*M126*
Dahulu masyarakat Islam, kaum ibunya lebih rasa bangga dan terhormat makan minumnya ditanggung oleh suami,
daripada sekarang sudah terbalik,
kaum ibunya lebih suka bekerja mencari rezeki sekalipun suaminya atau bapanya mampu menanggung kehidupannya.
*M127*
Bangunkanlah dunia sehebat mana yang kita mahu dengan ilmu dunia, tapi ingat, membangunkan diri mestilah dengan ilmu agama.
*M128*
Jangan anggap setiap yang lojik itu benar.
Sering berlaku, yang lojik itu salah.
Dan juga jangan anggap setiap yang tidak lojik itu salah.
Banyak pula yang benar itu tidak lojik.
*M129*
Selalunya ahli falsafah boleh memberi ilmu, gagal memberi akhlak.
Ahli kerohanian (para rasul, nabi, aulia dan solihin) memberi kedua-duanya sekali,
ilmu dan akhlak.
*M130*
Teori dan praktis selalu berlawanan.
Pengakuan dan amalan selalu bertentangan.
Perkara yang lojik selalu mengecewakan.
Janji selalu sahaja tidak bertepatan.
Berbincang selalu sahaja membawa perbalahan.
No comments:
Post a Comment