*M21*
Sekiranya seseorang itu merasa terseksa dengan pujian-pujian serta meminta ampun kepada Tuhan,
dan rasa senang dengan kejian,
rasa kehambaan benar-benar menghayati jiwanya.
*M22*
Setiap orang itu dikatakan pemurah tidak sama ukurannya di antara satu sama lain.
Perbuatan yang sama di antara beberapa orang di dalam mengorbankan harta,
setengah orang sudah boleh dikatakan pemurah. Tapi pada orang lain belum boleh dikatakan pemurah,
kerana kemewahan dan kesenangan di antara satu sama lain tidak sama.
*M23*
Kita jangan terlalu bangga dengan jawatan tinggi,
harta yang banyak, kemajuan yang pesat,
kerana tidak tahu apakah Allah menganugerahkan itu semua dengan rahmat-Nya atau dengan istidraj-Nya.
Diberi dengan rahmat ertinya diberi dengan kasih sayang.
Diberi dengan istidraj ertinya diberi dengan penipuan dari Allah atau kemurkaan dari Allah.
*M24*
Sekiranya kita serba mewah kerana gaji lumayan, perniagaan besar,
jawatan tinggi, serta kemudahan ada di tangan, janganlah kita bersenang hati.
Insaflah!
Kita berada dalam kekuasaan Tuhan bila-bila kita boleh dimatikan,
sekelip mata kemewahan kita Allah boleh ambil.
Oleh itu hendaklah takut dengan Tuhan,
taati Dia, bersyukurlah kepada-Nya,
agar kita sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya,
selepas itu hendak jadi apa pun tidak mengapa.
*M25*
Dahulukanlah hak Allah, kemudian hak manusia,
selepas itu barulah hak kita,
begitulah yang dituntut oleh syariat kita.
Siapa yang boleh melakukannya,
dia adalah orang yang pandai hidup.
No comments:
Post a Comment