MADAH baru 181


*M71*     
Kesenangan dan kemewahan
selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu
selalunya membawa kekecewaan dan putus asa. 
Kecuali terhadap orang yang mukmin. 

 
*M72*
Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu, 
cepat melahirkan sifat marah, 
suka memotong percakapan orang, 
suka bermujadalah, 
nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang lebih darinya di satu majlis, 
cakap meninggikan suara, pantang ditegur, 
tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 

 
*M73*
Orang yang sudah hilang sifat marah, dayus. 
Cepat melahirkan sifat marah, lemah mujahadah. 
Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan
kecuali di tempat-tempat munasabah, inilah manusia normal. 

 
*M74*
Orang yang tamak, merasa tidak cukup-cukup,
ertinya sentiasa merasa miskin. 
Oleh itu ia sentiasa memburu-buru yang belum ada. 
Yang ada, ada kalanya tidak sempat digunakan
kerana terlalu sibuk memburu yang tiada. 
Fikiran berserabut, jiwa kusut, fizikal letih selalu kerana tidak berehat.
Di dalam kesibukan inilah dia mati. 

 
*M75*
Orang yang frust (sakit jiwa) atau kecewa atau putus asa, biasanya pergantungannya dengan Allah terlalu lemah atau tiada langsung.
Di sinilah pentingnya peranan iman di dalam kehidupan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah