Kaya kerana bersikap Pemaaf



Kisah Abu Dom Dom yang miskin tapi sedekahnya diterima.

Abu Dom Dom tak punya walaupun segenggam kurma, tak punya walau pun sedikit harta, tak punya walau pun sekeping dinar atau dirham, bagaimana Abu Dom Dom bersedekah? 

Abu Daud meriwayatkan dengan sanad mursal bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda kepada para sahabat, “ Adakah ada di antara kamu berasa keberatan untuk menjadi seperti Abu Domdom?”

Abu Dom Dom miskin, tak punya apa, maka, dalam kegelapan malam, dia pun bangun dan mengerjakan solat dua rakaat seraya berdoa, “Ya Allah, ya Tuhanku! Orang-orang yang berharta boleh bersedekah dengan harta mereka, mereka yang memiliki kuda boleh mengerahkan kuda mereka (untuk kepentingan jihad) dan orang yang memiliki unta juga boleh menyiapkan unta mereka. Sedangkan aku ini, ya Allah, tidak punya harta benda. Tidak punya kuda dan tidak punya unta. 

Ya Allah, kerana itu aku sedekahkan kepada-Mu dengan doaku ini dan terimalah sedekahku ini.

Ya Allah, sesiapa  yang berbuat zalim kepadaku atau mencelaku atau mencaciku atau mengumpat aku daripada kalangan kaum muslimin, maka jadikanlah mereka selalu sihat, selalu mendapat kemudahan dan selalu mendapat maaf dari-Mu.”

Akhirnya, Allah pun menerima sedekahnya. “ Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) daripada orang-orang yang bertakwa.” ( Al-Maidah: 27 )

Memang amat sukar untuk kita memaafkan orang yang pernah menyakiti kita dan kemudian mendoakan pula kebaikan untuk mereka. Namun itulah antara sedekah yang paling berharga yang tidak ternilai. 

Jadilah seperti Abu Dom Dom.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah