MADAH baru 176


*M31*
Apabila nikmat dianugerahkan oleh Allah dengan rahmat,
walaupun sedikit, dia akan menjadi berkat.
Apabila diberi dengan istidraj, berkatnya hilang, masalah akan menimpa-nimpa datang,
yang menjadikan nikmat yang banyak itu tidak ada ertinya lagi.
Seseorang itu akan hidup sentiasa keluh-kesah di dalam nikmat yang banyak itu.


*M32*
Ketika kita berhadapan dengan nikmat,
hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya,
tapi Allah telah mengurniakan,
ingatkan dalam hati ia datang dari Allah,
moga-moga kita bersyukur dan hendaklah rasa takut, 
kerana kita tidak tahu,
apakah ia diberi dengan rahmat atau istidraj. 

 
*M33*
Janganlah rintihkan sesuatu yang terlepas daripada dunia,
seperti harta atau peluang naik pangkat,
atau terputus cinta dan sebagainya,
tapi rintihkanlah sesuatu yang daripada akhirat,
seperti tidak dapat sembahyang jemaah,tidak dapat bangun tahajjud,
tidak dapat berbuat baik kepada ibu bapak,
tidak dapat bersedekah dan sebagainya.


*M34*
Kutiplah sebanyak pahala yang diberi tanpa diusahakan,
ia merupakan hadiah percuma daripada Tuhan Al hannan Wal Mannan,
seperti redha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujian-Nya,
gembira dengan cercaan orang,
benci dengan pujian, tawakal kepada-Nya.
Banyak orang tidak dapat mengutipnya,
sayang sekali dia hilang percuma.


*M35*
Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat, susah hati kita,
sudah dapat, bimbang kehilangannya.
Kemudian apa yang didapati itu rasa tidak cukup,
lebih-lebih lagi apa yang kita dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat,
timbul pula tamak memburunya.
Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan,
sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu suatu perkara yang tiada nilainya. 

 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah