ikhwan Rasulullah saw

salam wrt...

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat,

“siapakah yg paling luar biasa imannya?”

Para sahabat menjawab, “malaikat,ya Rasulullah.”

Balas Rasulullah, “sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, “para
nabi,ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata, “para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada
Allah.”

Para sahabat mencuba lagi, “kalau begitu kamilah yang paling beriman.”
Jawab Rasulullah, “aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”

Lalu, salah seorang sahabat berkata, “kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui.”

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka
adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al
Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman
denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang
yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi
beriman denganku.”

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “sesungguhnya, aku rindukan mereka…

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

MADAH baru 191


*M131*
Seorang yang mengetahui sesuatu perkara dengan pengalaman, bukan pelajaran (teori), 
boleh berbuat, susah hendak disyarahkan. 
Seseorang yang mengetahui dengan teori, boleh mensyarahkan, kurang mahir di segi perbuatan,
kecuali dia berpengalaman sama. 

              

*M132*
Petah bercakap tidak mestinya pandai. 
Tidak petah bercakap tidak semesti bodoh. 
Tidak mesti pandai bercakap, pandai menulis. 
Begitu juga tidak mesti pandai menulis, pandai bercakap. 
Tidak mesti pandai berteori, pandai berbuat. 
Begitu juga tidak mesti pandai berbuat, pandai berteori. 


*M133*
Pencinta ilmu tertarik daripada ahli pidato ke atas isi ucapannya. 
Orang yang emosional atau darah muda, 
tertarik dengan kepintaran kurang minat dengan isi.  


*M134*
Jarang sekali tamadun yang dibangunkan oleh orang-orang dahulu yang dapat disaksikan hingga ke hari ini,
yang bersifat fizikal,
dibangunkan oleh orang-orang kerohanian, tapi kebanyakan dibangunkan oleh orang-orang yang berkuasa dan tokoh dunia. 


*M135*
Empayar yang dibangunkan oleh orang politik selalunya dengan kuasa dan paksa. 
Tapi empayar yang dibangunkan oleh orang kerohanian dengan ilmu dan akhlaknya. 

             

Carilah Redha Tuhan


Untuk menjadi orang yang berilmu dan pandai mudah,
bertanggungjawab dengan ilmu tidak semudah itu.
Hanya orang yang takutkan Tuhan sahaja yang boleh.
Menjadi orang yang kaya pun tidak susah, 
berkorban dengan kekayaan tidak (mudah).
Biasanya bila kaya jadi megah, sombong pun datang, bakhil pun menyerang.
Untuk mencari kemegahan dunia mudah,
menjadi orang Tuhan tidak semudah.
Orang Tuhan beribadah, berakhlak, berkasih sayang, pemurah, merendah diri, pemaaf, berkhidmat.
Mencari nama dan glamor secara dunia ramai yang boleh kerana ramai penyokongnya.
Tapi ada orang, dia patut diberi nama, sebaliknya
kerana dia beragama, banyak pihak tidak suka. 
Oleh itu di duniai ini tidak boleh menjadi ukuran menilainya.
Ada orang baik dianggap jahat kerana dia orang Tuhan,
ada orang jahat dianggap baik kerana dia disukai kerajaan.
Penilaian yang sebenarnya di Akhirat, tepat.
Yang akan patut dibela akan dibela, yang akan patut dihina akan dihina.
Semuanya berlaku dengan adil dan saksama.
Carilah penilaian Tuhan janganlah cari penilaian insan
Apalah ertinya dapat sanjungan manusia di dunia hanya sementara.
Carilah sanjungan Tuhan, ia kekal abadi di Akhirat sana.
Kalau engkau dianggap oleh manusia jahat, tidak mengapa, jangan Tuhan anggap.
Janganlah terpesona dengan anggapan baik dari manusia, ia menipu daya.
Di Akhirat kelak kecewa, tempatnya Neraka.
Carilah kebaikan+a yg mengikut tanggapan Tuhan, 
sekalipun semua makhluk menghina.
Penghinaan itu hanya sementara, 
tanggapan baik dari Tuhan itu sepanjang masa.
Carilah redha Tuhanlah, jangan cari redha manusia.
 

MADAH baru 190


*M126*
Dahulu masyarakat Islam, kaum ibunya lebih rasa bangga dan terhormat makan minumnya ditanggung oleh suami,
daripada sekarang sudah terbalik,
kaum ibunya lebih suka bekerja mencari rezeki sekalipun suaminya atau bapanya mampu menanggung kehidupannya.


*M127*
Bangunkanlah dunia sehebat mana yang kita mahu dengan ilmu dunia, tapi ingat, membangunkan diri mestilah dengan ilmu agama. 

 
*M128*
Jangan anggap setiap yang lojik itu benar.
Sering berlaku, yang lojik itu salah.  
Dan juga jangan anggap setiap yang tidak lojik itu salah.
Banyak pula yang benar itu tidak lojik. 

              
*M129*
Selalunya ahli falsafah boleh memberi ilmu, gagal memberi akhlak. 
Ahli kerohanian (para rasul, nabi, aulia dan solihin) memberi kedua-duanya sekali,
ilmu dan akhlak. 

              
*M130*
Teori dan praktis selalu berlawanan. 
Pengakuan dan amalan selalu bertentangan. 
Perkara yang lojik selalu mengecewakan. 
Janji selalu sahaja tidak bertepatan. 
Berbincang selalu sahaja membawa perbalahan.

MADAH baru 189


         
*M121*
Di antara sebab-sebab wanita tidak boleh dikontrol oleh suami di zaman ini, 
pertama, sudah tentulah faktor kelemahan iman.
Selain itu, setengah isteri ilmunya lebih tinggi daripada suami, 
atau jawatannya lebih tinggi daripada suami,
atau lebih kaya daripada suami. 

              
*M122*
Kalau seorang perempuan itu keluar dari rumahnya tidak menutup aurat,
ertinya setiap lelaki yang memandang kecantikan perempuan itu berkongsi dengan suaminya,
suaminya menjadi dayus.
Sebanyak lelaki yang melihat, 
sebanyak itulah dosa yang diterima oleh perempuan itu dan suaminya,
dan kalau dia belum berkahwin,
ibu bapanya yang menerima dosanya bersama. 

              
*M123*
Berhati-hatilah melihat perempuan,
suaranya menawan hati, melihat tubuh badannya merangsang nafsu,
godaannya selalu menangkap,
tipu dayanya selalu mengena.
Hendak bertindak ke atasnya selalu tidak sampai hati.
Oleh itu, bergaul dan bercakaplah dengan mereka sekadar yang perlu.
Bersunyi, berdua-duaan jangan sekali,
kerana syaitan akan ada sama menjadi orang yang ketiga. 

              
*M124*
Di dalam sebuah keluarga, jika ada anak perempuan,
bererti pada mereka itu ada intan berlian.
Intan berlian orang letak di dalam kotak yang tertutup,
di suatu tempat yang khusus dan rahsia lagi mulia.
Jika keluarganya sudah suka mereka keluar rumah, bebas ke mana-mana,
seperti intan tadi, diletakkan di tepi jalan,
tempat lalu lalang manusia.
Apakah intan berlian itu selamat dari dicuri orang? 

*M125*
Mulianya wanita itu di rumah,
bukan di luar rumah,
kecuali keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Malangnya sekarang, sudah terbalik,
wanita merasakan dia mulia di luar rumah daripada di rumah.

Mazmumah mengeraskan hati

Mazmumah itulah yang mengeraskan hati nurani yang bertapak di dalam hati daging yang lembut.
Apabila hati nurani menjadi keras,
seluruh pintu kebaikan tertutup.
Tersumbatlah telinga untuk mendengar kebenaran.
Ilmu sudah tidak terjatuh ke hati, hanya tersangkut di dalam akal
Mata melihat, namun kebenaran tidak juga dapat dilihat.
Pintu hati tersendat rapat.
Rasa takut, malu, cinta, bertimbang rasa, tabah dan redha tidak masuk lagi di hati.
Akal bukan lagi memikirkan kebaikan.
Bukan lagi memikirkan Tuhan dan perintah-perintah-Nya
Yang difikirkan adalah makan, minum, pangkat, dunia dan betina.
Apabila tidak dapat, mengeluh, dukacita, kecewa, kemuncaknya putus asa.
kalau dapat pula bakhil, sombong, angkuh, tamak, menzalim dan berfoya-foya.
Jagalah hati dengan sebaik-baiknya.
Ia adalah merupakan sumber kebaikan dan juga sumber kejahatan.
Kalau dia menjadi sumber kebaikan, 
sumber kejahatan tertutup.
Jika ia menjadi sumber kejahatan, 
maka sumber kebaikan pula tertutup.
Kedua-dua sifat itu tidak akan boleh bertemu.
Apabila yang satu menang, maka yang satu lagi kalah.
Kalau yang satu itu berfungsi, maka yang satu lagi mati.
Jadikanlah hati itu sumber segala kebaikan.
Jangan jadikan dia sumber segala kejahatan.
Kamu akan binasa dan kecewa. 
 

MADAH baru 188


*M116*
Kalau seseorang itu dianggap bodoh, 
kerana tidak membuat persiapan di hari tua,
yang masanya terlalu terbatas,
logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati,
yang masanya tidak berkesudahan. 

              
*M117*
Di dunia dapat kita rasakan, 
kalau kita dihukum dengan dimasukkan ke dalam sel sekian-sekian tahun lamanya,
di waktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa,
pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya,
kawan banyak tidak ada guna,
keluarga dan sanak saudara yang ramai pun tidak boleh buat apa-apa,
mengapa tidak terfikir oleh kita,
di akhirat kelak segala-galanya tadi,
lebih tidak berguna dan tidak menyelamatkan kita.
Oleh itu janganlah kita berbangga dengan itu semua. 

 
*M118*
Banyak orang mampu berhadapan dengan gunung yang tinggi,
sungai yang dalam, lautan yang luas,
hutan yang tebal, lurah yang payah,
tapi bila berhadapan dengan wanita dan wang ringgit, dia menyerah kalah. 

*M119*
Jika seorang wanita itu sifat malunya sudah hilang,
ertinya mutiara berharga pada dirinya sudah hilang.
Di waktu itu kecantikan fitrahnya sudah punah.
Kecantikan tarikan nafsu yang terserlah. 

              
*M120*
Barang yang berharga seperti intan, berlian, emas, perak,
dia tidak diletakkan di sebarang tempat,
tempatnya terbatas,
dia dijaga dan dikawal pula.
Begitulah wanita Islam, 
kerana Islam memandang mereka sangat berharga,
dia tidak boleh diletakkan di sebarang tempat.
Dia mesti ditempatkan di tempat yang selamat dan dijaga pula.
Oleh itu kalau wanita Islam sudah suka diletakkan di sebarang tempat,
kemudian tidak perlu dijaga,
ibarat barang, dia sudah sama dengan asam, garam, ikan masin, belacan,
boleh diletakkan di mana-mana dan tidak perlu dijaga.
Di waktu itu bermacam-macam serangga akan datang mengurunginya.

Mujahadah Satu Pertarungan



Mujahadah itu adalah satu kerja yang besar dan mencabar.
Mujahadah adalah satu penyeksaan dan menyusahkan.
Mujahadah itu pahit, tetapi di hujungnya manis.
Orang yang mampu bermujahadah itu secara istiqamah, hanya orang yang berjiwa besar.
Mujahadah itu berperang di antara kehendak nafsu dan kehendak Tuhan.
Yang menerima risikonya adalah jasad atau badan.
Adakalanya ia sangat menjemu dan membosankan.
Kalau jiwa tidak kuat, ia hanya berlaku sekerat  jalan.
Mujahadah bertarung di antara kehendak Tuhan dan kehendak nafsu dan syaitan.
Kata Tuhan buat, kata nafsu jangan.
Kalau takutkan Tuhan tidak kuat, kata nafsulah akan diikutkan.
Adakalanya kata nafsu buat, kata Tuhan jangan.
Kalau tidak kuat takutkan Tuhan, kita akan buat arahan nafsu dan tidak larat hendak ikut Tuhan.
Kehendak nafsu dengan kehendak Tuhan selalu sahaja berlawanan.
Sentiasa sahaja dua kehendak itu macam tarik tali,
masing-masing hendak menang.
Adakalanya kehendak Tuhan menang, adakalanya kehendak nafsu yang menang.
Kalah menang, kalah menang, selalu sahaja berlaku di dalam perlawanan.
Secara umumnya, kehendak nafsulah yang selalunya berjaya dan menang.
Aduh! Oleh kerana dua kehendak, badan terseksa dan menyakitkan.
Jika takutkan Tuhan dari masa ke semasa dapat diganda-gandakan,
Tuhanlah yang berjaya dan menang.
Takutkan Tuhan itulah pemangkin atau satu tenaga yang nafsu akan dapat dikalahkan.
Apabila kemahuan kita hendakkan Tuhan semakin kuat, nafsu sering dikalahkan.
Selain selalu meminta pertolongan Tuhan mengalahkan nafsu,
insya-Allah Tuhan akan memberi kekuatan.
Jika kita semakin serius hendak ikut Tuhan, bukan nafsu dan syaitan, rahmat Tuhan pun datang.
Selepas itu mujahadah semakin  diringankan atau dimudahkan Tuhan.
Mujahadah yang bersungguh-sungguh itulah jalan-jalan kebaikan di depannya semakin diperlihatkan oleh Tuhan,
Di waktu itu, orang itu kebaikannya yang dibuat semakin banyak dan global berterusan.
Itulah dia rahmat Tuhan bagi orang yang bermujahadah sungguh-sungguh dan berterusan kerana keredhaan Tuhan.
Tuhan pun ada memberi ingatan di dalam Al Quran: 
“Mereka yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang membuat kebaikan".
Begitulah cerita mujahadah,
peringkat awal memang amat payah dan menjemukan.
Kalau tidak sungguh-sungguh dan tidak meminta bantuan Tuhan, mujahadah separuh jalan.
Bermujahadah itu memang menyusahkan dan menjemukan.
Bermujahadah sampai dapat memakan buah, sungguh  jauh perjalanannya.
Siapa yang sanggup bersungguh-sungguh menempuh jalan,
di hujung nanti datang rahmat Tuhan.
Hendak sampai kepada rahmat Tuhan itu sungguh sulit dan melalui penderitaan.
Jarang orang boleh bermujahadah sampai ke hujung.
Biasanya ramai yang sekerat jalan kerana banyak sangat gangguan.
Kecuali orang yang dibantu oleh Tuhan. 


 

MADAH baru 187


*M111*
Kalau seseorang itu amalan dunia serius dibuatnya, dihalusi dan dipercantikkan, diperluaskan dan dibanyakkan, dijaga dan dikawal,
tapi amalan akhiratnya dibuat cincai-cincai, tidak dihalusi, tidak dijaga dan dikawal,
tanda orang itu akan menyesal di akhirat kelak. 

              
*M112*
Lumrah berlaku di dunia ini, para nelayan nasibnya seperti ikan yang diburunya.
Kalaulah ikan-ikan itu rezekinya tidak pernah disimpan,
begitulah para nelayan, rezekinya juga jarang disimpan.
Kalaulah ikan-ikan selalu sahaja kena jebak oleh pukat-pukat nelayan, begitulah juga para-para nelayan selalu sahaja dijebak oleh taukeh-taukeh ikan. 

 
*M113*
Kalau kita hidup 70 tahun, bermula waktu lahir hingga 7 tahun,
hidup yang tidak tahu apa-apa dan tidak merdeka.
7 tahun hingga 20 tahun, hidup yang belum merdeka
kerana masih dikongkong oleh ibu bapa.
20 tahun hingga 55 tahun, hidup yang merdeka dan selesa.
55 tahun hingga 70 tahun, hidup yang sudah tidak selesa. 
Kalau dipanjangkan lagi oleh Allah, berhadapan pula dengan hidup yang tidak berguna dan menyusahkan manusia.
Keindahan hidup pada seseorang itu sekadar 35 tahun. 
Kalau dipanjangkan umur lagi sudah tidak selesa dan tidak indah. Selepas itu, berhadapan pula dengan kehidupan yang tidak berkesudahan, syurga atau neraka,
tidak gerunkah kita? 

 
*M114*
Kalau kita tidak boleh sabar membuat kerja-kerja akhirat,
apakah kita boleh sabar kelak di dalam neraka? 

              
*M115*
Kalau kita takut susah membuat kerja-kerja akhirat,
apakah ada jaminan kita tidak akan susah membuat kerja-kerja dunia?

Bukan Senang Menjaga Hati


Bukan mudah hendak kontrol hati yang ada perasaan.
Perasaannya pula sering bertukar ganti.
Perasaannya yang bertukar ganti itu hendak ditadbir atau hendak didisiplin, sungguh sulit sekali.
Sedangkan hati adalah raja di dalam diri.
Baik hati, baiklah seluruh rakyat di dalam diri (anggota lahir).
Bukan senang hendak ditadbir hati ketika berperasaan.
Perasaan sentiasa berubah-ubah.
Di antara perasaan-perasaan itu gembira, sedih, pemarah, rasa lapang, rasa senang, megah.
Selain itu lagi, benci, suka, jijik, malu, dendam, ingin nama, ingin dipuji dan lain-lain.
Bukan mudah hendak meletakkan setiap rasa-rasa itu, 
apabila datang, hendak diletakkan pada tempatnya.
Bukan senang setiap rasa-rasa itu hendak diselaraskan dengan kehendak Tuhan.
Kalau salah letak adalah satu kesalahan.
Hendak diletakkan itu pula, jangan terlebih dan jangan terkurang. Biarlah ia berlaku seimbang.
Perasaan-perasaan itu pula hendaklah diletakkan,
mana yang boleh diteruskan, hendaklah diteruskan.
Mana yang tidak dibolehkan, hendaklah dikekang.
Mentadbirnya adalah amat sulit difaham.
Ia memerlukan ilmu yang seni, yang bersifat rohani.
Bukan mudah juga mana untuk difaham.
Tidak mudah pula mengesan perjalanan hati.
Setelah difaham, tidak mudah pula mana yang boleh hendak dilepaskan.
Tidak mudah juga mana yang tidak boleh hendak ditahan.
Adakalanya ia memerlukan muhajadah, sama ada hendak diteruskan, mahupun hendak ditahan.
Adakalanya apa yang kita hendak teruskan itu yang kita tidak senang,
bukan senang hendak diteruskan.
Adakalanya apa yang hendak kekang itu yang kita senang, bukan mudah hendak dikekang.
Adakalanya yang hendak dikekang merugikan kita.
Begitu juga yang hendak diteruskan itu merugikan kita.
Memang sungguh sulit hendak kontrol perasaan mengikut kehendak Tuhan.
Kecuali orang yang takutkan Tuhan, mereka itu tinggi perasaannya.
Takutkan Tuhan  itulah yang mampu mentadbir perasaan hati yang begitu seni.
Kalau Tuhan belum ada di hati, Tuhan belum ditakuti, maka nafsulah yang akan dituruti.
Bukan senang hendak mengontrol raja di dalam diri.
Yang kerenah raja pula macam-macam yang dia rasa terutama megah, pemarah, hendak nama, hendak senang.
Kalau kerajaan di dalam diri seperti pemimpin atau guru  tidak ada wibawa,
selalunya tunduk kepada raja yang telah dipengaruhi oleh nafsu penjahat di dalam diri. 
 

MADAH baru 186


         
*M106*
Mengapa nikmat dunia itu tidak puas-puas pada seseorang?
Kerana nikmat dunia itu selalu saja menjemukan atau selalu saja mengecewakan. 
Lantaran itu ingin cari lagi atau ingin pula cari yang lain.


*M107*
Mengurus dan mentadbir dunia sepertilah mentadbir gadis cantik,
jarang orang tidak digodanya,
kebanyakan orang menyerah kalah kepadanya.
Oleh itu tadbirlah dunia ini, 
tapi kenalah berhati-hati dan memerlukan jiwa yang kuat,
agar kita tidak digodanya. 

              
*M108*
Dunia ini boleh dikatakan seperti ular,
kalau tidak pandai menjaga dan mengawalnya,
kita akan dipatuknya. 

              
*M109*
Kita ini ibarat kereta yang sedang berjalan menuju ke destinasinya, 
yang di belakang makin jauh ditinggalkan, 
yang dituju makin dekat.
Begitulah manusia, 
perjalanannya makin dekat ke kubur.
Rumah, keluarga dan harta makin jauh ditinggalkan,
tapi manusia tidak terasa pun hendak mencari bekal untuk di bawa ke sana. 

 
*M110*
Ilmu yang tinggi, pangkat yang besar,
harta yang banyak, pengikut yang ramai, kuasa menghukum di tangan,
belum menjamin mendapat kebahagiaan di akhirat,
bahkan nikmat-nikmat ini akan ditanya.
Kalau waktu di dunia nikmat-nikmat ini disalahguna, 
nerakalah padahnya.
Oleh itu siapa yang Allah anugerahkan nikmat-nikmat tadi, 
takutlah dengan Tuhan,
dan gunakanlah nikmat itu untuk mendapatkan keredhaan,
dan menangislah selalu, nasib kita belum tahu. 

 

Bala Yang Dahsyat Bila Ditarik Iman



Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba,
bukan ditimpa bencana alam.
Seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi menggoncang.
Tidak juga sakit yang teruk, seperti barah yang garang.
Bukan juga ditohmah dan difitnah.
Juga bukan kerana susah tidak ada apa yang hendak dimakan dan diminum.
Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara.
Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat.
Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman.
Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal.
Keyakinan yang kental, kembali longgar.
Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai.
Ibadah yang selama ini istiqamah,
sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya terseksa.
Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga dengan baiknya,
selepas itu sudah tidak diambil kira lagi.
Anak isteri yang selama ini dididik, sudah tidak dipedulikan.
Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya.
Takut kepada Tuhan  tercabut dari hatinya.
Halal haram sudah tidak diambil kira.
Demi keuntungan dunia yang belum tentu mendapat untung.
Pintu hatinya ditutup rapat-rapat.
Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi.
Jika diberitahu atau dinasihat, sakit hatinya.
Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya.
Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula.
Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat.
Selepas mendapatkan kebenaran, dilepaskan semula.
Setelah mendapat iman, dibuang pula.
Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala tercabut iman. 

𝐒𝐀𝐁𝐀𝐑



*Sabar* adalah suatu sikap dimana kita menahan emosi dan keinginan serta bertahan dari sesuatu yang sulit dengan tidak mengeluh.
sebagai hamba yg beriman alangkah baiknya kita memiliki sifat sabar sebagai mana yg ada di dalam al qur'an
```"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan salat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."``` *(QS. Al-Baqarah: 153)*
ayat tersebut menegaskan kepada manusia bahwa hidup harus selalu diiringi dengan kesabaran dalam segala keadaan.

*ada 4 macam sabar yaitu*:

*- sabar dalam menjalankan fardu :*
  Nabi saw bersabda, "Sabar itu salah satu wasiat dari beberapa wasiat Allah taala di bumi, barang siapa menjaganya maka dia selamat dan barang siapa menyia-nyiakannya maka dia celaka."

*-  Sabar dalam menghadapi musibah :* 
  Tingkat sabar yang kedua ini pasti akan dihadapi setiap orang dan tentu berat bagi kita untuk melalui suatu musibah.Tetapi, Rasulullah bersabda, "Jika Allah mencintai seorang hamba maka dia akan mencobanya dengan cobaan yang tidak ada obatnya. Jika dia sabar maka Allah memilihnya dan jika dia ridha maka Allah menjadikannya pilihan."

*- Sabar dalam menghadapi gangguan manusia :*
   Bisa jadi meski sesama manusia yang seharusnya hidup berdampingan, tetapi terkadang seseorang bisa saling membenci karena suatu hal. Oleh sebab itu, dalam situasi demikian kita perlu bersabar karena di baliknya ada ridha dari Allah taala.

*- Sabar dalam kefakiran :*
    Hampir semua orang pasti tidak menginginkan hidupnya dalam keadaan miskin apalagi fakir. Namun, jika sudah digariskan Allah, ada kalanya seseorang sudah berusaha semaksimal mungkin tetapi hasilnya tetap jauh dari harapannya.


*" 🗣 : apakah sabar ada batasnya? sampai kapan kita harus sabar? "...*

Tidak ada dalam Al-Qur’an tidak pula dalam hadits nabi ﷺ, bahwa Allah memberikan batasan bahwa manusia untuk sabar itu ada batasnya.
Rasulullah ﷺ mengatakan,```“Bersabarlah sampai kamu bertemu denganku di telaga haud! ”```
```artinya kita sabar sampai akhir hayat kita. Selama kita beriman kepada Allah kita butuh kesabaran.```
Ali bin Abu Thalib Radhiyallahu ‘Anhu berkata,

*الصَّبْرُ مِنَ الإِيمَانِ بِمَنْزِلَةِ الرَّأْسِ مِنَ الْجَسَدِ ، فَإِذَا ذَهَبَ الصَّبْرُ ذَهَبَ الإِيمَانُ.*

```“Sabar bagi keimanan laksana kepala dalam tubuh. Apabila kesabaran telah lenyap maka lenyap pulalah keimanan.”```
Sebagaimana badan tidak akan hidup tanpa kepala, demikian pula iman tak akan pernah hidup tanpa kesabaran.

Bagaimana tidak? Sementara kita beriman kepada Allah sepanjang hayat kita, selama kita hidup, kita terus sabar menjalankan perintah Allah, menjauhi larangan-larangan Allah, bahkan hidup pun tak lepas dari berbagai macam ujian, ujian, ujian. 

untuk itu marilah kita bersabar dengan ujian yang di berikan tuhan kepada kita karena ia tidak akan memberikan ujian diatas batas kemampuan umatnya.semangat

MADAH baru 185


*M91* 
Banyak orang mengambil berat tentang dosa-dosa lahir, 
tapi mengabaikan dosa-dosa batin.

 
*M92*
Banyakkan mengingati dosa-dosa kita daripada mengingati amal kebajikan kita,
cara ini lebih menyelamatkan kita di akhirat kelak. 

 
*M93*
Pernahkah kita  takut di jalan, 
bimbang di tempat kerja, ngeri di pasar, 
susah hati di tempat keramaian, kerana di tempat-tempat inilah berlakunya dosa? 
Di sinilah kita boleh mengukur diri kita, kita ini siapa, kalau kita berakal. 

 
*M94*
Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa,
lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa,
tidak pun hati merintih dengan dosa,
itu ditakuti mati di dalam su'ul khatimah.


*M95*
Jika selalu merasa susah dengan urusan dunia,
tidak merasa susah dengan urusan akhirat,
tanda kita itu anak dunia.

Takut Atau Cintakan Tuhan Adalah Sifat Hati


 Menyebut takutkan Tuhan, senang, 
itu pada lisan.
Takut itu adalah perasaan.
Ia bertapak di dalam hati insan.
Juga menyebut cintakan Tuhan senang,
itu adalah sebutan.
Cintakan Tuhan itu dirasa oleh hati insan.
Takut atau cintakan Tuhan adalah sifat hati.
Ia bukan sifat lidah atau lisan.
Sebutan dengan perasaan tidak sama.
Perasaan di dalam hati, sebutan pada lisan.
Di lisan hanya slogan, di hati adalah sifat seorang hamba yang benar-benar kenal Tuhan.
Kalau takut Tuhan atau cintakan Tuhan bertapak di dalam hati hamba Tuhan,
kesannya kita boleh lihat di dalam kehidupan seseorang.
Dia seorang yang lembut, tawadhuk, malu, tenang, sabar,
berlebih kurang, pemurah, pemaaf, mesra, kasih sayang.
Takutkan Tuhan atau cintakan Tuhan bukan boleh sekadar berslogan.
Tidak cukup hanya sebutan pada lisan.
Ia mestilah ditanamkan dari kecil lagi,
untuk membangunkan perasaan.
Apabila ia menjadi hati jantung insan, barulah berkesan. 


MADAH baru 184


*M86*
Jika kita selalu mengingati dosa kita,
kita tidak nampak dosa orang lain,
apatah lagi hendak menceritakannya. 

              
*M87*
Jika kita membuat dosa, tidak terasa berdosa,
kita telah membuat dua kali dosa,
satu kerana dosa yang dibuat,
kedua dosa kerana tidak merasa berdosa. 

 
*M88*
Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa,
sekalipun kita tidak nampak dosa kita,
apatah lagi jika nampak, 
agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan,
yang kita ini memang hamba. 

 
*M89*
Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, 
dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai. 

 
*M90*
Meninggalkan dosa-dosa lahir mudah daripada meninggalkan dosa-dosa batin.

Renungan Yang Menjadi Pahala



Merenung memikirkan dosa tidak mengapa, 
bahkan dipuji pula, ia dapat pahala.
Merenung ke hadapan memikirkan nasib agama, bangsa dan negara,
jarang orang melakukannya, padahal ia adalah ibadah.
Ia adalah sifat seseorang yang berjiwa besar dan berpandangan jauh ke hadapan.
Ada orang yang baik tapi skopnya sempit, hanya memikirkan agama
yang ada hubungannya dengan nasib dirinya sahaja
Padahal kalau agama, bangsa dan negara sudah rosak, 
dia pun belum tentu selamat, setidak-tidaknya, anak isterinya tidak selamat.
Merenung, memikir dan membahaskan ilmu hingga banyak masalah terungkai,
tidak dianggap membuang masa.
Bahkan ia adalah sifat terpuji, 
kalau ramai orang yang dapat manfaat nya, ini termasuk ibadah juga.
Memikirkan nasib Akhiratnya adalah sifat terpuji, bahkan perkara pertama dan utama.
Akhiratnya memang disuruh utamakan dari dunia.
Akhirat negara kekal abadi, dunia sementara sahaja.
Susah di dunia tidak sampai ke mana, susah di Akhirat merana, terhina, dahsyat, berlama-lama pula.
Memikir-mikirkan apa-apa lagi kebaikan yang hendak dibuat, dianggap ibadah, berpahala.
Mengikut ajaran Islam, ini dinamakan muraqabah.
Iaitu memikir-mikirkan apakah lagi kebaikan yang hendak dibuat. 
Pahala dapat sekalipun belum berbuat.
Ini termasuklah rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya,
belum berbuat, sudah diberi pahala.
Itulah di antara kebaikan yang menjadi ibadah sekalipun belum berbuat.
Oleh itu menunglah, merenunglah,
berfikirlah sesuatu yang boleh menjadi ibadah dan diberi pahala, bukan bala.
 

MADAH baru 183


         
*M81*     
Janganlah berkawan dengan  orang yang lemah jiwa sekalipun pandai dan pintar,
justeru kalau bertemu dengan keadaan mencabar, dia akan kecewa, 
hilang pertimbangan, buntu,
kepintaran dan kepandaiannya hilang sekelip mata. Di waktu itu, dia menambahkan lagi menyusahkan kita. 

 
*M82*      
Cuba gambarkan, kalau orang jahat ada kuasa,
orang jahat ada senjata,
orang jahat ada banyak harta,
orang jahat banyak keluarga,
orang jahat banyak ilmu,
orang jahat keberaniannya luar biasa,
orang jahat pandai berpura-pura,
orang jahat berbicara,
orang jahat pandai menyebut agama,
tentu bala kepada dunia. 

 
*M83*
Kebanyakan orang Islam, apabila dia tidak membuat maksiat lahir
seperti berzina, minum arak, mencuri,
merompak, berjudi, membunuh, 
dia rasa senang hati (relax) sahaja,
tidak ada usaha lagi hendak membanteras maksiat dirinya
padahal rasa riyak, sombong, ujub, hasad, berdendam, tamak, bakhil, ingin dipuji, masih bersarang dan berakar umbi di dalam hati. 
Terutamanya penyakit ini selalu berlaku pada pemimpin, alim ulama, cerdik pandai, orang kaya, yang berjawatan tinggi. 

              
*M84*   
Manusia yang lemah jiwa walaupun banyak ilmunya,
apabila mendapat ujian hidup yang bertimpa-timpa dan berat-berat pula, tidak ada kawan tempat mengadu,
mulailah susah hati,
kemudian kesusahan itu menjadi penyakit jiwa, lepas itu dia kecewa,
kemudian putus asa, buahnya gila.
Bila gila, di dunia lagi sudah tidak berguna,
di akhirat neraka, wal iya zubillah. 

           
*M85*   
Jika kita mengingati dosa, tidak nampak lagi kebaikan kita,
apatah lagi untuk dibanggakan.

Perjuangkan Semula Tuhan

 

Kalau engkau tidak takut dengan Allah, 
Zat yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui,
tidak mungkin engkau takut melakukan kesalahan sesama manusia.
Jika engkau tidak mencintai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang,
bolehkah engkau memberi kasih sayang sesama manusia?
Kalau dengan Tuhan yang sentiasa memerhati engkau, engkau tidak jujur,
sudah pasti engkau tidak akan jujur sesama makhluk.
Dengan Tuhan pun engkau tidak boleh adil,
dengan makhluk Tuhan sudah pasti engkau tidak akan boleh adil.
Tuhan yang sentiasa mempedulikan engkau, engkau tidak ambil peduli,
sudah pasti engkau tidak akan mempedulikan manusia dan makhluk Tuhan.
Ertinya kejujuran engkau adalah terhenti sejauh mana engkau jujur dengan Tuhan.
Keadilan engkau sesama manusia,
ditentukan sejauh mana engkau adil dengan Allah.
Cinta engkau sesama makhluk Tuhan adalah bersumberkan cinta engkau dengan Tuhan.
Takut engkau membuat kesalahan sesama makhluk,
ia ada hubung kait dengan sejauh mana engkau takut dengan Zat yang Maha Agung.
Di sini kita faham, bahawa corak hidup manusia ditentukan sejauh mana ia takut atau cinta dengan Tuhan.
Cintakan dan takutkan Tuhan adalah penentu sikap hidup manusia itu.
Oleh itu untuk membaikkan manusia dan masyarakat,
perjuangkan semula Tuhan yang sudah dilupakan orang.
Agar Tuhan ditakuti dan dicintai.
Insya-Allah segala persoalan hidup manusia akan selesai.
Seluruh masalah akan dapat diperbetulkan.
Di sini kita lihat pembangunan insaniah itu adalah amat penting.
Selepas itu, bangunkanlah maddiah atau material,
ia akan berlaku seimbang. 
 

RINTIHAN AKHIR ZAMAN


Baginda Nabi Muhammad Shallallahu alaihi
wa sallam bersabda : (mafhumnya)

Akan tiba masanya atas ummat ku di mana
ke khusyu'kan dalam shalat akan hilang.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya kematian secara mendadak.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya gempa bumi terjadi.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
orang jujur didustakan, orang tepercaya
dituduh khianat, dan pengkhianat
dipercayai

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
Jika urusan umat di limpahkan kepada
pemimpin yang bukan ahlinya

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
seseorang muslim itu tidak akan
mengucapkan salam kecuali kepada orang
yang ia kenal saja.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya terjadi pembunuhan sesama
sendiri.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya masjid di bangun megah namun
sepi jamaah nya,

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya setiap orang tanpa kecuali akan
makan riba, orang yang tidak makan
langsung, pasti terkena debu debunya.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya seseorang tidak peduli dari
mana hartanya didapat, apakah dari yang
halal atau yang haram.

Akan tiba masanya atas ummat ku dimana
banyaknya manusia saling berbangga-
bangga dengan perbuatan maksiat mereka.
.
Para sahabat bertanya " kapan hal itu akan
terjadi wahai Rasulullah ?
Rasulullah saw menjawab "Semua itu akan
terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu
sudah terjadi maka tunggulah saat
kedatangan hari kiamat".

Lihat lah Hampir semua yg disebut di atas
itu telah berlaku di zaman kita sekarang ini.

Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.
Ibu-ibu & bapak-bapak hanya
mementingkan makanan yg sedap dan
pakaian yg cantik2 saja terhadap anak-anak
mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran
agama dan akhlak kepada anak-anak
mereka.

Hari-hari yang Ganjil.
Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan
alasan gaji yg diberi tidak mencukupi /
sedikit.
Namun mereka lupa sesungguh nya Allah
memberkahi rezeki yang halal dan
menghilangkan dari rezeki yang haram.

Hari-hari yang Ganjil
Pemuda dan pemudi berjam-jam
menghabiskan waktu mereka jalan-jalan
dan berplesiran di Mall atau di Pasaraya.
Namun mereka merasa letih dan berat
untuk mengerjakan shalat walau hanya dua
rakaat.

Hari-hari yang Ganjil.
Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-
lagu dengan hati yang girang gembira.
Namun jika untuk mendengar firman-firman
Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-
olah mereka hendak naik ke langit sedang
mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal
tidak boleh bercampur dengan perkara
yang haram.

Hari-hari sangat Ganjil.
Kita bersungguh2 berusaha sehingga
mampu membeli apa yang kita suka, yg
enak-enak dan yang bagus-bagus, murah
atau mahal, kita sanggup membayar nya
walaupun dengan berapa harga sekalipun,
namun ketika kita ingin menderma ke dalam
kotak masjid, kita akan memilih uang kita yg
paling kecil sekali untuk di masukkan ke
dalam kotak amal.

Hari-hari yang Ganjil.
Kita set alarm sebelum tidur takut terlambat
bangun untuk pergi kerja. Namun kita lupa
untuk set kan alarm untuk bangun
menghadap Allah ketika shalat subuh.

Hari-hari sangat Ganjil
Kita saling caci dan membicarakan
keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun
kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu
ucapan pun yang di ucapkannya melainkan
ada di datangi malaikat pengawas yang
selalu hadir" .

Hari-Hari yang Ganjil.
Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan
bencana, namun kita lupa akan firman Allah
" Maha Suci Allah yang telah menggerakkan
kendaraan ini untuk kami padahal kami
tiada kuasa menggerakkannya"

Hari-hari yang Ganjil.
Ibu-ibu & bapak-bapak membiarkan saja
istri dan anak perempuan mereka memakai
pakaian dengan menampakkan aurat
bahkan menimbulkan fitnah kepada orang
lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak
berani untuk mencegahnya dengan alasan
itu adalah hak asasi manusia, kubur
masing2 dll....

Hari-hari yang Ganjil.
Pada saat pesan ini sampai kepada mu,
maka dengan engkau telah menjadi salah
seorang yang membantu dalam
memberikan peringatan tentang peraturan
serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi
Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah
turut serta menghidupkan sebahagian dari
sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan
satu perbuatan sunnah saja.

Memelihara Hadis yang mulia dengan
demikian Anda telah bersama2 dengan kami
dalam menyebarkan sunnah-sunnah
Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang yang mengajak
kepada kebaikan.

Agar semakin bertambah ganjaran pahala
kita dapat karena sudi berdakwah

Insyaa Allah.
Bumi ini sudah tua soal kapan kiamat tidak
ada yang tau termasuk Rasulullah,Tapi
mengenai umur umat islam Rasulullah
pernah membocorkan bahwa umur umat
islam tidak sampai 1500 hijriah
sedangkan kita sekarang sudah 1440
hijriah, kapan lagi waktu kita untuk berbuat
baik, kapan lagi kita mau memperbanyak
amal jika waktu hidup kita tidak ada yang
tau.
 
Mudah-mudahan kita selamat hidup di dunia yang sebentar ini...
Menuju Akhirat yang kekal abadi

Saudaraku bila lidahmu tak sanggup menyebarkan kebaikan maka biarkanlah jari jarimu melakukanya.

Semoga jari itu akan menjadi saksimu bahwa dia telah membantu dakwah kami dan insya Allah jari itu beserta pemiliknya akan berada di syurga-NYA kelak berkah keikhlasan meramaikan dakwah kami.

MADAH baru 182


*M76*      
Kalau rasa bertuhan tidak wujud di dalam hati ketika berada di mana-mana,
apa lagi yang dapat membendung manusia daripada sifat-sifat mazmumah seperti sifat-sifat sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.
Mazmumah itulah punca penyakit masyarakat. 

 
*M77*    
Cuba saudara dan saudari, tuan puan gambarkan,
orang yang hidupnya begini:
di pejabat atau di tempat kerja dileter oleh bos,
di rumah dileteri oleh isteri,
di dalam perjalanan bertikam lidah dengan pemandu kenderaan yang tidak bertimbang rasa. 
Bila ada masalah, 
tidak ada tempat hendak mengadu. 
Kalau mengadu, jadi bahan cerca dan perli. 
Iman lemah pula di dada atau tiada kesabaran, redha jauh sekali.
Kita rasa orang ini seperti sudah berada di ambang pintu Neraka. 

              
*M78*      
Apabila hilang malu,
benteng diri manusia telah roboh. 
Segala gejala buruk mudah sahaja menyerangnya.
Di waktu itu setiap perkara yang malu pada tubuh manusia akan didedah secara dihias
dan akibatnya terangsang manusia lain. 
Maka penyakit hilang malu ini akan menular merata masyarakat. 
Maka punahlah akhlak, terkuburlah satu bangsa. 

 
*M79*     
Orang yang melupakan Allah itu
sentiasa gelisah, mudah marah,
gopoh bertindak, sentiasa tidak puas, mudah buntu, selalu kecewa, mudah putus asa sekalipun di dalam kemewahan dan serba ada. 

              
*M80*      
Orang yang selalu jiwanya tidak tenang ialah orang pemarah, pendendam, rasa tidak cukup, hasad dengki, memikirkan masa depan yang belum terjadi, tidak sabar, lupa tentang qadha dan qadar dari Allah, tidak percaya dengan orang.

Doa Senjata Orang Mukmin



Berdoalah kepada Tuhan, tanda merendah diri kepada-Nya.
Memintalah kepada-Nya di dalam sebarang hal.
Untuk menghilangkan kesombongan dan ketakburan.
Memohonlah kepada Tuhan, itu adalah salah satu sifat kehambaan.
Berdoalah kepada-Nya, tanda kita hamba yang lemah.
Meminta kepada Tuhan, tanda kita hamba kepada-Nya dan baik sangka.
Memohonlah kepada Tuhan, Dia tetap mengabulkannya sekalipun di Akhirat.
Berdoa ertinya kita bermesra dengan Tuhan.
Berdoa ertinya kita bermunajat dengan Tuhan.
Berdoa ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan.
Mengadukan hal kita.
Meminta itu dan ini.
Bukankah itu satu keindahan dan kelazatan?
Berdoa adalah satu ibadah.
Bahkan ia dianggap otak ibadah.
Doa adalah senjata orang mukmin.
Berdoa adalah satu harapan.
Berdoa termasuk perhubungan di antara hamba dengan Khaliqnya.
Orang yang tidak berdoa, ertinya dia sombong dengan Tuhan.
Dia merasakan ada kuasa, tidak perlu lagi kepada Tuhannya.
Ini termasuk orang yang telah putus rahmat dengan Tuhan. 


MADAH baru 181


*M71*     
Kesenangan dan kemewahan
selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu
selalunya membawa kekecewaan dan putus asa. 
Kecuali terhadap orang yang mukmin. 

 
*M72*
Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu, 
cepat melahirkan sifat marah, 
suka memotong percakapan orang, 
suka bermujadalah, 
nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang lebih darinya di satu majlis, 
cakap meninggikan suara, pantang ditegur, 
tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 

 
*M73*
Orang yang sudah hilang sifat marah, dayus. 
Cepat melahirkan sifat marah, lemah mujahadah. 
Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan
kecuali di tempat-tempat munasabah, inilah manusia normal. 

 
*M74*
Orang yang tamak, merasa tidak cukup-cukup,
ertinya sentiasa merasa miskin. 
Oleh itu ia sentiasa memburu-buru yang belum ada. 
Yang ada, ada kalanya tidak sempat digunakan
kerana terlalu sibuk memburu yang tiada. 
Fikiran berserabut, jiwa kusut, fizikal letih selalu kerana tidak berehat.
Di dalam kesibukan inilah dia mati. 

 
*M75*
Orang yang frust (sakit jiwa) atau kecewa atau putus asa, biasanya pergantungannya dengan Allah terlalu lemah atau tiada langsung.
Di sinilah pentingnya peranan iman di dalam kehidupan.

Bersih dan Bersuci Mengikut Ajaran Tuhan



Ajaran Tuhan sangat menggalakkan dan menyuruh kita supaya bersih dan bersuci di dalam apa pun keadaan.
Terutama bersih dan bersuci daripada najis yang berbagai-bagai jenisnya adalah diwajibkan.
Bersih daripada badan, bersih daripada pakaian, bersih daripada tempat tinggal dan kawasan.
Hingga dikatakan mengikut Hadis, bersih itu setengah daripada iman.
Bersih itu sekalipun di dalam jamban.
Harap diambil perhatian.
Kesempurnaan bersih lahir bukan sahaja daripada najis yang memang digalakkan, 
kita disuruh juga bersih daripada kekotoran, sunat mengikut hukum Tuhan
sekalipun tidak menajiskan.
Daripada badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan.
Bersih daripada peluh yang menjijikkan, daripada tahi mata, tahi telinga, tahi gigi yang meloyakan.
Pada pakaian daripada comot, habuk, lumpur yang menyakitkan mata memandang.
Di dalam rumah, di kawasan rumah daripada sampah yang bersepah
yang menghilangkan keindahan pemandangan.
Apabila berlaku, ia jadi makruh lebih-lebih lagi jika dibawa ibadah dan sembahyang.
Di dalam agama Tuhan, sesuatu itu diambil kira jika perkara itu menyakitkan.
Menyakitkan hidung, menyakitkan mata, menyakitkan perasaan atau selera insan.
Ajaran Tuhan menggalakkan kita bercantik-cantikkan dan berwangi-wangian.
Kerana ia menghiburkan dan menyenangkan di dalam pergaulan.
Kerana Tuhan itu cantik, Dia suka kita juga bercantik-cantikkan.
Di sini baru kita faham,
ajaran Tuhan bukan sahaja menyuruh  bersih batin daripada mazmumah yang merosakkan kehidupan.
Memanglah bersih batin daripada mazmumah itu adalah yang paling diwajibkan dan dipentingkan.
Tapi bersih yang lahir juga sangat diperintah dan digalakkan.
Kerana ia memperindahkan ajaran Tuhan itu secara luaran 
yang senang mata memandang.
Perkara luaran yang indah juga sangat mempengaruh orang masuk Islam atau senang dengan Islam.
Memanglah kita sudah katakan yang dalam itu sangat dipentingkan.
Tapi bersih luaran jangan pula ia diabaikan, 
kerana ia adalah asas ibadah mengikut agama Tuhan.
Di hari ini, apa yang amat mendukacitakan, 
kedua-dua kebersihan lahir dan batin masih diabaikan.
Yang batin memang amat susah 
tapi yang lahir pun umat Islam cuai dan abaikan.
Lebih-lebih lagi umat Islam di kampung-kampung, 
seolah-olah kebersihan lahir itu bukan agama Tuhan.
Pakaian tidak terurus, badan kurang dibersihkan, 
di jamban lebih-lebih lagilah amat mendukacitakan, sangat menjijikkan.
Di dalam rumah, kawasan rumah 
bahkan kawasan surau dan masjid pun sangat sakit mata memandang.
Di luar rumah dan masjid, rumput panjang,
kebersihan daripada sampah sarap diabaikan, 
adakalanya najis pun bertaburan. 
Kalau kebersihan lahir pun susah sangat dilaksanakan, 
bersih batin lagilah macam mustahil dapat dibersihkan.
Jika kebersihan lahir pun masih dicuaikan, 
mengapalah negara Islam hendak difikirkan,
janganlah berangan-angan.
Perkara-perkara asas ibadah pun belum selesai, 
apakah perkara-perkara furuk dan cabang-cabang di dalam ibadah mudah dicapai?
Mengapalah umat Islam hari ini melulu, 
berjuang macam orang tidak siuman.
Berjuanglah yang dahulu didahulukan, 
yang kemudian dikemudiankan.
 

DOA ELAK WABAK

LI KHAMSATUN – DOA MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT

Sebenarnya ada satu doa yang telah lama diamalkan oleh umat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menolak wabak penyakit berjangkit. Ia adalah doa bertawassul dengan menyebut nama-nama ahli bait Rasulullah SAW. Doa tersebut amat mujarab. Lafaznya seperti berikut:

لي خمسة أطفي بها حرّ الوباء الخطمة

المصطفى والمرتضى وابناهما مع فاطمة

Ia juga dikenali sebagai doa tawassul dengan Ahlil Bait yang lima yang juga dikenali sebagai Ahlul Kisa (أهل الكساء).

Doa tawassul ini masyhur diamalkan iaitu doa tawassul dengan Ahlul Bait yang lima (Ahlul Kisa’). Mereka adalah baginda Rasulullah SAW, Saiyidina Ali RA, cucu baginda; Hasan dan Husain juga puteri baginda; Saiyidatina Fatimah.

Diriwayatkan ketika turun ayat Al-Quran:

‎ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجْسَ أَهْلَ ٱلْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Terjemahannya:

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Surah Al-Ahzab: 33

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmizi dalam sunannya;

‎عن عمر بن أبي سلمة ربيب النبي صلى الله عليه و سلم قال لما نزلت هذه الآية على النبي صلى الله عليه و سلم { إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا } في بيت أم سلمة فدعا فاطمة و حسنا و حسينا فجللهم بكساء و علي خلف ظهره فجللهم بكساء ثم قال اللهم هؤلاء أهل بيتي فأذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيرا قالت أم سلمة وأنا معهم يا نبي الله ؟ قال أنت على مكانك وأنت على خير

Dari Umar bin Abi Salamah, anak tiri Nabi SAW yang berkata “Ayat ini turun kepada Nabi SAW di rumah Ummu Salamah, kemudian Nabi SAW memanggil Fatimah, Hasan dan Husain dan menutup mereka dengan kain dan Ali berada di belakang Nabi SAW, baginda juga menutupinya dengan kain. Kemudian baginda SAW berkata “Ya Allah merekalah Ahlul Baitku, maka hilangkanlah dosa dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya. Ummu Salamah berkata “Apakah Aku bersama mereka, Ya Nabi Allah?. Beliau berkata “Kamu tetap pada kedudukanmu sendiri dan kamu dalam kebaikan”.

Maka seorang ulama sufi telah menyusun doa tawassul dengan susunan syair yang menarik.

‎لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الْوَبَاءِ الْخُطَمَةِ

اَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مع فَاطِمَة

LII KHAMSATUN UTFI BIHA, HARRAL WABA’ IL HUTOMAH

AL MUSTAFA WAL MURTADHA WAB’NAA HUMA MA’ FATIMAH.

“Ada bagiku lima orang dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit, mereka itu ialah Muhammad Al Mustafa (yang terpilih), Ali Al Murtadha (yang diredhai) dan kedua anak mereka (Hasan dan Husain) bersama Siti Fatimah.”

Penyusunnya bernama Imam Muhammad Al Faqih Muqaddam (574-653H). Beliau berketurunan Rasulullah SAW dari jalur Saiyidina Hussain RA, aqidahnya Ahli Sunnah Wal Jamaah Al Asy’ariah, bermazhab Syafie dan bertarekat Ba’alawi atau Alawiyyin. Moga Allah meninggikan darjat beliau di akhirat. Orang yang menuduh doa ini dari Syiah sepatutnya malu dengan diri sendiri. Sesungguhnya Ahli Sunnah Wal Jamaahlah yang paling benar-benar mencintai Rasulullah dan Ahli Bait tanpa kepentingan.

Doa ini bukan sahaja menjadi amalan para Wali Songo di Nusantara malah ada seorang ulama terkenal Ahli Sunnah wal Jamaah Iaitu Al-Qadhi Syeikh Yusuf bin Ismail An-Nabhaani (1265-1350H) di dalam kitabnya Sa`aadatud Daarain mukasurat 627 menyatakan:

Bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.

Maksud mujarrab ialah telah dicuba dan didapati berkesan. Ia juga menjadi amalan di seluruh nusantara khasnya dalam jemaah Darul Arqam (1968-1994M).

Oleh itu, alangkah baiknya jika kita dapat memohon dengan Allah melalui keberkatan kekasih-kekasihnya dengan mengamalkan doa ini 7 kali setiap usai menunaikan sembahyang fardhu 5 waktu agar dengan keberkatan mudah-mudahan wabak Covid-19 ini berhenti merebak dan kita kembali menjalani kehidupan seperti biasa tetapi bertambah takut dengan Tuhan yang Maha Berkuasa.

==================

https://heliconiamuntazirah.home.blog/2020/03/15/doa-elak-wabak-berjangkit-likhamsatun/

MADAH baru 180


         
*M66*
Bila sifat malu sudah tiada,
rasa berdosa sudah lenyap dari kita,
suka membuat teguran,
tidak suka ditegur,
rasa lebih dari orang lain, 
suka dihormati,
tanda kita telah memakai sifat ketuanan,
lama-kelamaan akan memakai sifat ketuhanan,
kita telah melakukan syirik setiap hari tanpa disedari. 

 
*M67*
Tanda seorang itu tidak baik, bilamana dia suka menyebut kebaikannya kepada orang, 
dan sakit hati jika kebaikannya tidak diterima orang. 


*M68*      
Kalau kita boleh hidup di dalam apa suasana, 
mengikut rentak masyarakat dengan tidak memikirkan halal dan haram, 
tanda kita mempunyai kepentingan diri, 
atau dengan kata-kata lain cinta dunia. 

 
*M69*      
Kerana cintakan dunia, 
orang boleh menempuh yang haram, 
bekerjasama dengan penzalim, 
membuat zalim dan tidak mempedulikan orang kena zalim. 

*M70*      
Biasanya kalau seseorang itu tidak takut Allah, 
selalunya berlaku di dalam perbincangan,
suka menunjuk-nunjuk memberi pendapat, 
tidak senang dengan kemampuan orang lain,
merasa bangga dengan kebolehannya, 
bersedih dengan kelemahannya, 
tidak senang dengan kebenaran itu lahir dari mulut orang lain, 
adakalanya memperlecehkan pendapat orang.

Keperluan Manusia dalam Kehidupan


Di dalam kehidupan di dunia, sangat banyak yang diperlukan oleh manusia.
Keperluan itu ada yang pertama dan utama,
ada yang penting dan ada yang sampingan.
Keperluan yang pertama dan utama adalah Allah Taala, pencipta alam yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.
Kerana Dia adalah segala-galanya.
Kemudian yang penting; agar hidup berdisiplin; adalah syariat Tuhan.
Itulah jalan menuju Tuhan iaitu jalan keredhaan-Nya.
Keperluan sampingan adalah makan minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan.
Kemudian perempuan sebagai isteri atau laki-laki sebagai suami,
agar dapat berhibur dan bertolong bantu di dalam kehidupan.
Apabila kita dapat yang pertama dan utama, kemudian yang penting,
di situlah kehidupan dan ketenangan hidup.
Yang lainnya hanya setakat tambahan sahaja atau tambahan semata-mata atau sampingan.
Tapi oleh kerana manusia ramai yang buta hati, walaupun celik mata,
kerana cinta makan minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan, tolak Tuhan.
Lantaran perempuan, tinggalkan Tuhan Rabbul 'Alamin.
Inginkan kebebasan, tolak syariat Tuhan pentadbir alam.
Akhirnya apa sudah jadi?
Atau apa kesudahannya?
Manusia hidup porak-peranda sekalipun kaya dan berkuasa.
Apatah lagi yang miskin menderita dan sengsara, lagi terhina.
Kembalilah kepada Tuhan, syariat jadikan jalan kehidupan.
Di situlah rahsia kebahagiaan dan ketenangan,
mendapat pula keredhaan Tuhan.
Di Akhirat, selamat pula daripada api Neraka. 


Palestin / baitul muqaddis

ASSALAMUALAIKUM 

Apabila anak kita bertanya, _"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"_

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita:

_"Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi._

_Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN._ 

_Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN._

_Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya._

_Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan)._

_Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi._

_Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya._

_Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita._

_Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut._

1. Anak kita bertanya: _“Bagaimana dengan Nabi ﷺ dan hubungannya dengan PALESTIN?”_

Jawab: _“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan beliau sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat beliau solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat)._

_Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, beliau pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama beliau berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan beliau menjadi imam solat para Nabi."_

_Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Beliau menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Beliau menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Beliau menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian beliau bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”_

_"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah._

_Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu._

_Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."_

2. Anak kita bertanya lagi: _“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”_

Jawab: _“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa. Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”_

3. Anak kita berkata: _"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”_

Jawab: _“Ya, anakku. Allah ﷻ mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.”_ (At-Tin: 1-3)

_Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."_

_Allah ﷻ berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”_ (Al-Anbiya’: 105)

4. Anak kita berkata: _“Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”_

Jawab: _“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”_

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.🤲🤲🤲

#Palestin
#AbuFaqihCentre
#MengajiSepanjangHayat
#MogaBermanfaat

MADAH baru 179


*M61*    
Kalau hendak membuat kebaikan kepada manusia,
bukanlah hendak menunggu perkara yang besar-besar dan hebat-hebat,
ini tidak mungkin setiap hari.
Tapi ada perkara yang boleh dibuat setiap hari,
mahu dengan tidak sahaja,
ini perkara ringan sahaja dan mudah dibuat secara istiqamah dan tidak memberatkan kita.
Waktu memandu kereta,
beri peluang orang lain lalu atau memotong dahulu.
Di simpang-simpang jalan,
beri peluang orang lain jalan dahulu.
Waktu makan di kedai-kedai,
orang di kanan atau di kiri kita,
walaupun kita tak kenal, kita belanjakan dia.
Waktu bertemu, kita dahulu beri salam.
Waktu membeli, kalau kita lihat yang menjual itu memang orang miskin, jangan tawar. Kalau boleh, bayarkan lebih sedikit.
Jika naik bas, beri peluang orang duduk, biar kita berdiri. 
Mesra selalu dengan orang. 

 
*M62*      
Zaman sekarang kebanyakan orang kalau hendak menolong orang, 
suka sangat publisiti.
Sama ada hendak menderma,
buat kerja gotong-royong,
membuat projek rakyat dan sebagainya,
padahal sikap ini ditegah oleh Allah SWT.
Orang mukmin yang sebenar sangat takut ibadahnya tertolak.
Justeru itu mereka sangat menjaga amal kebajikan mereka daripada riyak dan ujub.


*M63*   
Kalau kita pemimpin, 
janganlah kita mengaku adil.
Kalau kita kaya, janganlah kita anggap usaha kita cemerlang.
Kalau kita pandai, 
janganlah kita mengaku pandai.
Kalau kita menderma, 
janganlah kita mengaku pemurah.
Kalau kita banyak beribadah, 
janganlah kita mengaku ahli ibadah.
Kalau kita orang berjuang,
janganlah kita mengaku gigih dan berani.
Kalau kita membangun, 
janganlah kita mengaku kita berjasa.
Allah menyuruh kita berbuat,
bukan menyuruh kita membuat pengakuan berbuat.


*M64*
Orang yang berilmu, kenalah mengamalkan,
merendah diri, kasihan dengan orang yang jahil,
menyampaikan, bertanggung jawab, sabar.
Orang yang kaya, kenalah merendah diri, pemurah, kasihan dengan fakir miskin, bertanggung jawab.
Pemimpin kenalah adil, penyayang,
merendah diri, bertanggung jawab, sabar.


*M65*
Apabila rasa senang dengan pujian,
rasa sakit dengan penghinaan,
menunjukkan kita ada kepentingan peribadi (huzuzun nafsi),
tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Hamba Yang Jiwanya Bersih


Jika seorang hamba itu ilmunya cukup, jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin, maka kelihatan orangnya tenang.
Ibadahnya terutama sembahyang, sangat berdisiplin.
Berhadapan dengan orang, penuh bijaksana dan lemah lembut.
Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia hingga disenangi oleh orang.
Kalau dia pemimpin, sangat dikasihi dan disayangi.
Kerja-kerja tersusun dan teratur.
Tenang, tidak gopoh, berdisiplin.
Pandai bergaul dengan manusia.
Sangat beradab dengan Tuhannya.
Redha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujian.
Mengutamakan orang lain dari dirinya.
Bertimbang rasa dengan manusia.
Sangat bersimpati dengan orang yang susah dan mendapat kemalangan.
Ingatannya dengan Tuhan sentiasa hidup.
Jiwanya hidup, sangat peka, suka khidmat dengan manusia. 


MADAH baru 178


*M51*
Siapa yang menghina diri kepada Allah,
dia akan mulia dan ditinggikan.
Siapa yang menghina diri kepada manusia,
dia akan terhina sepanjang masa.
   

*M52*
Menghina diri kepada Allah, 
manusia tidak nampak kehinaannya,
tapi menghina diri sesama manusia,
sesama manusia nampak kehinaannya.


*M53*
Biar kita berjiwa besar, 
bercakap merendah diri,
daripada bercakap besar,
jiwa kecil sekali. 

 
*M54*
Kalau kita meminta kepada Allah begian-begian selagi halal;
iaitu kita menentukan kehendak kita ;
kita harap Allah tunaikan, bukanlah satu kesalahan. 
Tapi yang baiknya, sebagai beradab, 
kita meminta kepada Allah menentukan apa yang baik untuk kita.
Justeru kehendak kita tidak terlepas daripada nafsu. 

 
*M55*
Sebenarnya rezeki dan keperluan yang Allah untukkan kepada hamba-hamba-Nya di dunia,
cukup sebanyak mana bilangan hamba-hamba-Nya setiap masa. 
Tapi ada golongan yang mengambil lebih daripada keperluan,
maka dia telah mengurangkan habuan orang lain.
Justeru itulah ada orang yang tidak cukup. 

 

Taqwa Aset Dunia Akhirat



Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat.
Sumber bantuan, sumber rezeki, sumber kemenangan.
Kalau ingin musuh dikalahkan, baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan.
Taqwa lebih tajam dari pedang.
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden.
Di dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utama,
walaupun senjata disuruh mengadakannya.
Membaiki diri lebih utama melakukannya.
Di dalam berhadapan dengan musuh, ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang.
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam.
Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai yang melupakannya.
Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya.
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan, ternafilah ketaqwaannya.
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri.
Di dalam perjuangan, kedua-dua senjata tidak dimiliki, sama ada senjata rohani mahupun senjata lahir.
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin.
Lebih-lebih lagi di masa berjuang.
Ia bukan menjadi senjata umat Islam.
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya.
Orang mukmin, rasa bertuhan menghayati jiwanya.
Oleh itu usahakan ketaqwaan, terutama di dalam perjuangan.
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam.
Awasilah di dalam perjuangan membuat dosa dan kesilapan.
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang.
Kita akan kecundang dan menerima nasib malang. 

MADAH baru 177


         
*M46*
Setiap satu ulas nasi yang kita makan,
walaupun yang menciptanya Tuhan yang maha Esa,
tapi orang yang terlibat dengan satu ulas nasi itu mungkin puluhan atau ratusan atau ribuan orang,
baru sampai ke mulut kita.
Ertinya baru satu ulas nasi, 
sudah berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita,
belum lagi perkara-perkara lain. 
Tapi pernahkah kita berfikir dan sedar? 


*M47*      
Setiap nikmat dari Allah yang sampai kepada kita itu, ribuan orang yang terlibat mengusahakannya.
Kalau kita menggunakan akal pun, sudah cukup menginsafkan dan menyedarkan kita, 
yang mana kita patut malu hendak sombong dengan mereka. 
Justeru kalau bukan kerjasama mereka,
nikmat itu tidak akan sampai kepada kita.


*M48*
Di antara kelebihan orang mukmin itu ialah musuh sentiasa gelisah dan tidak tenang berhadapan dengannya,
sekalipun musuh-musuh itu sudah dapat mengalahkannya,
betapa pula kalau mereka dikalahkan oleh orang mukmin.


*M49*
Orang yang kuat jiwa; kerana kuat dengan Tuhan;
mukanya selalu ceria sekalipun ia di dalam ujian, 
seolah-olah dia macam tidak ada masalah,
yang dia selalu susahkan ialah dosanya.


*M50*
Menghina dirilah kepada Allah
kerana kita memang hamba-Nya.
Jangan menghina diri kepada manusia, justeru mereka juga sesama hamba.

Muslim Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang



Bukan senang hendak mencari seorang muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Betapa pulalah satu bangsa, lebih-lebih lagilah jarang dan kurang.
Dia seorang yang takut dan cintakan Tuhan, ibadah tidak dicuaikan.
Masa yang sama, dia maju di dalam pelajaran, kreatif, aktif dan tidak jahat dan curang.
Dia seorang yang berjaya di bidangnya, tapi tidak cintakan dunia.
Dunia yang dimilikinya dapat diagih-agih dan dapat dimanfaatkan kepada semua manusia.
Dia maju di dalam hidupnya, sombongnya tidak ada, bahkan merendah diri sentiasa.
Kelebihan yang ada padanya untuk agama, bangsa dan negaranya.
Tidak megah, tidak menunjuk-nunjuk,
bahkan tawadhuk, bermesra sesama manusia.
Walaupun berjaya, tapi tidak suka dipuji dan disanjung-sanjung tinggi.
Jika dipuji, dia malu menerimanya, bahkan jiwanya terseksa.
Kesenangan yang dimilikinya selalu membantu yang tidak punya.
Dia tidak tamak, tidak mementingkan diri, orang yang meminta bantuan ditolongnya.
Bahkan sentiasa sahaja simpati dengan orang yang tidak berada.
Dirinya adalah aset bangsa dan negaranya kerana kemampuannya.
Di dalam dia maju, berkasih sayang. 
Di dalam dia berjaya, hormat dengan manusia.
Dunianya maju dan berjaya, Akhiratnya terserlah di dalam ibadahnya, perjuangannya dan akhlaknya.
Dunia di dalam tanganNya, syukurnya nampak pada perbuatan dan sikapnya.
Di dalam kejayaan, tidak pula menghina orang yang ketinggalan dan kecundang.
Padanya setiap kejayaan yang diperolehinya adalah anugerah Tuhan,
bertambah malu lagi dengan Tuhannya.
Itu barulah contoh cemerlang, gemilang  dan terbilang bagi seseorang.
Kalau majoriti berlaku kepada satu bangsa umat Islam di sesebuah negara,
itulah yang dikatakan umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sudah wujudkah di mana-mana sebuah negara Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang?
Jika sudah berlaku, tentulah negara itu menjadi tempat rujuk dunia Islam. 


MADAH baru 176


*M31*
Apabila nikmat dianugerahkan oleh Allah dengan rahmat,
walaupun sedikit, dia akan menjadi berkat.
Apabila diberi dengan istidraj, berkatnya hilang, masalah akan menimpa-nimpa datang,
yang menjadikan nikmat yang banyak itu tidak ada ertinya lagi.
Seseorang itu akan hidup sentiasa keluh-kesah di dalam nikmat yang banyak itu.


*M32*
Ketika kita berhadapan dengan nikmat,
hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya,
tapi Allah telah mengurniakan,
ingatkan dalam hati ia datang dari Allah,
moga-moga kita bersyukur dan hendaklah rasa takut, 
kerana kita tidak tahu,
apakah ia diberi dengan rahmat atau istidraj. 

 
*M33*
Janganlah rintihkan sesuatu yang terlepas daripada dunia,
seperti harta atau peluang naik pangkat,
atau terputus cinta dan sebagainya,
tapi rintihkanlah sesuatu yang daripada akhirat,
seperti tidak dapat sembahyang jemaah,tidak dapat bangun tahajjud,
tidak dapat berbuat baik kepada ibu bapak,
tidak dapat bersedekah dan sebagainya.


*M34*
Kutiplah sebanyak pahala yang diberi tanpa diusahakan,
ia merupakan hadiah percuma daripada Tuhan Al hannan Wal Mannan,
seperti redha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujian-Nya,
gembira dengan cercaan orang,
benci dengan pujian, tawakal kepada-Nya.
Banyak orang tidak dapat mengutipnya,
sayang sekali dia hilang percuma.


*M35*
Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat, susah hati kita,
sudah dapat, bimbang kehilangannya.
Kemudian apa yang didapati itu rasa tidak cukup,
lebih-lebih lagi apa yang kita dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat,
timbul pula tamak memburunya.
Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan,
sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu suatu perkara yang tiada nilainya. 

 

Kembali Kepada Fitrah Hamba



Seseorang hamba itu, kalau dia kembali kepada fitrahnya,
di situlah ketenangan dan kebahagiaannya.
Dia merasa dirinya hina,
kerana kejadiannya memang hina.
Kejadian yang pertama dari tanah yang tidak ada nilainya.
Kejadian yang kedua dari air mani yang menjijikkan dan amat hinanya.
Kerana sedar dirinya hina, rasa malunya terbawa di mana-mana.
Dia rasa tidak ada harga diri.
Kalau orang hendak menghinanya, hinalah.
Tidak mengapa, memang aku hina.
Jika orang memujinya, terseksa dirinya,
dia rasakan orang memakinya.
Kerana kemuliaan itu tidak patut dia terima.
Orang yang hina dimuliakan,
kerana dia sedarkan diri kemuliaan itu amat menyeksakan,
bukan satu keseronokan.
Dihina dia lebih merasa dimuliakan.
Dimuliakan dia merasa satu penghinaan.
Penghormatan yang tidak patut diberi, dianugerahkan.
Seolah-olah dia merasakan manusia memerli-merlinya.
Orang yang sedar dirinya hamba,
dia tidak terfikir ingin menagih sanjungan dan pujian.
Tapi kalau manusia yang tidak sedarkan dirinya,
dia rasa tuan, patut dimuliakan.
Di mana-mana pergi patut mendapat penghormatan.
Manusia macam ini kalau dihina, terseksa jiwanya.
Kalau dipuji, berbunga hatinya.
Terasa pula manusia luar biasa.
Orang ini tidak payah dihina.
Kalau tidak diberi penghormatan pun sudah cukup menyeksakan.
Orang yang rasa dirinya tuan,
ke mana pergi jiwa tidak tenang kalau tidak diberi penghormatan.
Mana hendak dapat penghormatan setiap masa? 


Copypaste dari penulis asal Izzat Ghazali berkenaan P.a.l.e.s.t.i.n terkini



Kau tahu apa yang jadi kat Palestin sekarang? Mesti rasa heran jugak bila tengok orang tiba-tiba ramai cerita pasal Palestin ni kan?

Meh aku share sikit.
 
1) Ada sekumpulan pendudu Sheikh J.arrah dihalau secara paksa oleh tentera Zi.onis walhal itu tanah diorang. 

2) Orang Pa.lestin rasa marah, dan pakat berkumpul ramai² terawih di M.asjidil A.qsa. Kat sana ada ucapan, laungan semangat yang kutuk apa yang laknatullah tu dah buat. 

3) Z.ionis triggered. Dia pergi tangkap, gunakan kekerasan (gas pemedih mata, bom asap, rubber bullet) untuk suraikan orang kat masjid al-A.qsa. Siap buat sekatan kat sana.
 
4) Tapi malam selepas tu makin berbondong orang datang. Laki perempuan, semua turun limpahkan Masjid Al-A.qsa. Padahal dah tahu tentera Zionis tengah jaga kawasan tu.

5) Berlaku serangan lagi daripada Z.ionis. Masa ni dah ada pemuda² yang kutip batu² simpan dalam masjid. So dia jadi tentera vs orang awam, bukan tentera vs tentera.
 
6) Bila makin ramai orang awam dah cedera sebab pertempuran dengan Zi.onis, ramai jugak yang kena tahan, baru H.amas officially masuk gelanggang. 

7) Abu U.baidah (jurucakap Ha.mas) buat press conference, secara gentleman umum, kalau taknak kitorang serang kau, better kau keluar daripada al-A.qsa & S.heikh J.arrah, kemudian bebaskan tahanan. 

😎 H.amas siap bagi masa sampai 6 petang (waktu sana). Yang macam ni baru betul steady, bagi time. Bukan macam pengecut serang curi.
  
9) H.amas melalui Bridget Al-Q.assam mula lancarkan roket jarak jauh setelah tuntutan mereka tak dipenuhi, malah tekanan kepada orang awam di masjid al-A.qsa juga tak berkurang. Siap ada cubaan bakar lagi. 

10) I.srael ni walaupun ada teknologi penangkis peluru berpandu, tapi cuak jugak. Depa bunyikan siren² amaran. Bertempiaran orang lari cari port selamat masuk bunker. 

11) Sekurang²nya 10 peluru berpandu dilancarkan daripada G.aza, kalau ikut laporan last H.amas 'menyerang' ni masa 2014.

12) Tapi tak semua pun kena kat sana, sebab I.srael ni kalau bab teknologi ketenteraan ni diorang kira advance jugak, ada peluru pemintas (intercept) yang gagalkan peluru berpandu al-Q.assam.
 
13) Media I.srael lapor, yang penduduk diorang lari macam anak ayam hilang mak masa siren berbunyi. Ada la video meniarap apa semua kat tepi tembok. Boleh usha sendiri kat #IsraelUnderAttack.
 
14) Tapi naratif yang media diorang bawak mengarut. Konon² H.amas yang serang dulu. Padahal kalau betul H.amas nak attack kau, tak payahlah bersungguh buat press conference -  terus lancar roket, biar runtuh rumah kau macam kau letupkan rumah kat G.aza tu. 

15) Jet pejuang Z.ionis mula mengebom kawasan² perumahan awam & ladang² pertanian Palestin.
 
16) Pertembungan berlaku seharian, makin banyak tempat di kedua² belah I.srael & P.alestin terkesan. Sampai ke esoknya, M.esir nak jadi orang tengah untuk gencatan senjata. 

17) H.amas respon, boleh dengan syarat asalkan Z.ionis penuhi tuntutan awal mereka, pulangkan apa yang dirampas & keluar daripada al-A.qsa.
 
18) Z.ionis acah power, diorang kata kali ini akan hancurkan H.amas sampai habis. Menteri Pertahanan I.srael bagitahu M.esir takyah campur tangan. Angkuh nak mampus. 

19) H.amas steady, Bring It ON. Walaupun tengah puasa, motivasi untuk bersahur di dunia berbuka di syurga menyala².

20) H.amas tak berhenti menghantar peluru berpandu ni menyebabkan rakyat I.srael makin ketakutan, sebab roket H.amas ni boleh sasar makin jauh. Aktiviti harian tergendala.

21) I.ron Dome milik Z.ionis tu pun dah tak mampu tangkis semua, hinggakan ada peluru berpandu H.amas yang dah berjaya meletus di I.srael.
 
22) Masuk hari kedua berbalas serangan (sebelum ni H.amas tak balas) Z.ionis mula menggunakan tentera darat menekan rakyat P.alestin. Bilangan yang syahid mencecah puluhan dengan ratusan cedera dalam pertempuran batu vs peluru. Ada budak², remaja, wanita.
 
23) Bukan tu je, kapal-kapal laut Z.ionis mula di-parking kat tempat² strategik untuk lancarkan roket ke P.alestin.
 
24) Tapi media lapor, Jeneral Z.ionis menyebut bahawa memasuki P.alestin melalui jalan darat adalah satu kesilapan besar.

25) Yelah, kau berlawan dengan orang yang 'nak' mati sedangkan kau takut mati. One on One memang masak la kau.
 
26) Z.ionis mula gunakan helikopter & dron dan sasarkan penempatan orang awam. Banyak apartment di P.alestin runtuh dibom. Ramai syahid. 

27) H.amas gandakan serangan, tapi I.ron Dome masih berupaya menghalang sebahagian besar peluru berpandu.
 
28) Dengan izin Allah, ada jugak berlaku H.amas berjaya bypass sistem pertahanan I.ron Dome bila lepaskan peluru secara bertubi-tubi. Banyak kali dalam masa yang singkat.
 
29) Hasilnya ada media menyebut, bahawa bandar A.shkelon & A.shdod di Israel antara yang terkesan dengan serangan tersebut. Itu kira peluru yang balance je tu, yang tak sempan I.ron Dome cover. Tapi kesan dia teruk. 

27) Masuk hari ketiga pertempuran, angka kematian yang dilaporkan di pihak P.alestin mencecah 25 orang manakalah di pihak Z.ionis baru 2 orang. Betapa besarnya jurang teknologi ketenteraan ni.
 
28) Z.ionis mula gunakan aset simpanan ketenteraan mereka untuk terus mengasak H.amas. Mereka percaya bahawa H.amas tak mampu bertahan lama. 

29) Jet² pejuang mula memenuhi ruang angkasa P.alestin dengan sasaran mereka seterusnya, masih lagi rumah orang (dasar bacul) iaitu Menara H.anadi, menara tempat tinggal terbesar di G.aza.
 
30) Menara H.anadi ni bangunan 18 tingkat yang dihuni kira-kira 80 keluarga. Media lapor ia 'completely destroyed' selepas serangan bom yang digugurkan oleh jet.
 
31) Namun tiada nyawa terkorban sebab risikan daripada H.amas yang dah warning penduduk siap². So orang dah keluar daripada bangunan tu.

32) Bridged al-Q.assam keluarkan video - bagaimana jika kami berada di langit Tel A.viv? Tel A.viv ni pusat pentadbiran I.srael, kira macam KL or Putrajaya la kalau kat Malaysia ni. 

33) Untuk memudahkan pemahaman, Tel A.viv ni mungkin agak jauh la daripada sempadan G.aza, so orang tak expect akan lancarkan serangan ke sana. 

33) Tapi sekali lagi gentle, diorang umum akan serang by 9 malam waktu sana, masa MU tengah main jam 1 pagi tadi.
 
34) Z.ionis keluarkan kenyataan kerek, Tel A.viv sedia diserang (sebab dia tak percaya kemampuan teknologi roket H.amas la kot).

35) Tepat 9 malam (waktu sana), 130 peluru berpandu dilepaskan serentak ke Tel A.viv.

36) Iron D.ome berjaya tangkis sebahagian tapi sebahagian yang lain gagal sebab non-stop attack.
 
37) Ada laporan cakap beberapa Iron D.ome tak berfungsi sebab habis bateri, kita percaya inilah bantuan Allah.
 
38) Media antarabangsa melaporkan tak pernah melihat serangan skala besar sebegini dalam sejarah I.srael. 

39) Kebakaran besar di Tel A.viv. Baru diorang tahu apa yang orang P.alestin rasa.
 
40) Ada video tular pasal Z.ionis gelakkan je bila H.amas cakap nak attack Tel A.viv, sekali jatuh peluru depan mata, menggelupur lari. Mencicit tak cukup tanah.
 
41) Sementara di al-A.qsa, orang mula membanjiri kawasan tersebut untuk solat terawih berjemaah. 

42) Tak tercapai akal kita kan, tengah suasana genting macam tu pun nak gi masjid lagi.
 
43) Tapi kita takkan faham, sebab diorang betul² rindukan syahid. Mungkin kalau kita kat sana, gali lubang sembunyi la kot. Dengan jet pejuang, helikopter, pelancar roket jarak jauh, tentera di darat lagi. 

44) Masjid umum, rapatkan saf kalian, bersabarlah, kita tetap akan untung, samaada menang atau mati s.yahid.
 
45) Lapangan terbang Tel A.viv ditutup. Semua orang ketakutan, dan suasana kucar kacir. 

46) Selain daripada sasarkan airport, H.amas juga sasarkan tangki minyak Zionis. 

47) Sebagai respon, askar Z.ionis mula merempuh masuk menyerang jemaah di al-Aqsa. Konon nak balas dendam.

48) Tapi Allahuakbar, pemuda² P.alestin (yang bukan tentera pun) berjaya memberi tentangan sehingga tentera Z.ionis terpaksa berundur. 

49) Pusat janakuasa eletrik Tel A.viv berjaya diserang. Bandar pelabuhan H.aifa jugak antara yang turut disasarkan.
 
50) Bersemangat daripada tindakan tersebut, penduduk tempatan mula react. Berlaku pertempuran di merata tempat, L.od (tempat dalam hadis Nabi Isa akan lawan Dajal), H.ebron, J.ericho antaranya. Kebakaran dan kemusnahan di mana-mana.
 
51) Matawang I.srael mula merosot. 

50) China desak PBB buat persidangan tergempar segera, suruh campurtangan.
 
51) Sehingga update ini, I.srael declare beberapa bandarnya darurat. Dan arahkan rakyatnya untuk berkurung dalam rumah.
 
(minta maaf kalau ada info tersalah kalau ada sumber yang lebih baik, saya sekadar ikut live coverage di internet. Boleh sekadar baca untuk dapat general idea.) 🙏🏻

Semoga bermanfaat. 

#EeIsTyping #SaveP.alestine #Pray4G.aza

Please pray for Palestin😭

MADAH baru 175



*M26*    
Tidakkah kita merasa gerun,
setiap nafas turun naik, akan ditanya ke mana digunakan, 
setiap anggota akan dipersoalkan,
setiap harta akan ditanya,
setiap jawatan akan dipertanggungjawab di hadapan Tuhan,
setiap orang di bawah tanggung jawab kita akan dipersoalkan, 
daripada sekecil-kecil habuk, hingga sebesar mana pun,
semuanya akan digeledah, selongkar, 
apakah kita rasa selamat?
Tanyalah diri sendiri berdasarkan sikap dan tindak tanduk kita dari sejak baligh, 
kita dapat mengagaknya. 


*M27*    
Manusia memberi makanan kepada binatang bermacam-macam cara. 
Adakalanya disuapkan ke dalam mulutnya,
adakalanya dilonggokkan di satu tempat,
adakalanya diletakkan di sebuah bekas,
adakalanya dilemparkan ke mukanya,
adakalanya dilemparkan dan ditabur merata-rata.
Pada haiwan itu mereka tidak terasa apa-apa,
yang mereka rasa, bangga mendapat makanan.
Tidak terasa apa-apa bagaimana dia diberi makanan.
Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia bermacam-macam cara. 
Ada secara bersih, ada secara kotor,
ada secara separuh bersih dan separuh kotor,
ada secara terhormat, ada secara terhina,
ada secara rahmat, ada secara istidraj
tapi kebanyakan manusia tidak sedar.
Kecuali golongan yang sedikit yang mata hati terbuka.


*M28*    
Kalau kita bersandar dan menaruh harapan kepada makhluk seperti kepada suami, isteri, ibu bapa, pemimpin, kawan, kita akan kecewa.
Suami boleh mati atau ceraikan kita,
Isteri boleh lari atau mendatangkan masalah kepada kita,
ibu bapa boleh mati atau sakit yang serius
yang tidak boleh bertanggung jawab, pemimpin boleh mati atau menzalimi kita,
kawan boleh lari atau pergi meninggalkan kita,
atau sakit yang tiada berupaya membela kita.
Oleh itu menyerah dirilah kepada Allah yang sempurna lagi berkuasa, 
yang tidak mati, tidak sakit, tidak tua dan tidak menzalimi kita.


*M29*       
Kalau kita manusia mahu berfikir,
tidak ada sebab mengapa manusia itu mahu sombong dan berbangga.
Kejadian kita sama-sama hina dari air mani yang jijik.
Kesusahan sama-sama kena,
bentuknya sahaja yang tidak sama,
setengah orang ditimpa bencana alam,
ada setengah orang ditimpa serangan bermacam bala, 
sama-sama terpaksa ke jamban.
Ilmu bagaimana tinggi pun,
hakikatnya Allah yang memberi,
lahirnya ada orang lain mengajarnya,
bukan dapat sendiri. 
Pangkat besar, harta yang banyak,
sepertilah ilmu tadi.
Kalau panjang umur, 
sampai tua bangka yang tidak berguna,
hanya menyusahkan keluarga menjaganya,
selepas itu sama-sama merasa mati.
Di dalam kubur belum tentu selamat daripada kena pukul,
di Akhirat ke Syurga atau ke Neraka,
masih menjadi tanda tanya. 
Apakah di dunia ini mahu sombong atau berbangga?


*M30*    
Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan,
tetapi dengan makhluk. 
Padahal lumrah berlaku pada manusia
tapi manusia tidak juga mengambil iktibar dan pengajaran, ada isteri cantik banyak kerenah pula.
Banyak harta, ditimpa penyakit dengan bermacam jenis pula.
Ilmu banyak, kerana kesombongan, manusia benci pula.
Pangkat tinggi, banyak pula orang benci kerana sikapnya.
Akhirnya kebahagiaan diburu tidak kunjung-kunjung tiba.
Setengah orang setelah kemewahan dunia dimiliki, Allah datangkan seribu satu masalah pada diri.
Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang serba ada dan mewah pula.
Oleh itu carilah Allah,
Dia adalah sumber segala kebahagiaan. 

 

Kebersihan Asas Ibadah



Islam sangat mementingkan kebersihan.
Kebersihan lahir dan batin.
Kebersihan jasmani dan rohani.
Ia merupakan asas ibadah.
Kebersihan lahir kalau tidak dijaga,
mudharatnya tidak merata.
Ia memberi mudharat orang yang dekat sahaja.
Atau yang di kiri kanan kita.
Tapi kebersihan batin atau rohani kalau tidak dijaga,
merbahayanya merata-rata dunia.
Ia akan merosakkan dan memusnahkan seluruh dunia.
Membinasakan dan memusnahkan apa sahaja yang ada.
Harta dan negara, haiwan dan manusia.
Itulah yang sedang berlaku di dunia hari ini.
Harta musnah, apa yang dibangunkan binasa.
Manusia mati setiap masa.
Akibat batin atau rohani manusia tidak dibersihkan daripada mazmumah,
batin manusia terbiar tidak dijaga,
kerosakannya merata-rata dunia. 

MADAH baru 174


*M21*
Sekiranya seseorang itu merasa terseksa dengan pujian-pujian serta meminta ampun kepada Tuhan,
dan rasa senang dengan kejian,
rasa kehambaan benar-benar menghayati jiwanya. 

              
*M22*
Setiap orang itu dikatakan pemurah tidak sama ukurannya di antara satu sama lain.
Perbuatan yang sama di antara beberapa orang di dalam mengorbankan harta, 
setengah orang sudah boleh dikatakan pemurah. Tapi pada orang lain belum boleh dikatakan pemurah,
kerana kemewahan dan kesenangan di antara satu sama lain tidak sama. 

 
*M23*
Kita jangan terlalu bangga dengan jawatan tinggi,
harta yang banyak, kemajuan yang pesat,
kerana tidak tahu apakah Allah menganugerahkan itu semua dengan rahmat-Nya atau dengan istidraj-Nya.
Diberi dengan rahmat ertinya diberi dengan kasih sayang.
Diberi dengan istidraj ertinya diberi dengan penipuan dari Allah atau kemurkaan dari Allah.


*M24*
Sekiranya kita serba mewah kerana gaji lumayan, perniagaan besar,
jawatan tinggi, serta kemudahan ada di tangan, janganlah kita bersenang hati.
Insaflah! 
Kita berada dalam kekuasaan Tuhan bila-bila kita boleh dimatikan,
sekelip mata kemewahan kita Allah boleh ambil.
Oleh itu hendaklah takut dengan Tuhan, 
taati Dia, bersyukurlah kepada-Nya,
agar kita sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya,
selepas itu hendak jadi apa pun tidak mengapa. 

 
*M25*
Dahulukanlah hak Allah, kemudian hak manusia,
selepas itu barulah hak kita,
begitulah yang dituntut oleh syariat kita. 
Siapa yang boleh melakukannya,
dia adalah orang yang pandai hidup. 

             

Bumi Tuhan... Bersaksilah