Kembali Kepada Fitrah Hamba



Seseorang hamba itu, kalau dia kembali kepada fitrahnya,
di situlah ketenangan dan kebahagiaannya.
Dia merasa dirinya hina,
kerana kejadiannya memang hina.
Kejadian yang pertama dari tanah yang tidak ada nilainya.
Kejadian yang kedua dari air mani yang menjijikkan dan amat hinanya.
Kerana sedar dirinya hina, rasa malunya terbawa di mana-mana.
Dia rasa tidak ada harga diri.
Kalau orang hendak menghinanya, hinalah.
Tidak mengapa, memang aku hina.
Jika orang memujinya, terseksa dirinya,
dia rasakan orang memakinya.
Kerana kemuliaan itu tidak patut dia terima.
Orang yang hina dimuliakan,
kerana dia sedarkan diri kemuliaan itu amat menyeksakan,
bukan satu keseronokan.
Dihina dia lebih merasa dimuliakan.
Dimuliakan dia merasa satu penghinaan.
Penghormatan yang tidak patut diberi, dianugerahkan.
Seolah-olah dia merasakan manusia memerli-merlinya.
Orang yang sedar dirinya hamba,
dia tidak terfikir ingin menagih sanjungan dan pujian.
Tapi kalau manusia yang tidak sedarkan dirinya,
dia rasa tuan, patut dimuliakan.
Di mana-mana pergi patut mendapat penghormatan.
Manusia macam ini kalau dihina, terseksa jiwanya.
Kalau dipuji, berbunga hatinya.
Terasa pula manusia luar biasa.
Orang ini tidak payah dihina.
Kalau tidak diberi penghormatan pun sudah cukup menyeksakan.
Orang yang rasa dirinya tuan,
ke mana pergi jiwa tidak tenang kalau tidak diberi penghormatan.
Mana hendak dapat penghormatan setiap masa? 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah