MADAH baru 178


*M51*
Siapa yang menghina diri kepada Allah,
dia akan mulia dan ditinggikan.
Siapa yang menghina diri kepada manusia,
dia akan terhina sepanjang masa.
   

*M52*
Menghina diri kepada Allah, 
manusia tidak nampak kehinaannya,
tapi menghina diri sesama manusia,
sesama manusia nampak kehinaannya.


*M53*
Biar kita berjiwa besar, 
bercakap merendah diri,
daripada bercakap besar,
jiwa kecil sekali. 

 
*M54*
Kalau kita meminta kepada Allah begian-begian selagi halal;
iaitu kita menentukan kehendak kita ;
kita harap Allah tunaikan, bukanlah satu kesalahan. 
Tapi yang baiknya, sebagai beradab, 
kita meminta kepada Allah menentukan apa yang baik untuk kita.
Justeru kehendak kita tidak terlepas daripada nafsu. 

 
*M55*
Sebenarnya rezeki dan keperluan yang Allah untukkan kepada hamba-hamba-Nya di dunia,
cukup sebanyak mana bilangan hamba-hamba-Nya setiap masa. 
Tapi ada golongan yang mengambil lebih daripada keperluan,
maka dia telah mengurangkan habuan orang lain.
Justeru itulah ada orang yang tidak cukup. 

 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah