✿ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ✿
Suatu hari Rasulullahٍ SAW sedang duduk bersama Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA di kebun. Di atas kepala mereka ada lebah yang berisik mengeluarkan suara khasnya.
Mendengarnya Rasul tersenyum dan bertanya pada Sayyidina Ali :
“Wahai Ali, tahukah engkau apa yang dikatakan lebah ini?”
Sang Lebah berkata kepadaku :
“Wahai Rasulullah SAW , aku telah sisipkan sedikit madu untukmu. Aku ingin hari ini engkau menjadi tamuku. Perintahkan Ali untuk mengambil madu itu ditempatnya.”
“Wahai Ali, ambillah madu itu. Lebah ini ingin kita menjadi tamunya hari ini”.
Kemudian Rasulullahٍ SAW bertanya pada lebah :
“Kau menghinggapi bermacam bunga, tapi mengapa madu yang kau hasilkan begitu manis dan berkhasiat”.
Lebah itu menjawab :
“Ya Rasulullah, setiap kami mendekati bunga, ALLAH SWT mengilhamkan pada kami untuk berselawat kepadamu. Dan kerana selawat itu, terjadilah apa yang terjadi pada madu yang kami keluarkan.”
Subhanallah...
Segala sesuatu yang berhubungan dengan Rasulullah SAW akan berubah menjadi manis dan mulia. Bila binatang saja merasakan keajaiban dengan berselawat kepada Nabi SAW bagaimana dengan umatnya yang sering berselawat kepada Hadhratur Rasul SAW
Ya ALLAH...
Basahi bibir kami untuk sentiasa istiqomah berselawat kepada Rasulullah SAW , berkahi kami pada bulan Ramadhan ini, malam-malam dan harinya, sampaikan kami pada bulan Ramadhan berikutnya dan jadikan kami mendapatkan kebaikan yang agung di dalamnya.
ﺍﻣﻴﻦ ﺍﻣﻴﻦ ﺍﻣﻴﻦ ﻳﺎ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
*10 KEUTAMAAN MEMBACA SELAWAT*
==================
-
Telah Berkata :
*SAYYIDINA AL IMAM IBNUL JAUZI RAHIMULLAH*
-
1. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Akan Mendapatkan Kasih Sayangnya Allah SWT .
2. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Akan Mendapatkan Syafa'at Baginda Rasulullah ﷺ.
3. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Meneladani Amalan Para Malaikat Yang Mulia.
4. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Di Bezakan Dari Golongan Orang Kafir & Munafik.
5. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Dapat Menghapus Diri Dari Kesalahan & Dosa - Dosa.
6. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Akan Terkabul Segala Hajat & Pengharapan.
7. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Akan Bercahaya Di Dalam Zahir & Batin-Nya.
8. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Akan Mendapat Keselamatan Diri Dari Siksa Api Neraka.
9. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Akan Menjadi Sebab Masuk Ke Dalam Syurganya Allah SWT .
10. ORANG YANG SENTIASA BERSELAWAT
Mendapat Salam Dari Allah SWT Yang Maha Ampun.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
No comments:
Post a Comment