MADAH baru 188


*M116*
Kalau seseorang itu dianggap bodoh, 
kerana tidak membuat persiapan di hari tua,
yang masanya terlalu terbatas,
logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati,
yang masanya tidak berkesudahan. 

              
*M117*
Di dunia dapat kita rasakan, 
kalau kita dihukum dengan dimasukkan ke dalam sel sekian-sekian tahun lamanya,
di waktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa,
pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya,
kawan banyak tidak ada guna,
keluarga dan sanak saudara yang ramai pun tidak boleh buat apa-apa,
mengapa tidak terfikir oleh kita,
di akhirat kelak segala-galanya tadi,
lebih tidak berguna dan tidak menyelamatkan kita.
Oleh itu janganlah kita berbangga dengan itu semua. 

 
*M118*
Banyak orang mampu berhadapan dengan gunung yang tinggi,
sungai yang dalam, lautan yang luas,
hutan yang tebal, lurah yang payah,
tapi bila berhadapan dengan wanita dan wang ringgit, dia menyerah kalah. 

*M119*
Jika seorang wanita itu sifat malunya sudah hilang,
ertinya mutiara berharga pada dirinya sudah hilang.
Di waktu itu kecantikan fitrahnya sudah punah.
Kecantikan tarikan nafsu yang terserlah. 

              
*M120*
Barang yang berharga seperti intan, berlian, emas, perak,
dia tidak diletakkan di sebarang tempat,
tempatnya terbatas,
dia dijaga dan dikawal pula.
Begitulah wanita Islam, 
kerana Islam memandang mereka sangat berharga,
dia tidak boleh diletakkan di sebarang tempat.
Dia mesti ditempatkan di tempat yang selamat dan dijaga pula.
Oleh itu kalau wanita Islam sudah suka diletakkan di sebarang tempat,
kemudian tidak perlu dijaga,
ibarat barang, dia sudah sama dengan asam, garam, ikan masin, belacan,
boleh diletakkan di mana-mana dan tidak perlu dijaga.
Di waktu itu bermacam-macam serangga akan datang mengurunginya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah