewakan di dunia
Keistimewaan mereka adalah di Akhirat sana
Tapi mereka rasa cukup dengan Tuhannya
Tuhan adalah cinta Agungnya dan kebahagiaannya
Kalau seluruh dunia orang menghinanya,
Namun tidak akan mengubah jiwa dan sikapnya
Orang yang baik itu tidak memandang kebaikannnya adalah kepunyaannya
Bahkan dia belum merasa membuat baik
Kerana seluruh kebaikannya dipulangkan seluruhnya kepada Tuhannya
Dia merasa orang yang hina, tidak ada nilai dan tidak ada harga dirinya
Tidak mempunyai kebaikan apa-apa
Cuma orang yang baik memandang baik kepadanya
Orang yang baik memandang dia adalah orang baik
Tapi yang punya diri tidak merasa yang dia baik
Sentiasa sahaja rasa bersalah dan berdosa
Kerana itulah dia bertaubat setiap masa
Agar Tuhan mengampunkan segala dosa-dosanya
Agar Tuhan redha kepadanya
No comments:
Post a Comment