*M76*
Kalau rasa bertuhan tidak wujud di dalam hati ketika berada di mana-mana,
apa lagi yang dapat membendung manusia daripada sifat-sifat mazmumah seperti sifat-sifat sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.
Mazmumah itulah punca penyakit masyarakat.
*M77*
Cuba saudara dan saudari, tuan puan gambarkan,
orang yang hidupnya begini:
di pejabat atau di tempat kerja dileter oleh bos,
di rumah dileteri oleh isteri,
di dalam perjalanan bertikam lidah dengan pemandu kenderaan yang tidak bertimbang rasa.
Bila ada masalah,
tidak ada tempat hendak mengadu.
Kalau mengadu, jadi bahan cerca dan perli.
Iman lemah pula di dada atau tiada kesabaran, redha jauh sekali.
Kita rasa orang ini seperti sudah berada di ambang pintu Neraka.
*M78*
Apabila hilang malu,
benteng diri manusia telah roboh.
Segala gejala buruk mudah sahaja menyerangnya.
Di waktu itu setiap perkara yang malu pada tubuh manusia akan didedah secara dihias
dan akibatnya terangsang manusia lain.
Maka penyakit hilang malu ini akan menular merata masyarakat.
Maka punahlah akhlak, terkuburlah satu bangsa.
*M79*
Orang yang melupakan Allah itu
sentiasa gelisah, mudah marah,
gopoh bertindak, sentiasa tidak puas, mudah buntu, selalu kecewa, mudah putus asa sekalipun di dalam kemewahan dan serba ada.
*M80*
Orang yang selalu jiwanya tidak tenang ialah orang pemarah, pendendam, rasa tidak cukup, hasad dengki, memikirkan masa depan yang belum terjadi, tidak sabar, lupa tentang qadha dan qadar dari Allah, tidak percaya dengan orang.
No comments:
Post a Comment