Keperluan Manusia dalam Kehidupan


Di dalam kehidupan di dunia, sangat banyak yang diperlukan oleh manusia.
Keperluan itu ada yang pertama dan utama,
ada yang penting dan ada yang sampingan.
Keperluan yang pertama dan utama adalah Allah Taala, pencipta alam yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.
Kerana Dia adalah segala-galanya.
Kemudian yang penting; agar hidup berdisiplin; adalah syariat Tuhan.
Itulah jalan menuju Tuhan iaitu jalan keredhaan-Nya.
Keperluan sampingan adalah makan minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan.
Kemudian perempuan sebagai isteri atau laki-laki sebagai suami,
agar dapat berhibur dan bertolong bantu di dalam kehidupan.
Apabila kita dapat yang pertama dan utama, kemudian yang penting,
di situlah kehidupan dan ketenangan hidup.
Yang lainnya hanya setakat tambahan sahaja atau tambahan semata-mata atau sampingan.
Tapi oleh kerana manusia ramai yang buta hati, walaupun celik mata,
kerana cinta makan minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan, tolak Tuhan.
Lantaran perempuan, tinggalkan Tuhan Rabbul 'Alamin.
Inginkan kebebasan, tolak syariat Tuhan pentadbir alam.
Akhirnya apa sudah jadi?
Atau apa kesudahannya?
Manusia hidup porak-peranda sekalipun kaya dan berkuasa.
Apatah lagi yang miskin menderita dan sengsara, lagi terhina.
Kembalilah kepada Tuhan, syariat jadikan jalan kehidupan.
Di situlah rahsia kebahagiaan dan ketenangan,
mendapat pula keredhaan Tuhan.
Di Akhirat, selamat pula daripada api Neraka. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah