*M46*
Setiap satu ulas nasi yang kita makan,
walaupun yang menciptanya Tuhan yang maha Esa,
tapi orang yang terlibat dengan satu ulas nasi itu mungkin puluhan atau ratusan atau ribuan orang,
baru sampai ke mulut kita.
Ertinya baru satu ulas nasi,
sudah berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita,
belum lagi perkara-perkara lain.
Tapi pernahkah kita berfikir dan sedar?
*M47*
Setiap nikmat dari Allah yang sampai kepada kita itu, ribuan orang yang terlibat mengusahakannya.
Kalau kita menggunakan akal pun, sudah cukup menginsafkan dan menyedarkan kita,
yang mana kita patut malu hendak sombong dengan mereka.
Justeru kalau bukan kerjasama mereka,
nikmat itu tidak akan sampai kepada kita.
*M48*
Di antara kelebihan orang mukmin itu ialah musuh sentiasa gelisah dan tidak tenang berhadapan dengannya,
sekalipun musuh-musuh itu sudah dapat mengalahkannya,
betapa pula kalau mereka dikalahkan oleh orang mukmin.
*M49*
Orang yang kuat jiwa; kerana kuat dengan Tuhan;
mukanya selalu ceria sekalipun ia di dalam ujian,
seolah-olah dia macam tidak ada masalah,
yang dia selalu susahkan ialah dosanya.
*M50*
Menghina dirilah kepada Allah
kerana kita memang hamba-Nya.
Jangan menghina diri kepada manusia, justeru mereka juga sesama hamba.
No comments:
Post a Comment