Sembahyang merupakan ibu segala ibadah
Sangat berperanan di dalam kehidupan umat Islam
Kalau ia benar-benar difahami
Dan dihayati ia adalah kekuatan umat yang beriman
Kekuatan akal fikiran dan kekuatan jiwa
yang sangat berguna di dalam kehidupan
Di samping ia merupakan ikrar kepada Tuhan
Hidup untuk Tuhan untuk diamalkan seharian
Agar hidup orang Islam setiap hari
bersih dari kejahatan
Dan ada hubungan dengan orang lain
di dalam kehidupan
Untuk lebih difahami mari dihuraikan:
Sangat berperanan di dalam kehidupan umat Islam
Kalau ia benar-benar difahami
Dan dihayati ia adalah kekuatan umat yang beriman
Kekuatan akal fikiran dan kekuatan jiwa
yang sangat berguna di dalam kehidupan
Di samping ia merupakan ikrar kepada Tuhan
Hidup untuk Tuhan untuk diamalkan seharian
Agar hidup orang Islam setiap hari
bersih dari kejahatan
Dan ada hubungan dengan orang lain
di dalam kehidupan
Untuk lebih difahami mari dihuraikan:
Kita pergi kepada fardhu kifayah
di dalam kehidupan orang Islam
Fardhu kifayah diwujudkan
ia merupakan keperluan bersama
masyarakat Islam
Setiap golongan ada bidangnya masing-masing
untuk kepentingan satu sama lain
Ada yang berkecimpung di dalam pendidikan
Ada yang bergelanggang di bidang pertanian
Dan ternakan untuk masyarakat umat Islam
Ada yang berjuang mengenalkan Tuhan dan Islam
kepada hamba Tuhan
Ada yang berniaga untuk kemudahan masyarakat membeli keperluan
Yang lain tidak disebutkan bolehlah dikiaskan
Kalau kita faham yang disebutkan tadidi dalam kehidupan orang Islam
Fardhu kifayah diwujudkan
ia merupakan keperluan bersama
masyarakat Islam
Setiap golongan ada bidangnya masing-masing
untuk kepentingan satu sama lain
Ada yang berkecimpung di dalam pendidikan
Ada yang bergelanggang di bidang pertanian
Dan ternakan untuk masyarakat umat Islam
Ada yang berjuang mengenalkan Tuhan dan Islam
kepada hamba Tuhan
Ada yang berniaga untuk kemudahan masyarakat membeli keperluan
Yang lain tidak disebutkan bolehlah dikiaskan
yang tidak sebutkan tadi mudah difaham
Di antara fardhu kifayah yang disebutkan
yang mudah mencari kekayaan
ialah pertanian dan perniagaan
Golongan lain susah hendak mencari kekayaan
Itulah hikmahnya zakat dari orang kaya
Dibahagi lapan asnaf
kepada yang tidak dapat mencari kekayaan
Di antaranya fakir miskin, jihad dan orang berhutang yang tidak sempat mencari kekayaan
Mereka hanya berkhidmat
untuk keperluan masyarakat
Termasuk orang kaya di dalam kehidupan
Jadi di sini kita faham satu sama lain
perlu memerlukan
Ada yang memikirkan ilmu
ada yang memikirkan keperluan makan minum
Ada yang memikirkan pentadbiran
ada yang memikirkan kekayaan
Kalau semua golongan bersembahyang
Dan dihayati serta faham ikrar kepada Tuhan
Semua golongan tadi faham memahami
serta perlu memerlukan
Setiap golongan bertanggungjawab
menyempurnakan satu sama lain
Masyarakat tidak pincang
Tapi apabila umat Islam sudah rosak
Yang bersembahyang tidak faham sembahyangnya
Hingga tidak berperanan di dalam kehidupan
Yang dapat kekayaan tidak tahu tanggungjawab
Yang susah mencari kekayaan
Hendak mencari kekayaan
mengabaikan tanggungjawab
kepada masyarakat
Setiap golongan tidak berperanan mengikut bidangnya
di dalam kehidupan
Pemimpin pula tidak ada ilmu
dan tidak ada wibawa
Dia tidak pandai mentadbir
dan arahannya tidak ditaati
oleh orang ramai
Maka sistem Tuhan
melalui fardhu ain dan fardhu kifayah
di dalam kehidupan tidak berjalan
Sudah bertukar fungsinya di dalam kehidupan
Maka masyarakat Islam
sudah beratus tahun pincang
Akhirnya berpecah belah
di samping lahirnya gejala masyarakat
yang tidak sihat
Maka terjadilah umat Islam terhina di mana-mana
Kerana pemimpin jahat di samping jahil
Dan umumnya umat Islam
kalau pun bersembahyang
Tidak ada kesan di dalam kehidupan
No comments:
Post a Comment