Assalam... Mari sambung mendalami surah Al Fatehah... Ayat keempat
Surah Al Fatehah ialah:
Maksudnya:
"Raja (Tuhan) yang Memiliki hari Akhirat." (Al Fatehah: 4)
Mengapa
Tuhan tidak sebut Dia mentadbir hari Akhirat, (Rabbul yaumiddin)? Mengapa
disebut Akhirat sahaja, tidak disebut dunia? Inilah tajuk huraian di bawah ini.
Tuhan pilih perkataan 'Malik', 'Yang memiliki' atau boleh dimaksudkan 'Yang Menguasai'. Atau 'Yang Mempunyai Hari Akhirat'. Sebelum itu Tuhan sebut 'alam' iaitu dunia dan Akhirat Dia yang punya, tetapi sekarang Dia hanya sebut Akhirat sahaja. Mengapa? Di sini kita dapat empat hikmah:
Tuhan pilih perkataan 'Malik', 'Yang memiliki' atau boleh dimaksudkan 'Yang Menguasai'. Atau 'Yang Mempunyai Hari Akhirat'. Sebelum itu Tuhan sebut 'alam' iaitu dunia dan Akhirat Dia yang punya, tetapi sekarang Dia hanya sebut Akhirat sahaja. Mengapa? Di sini kita dapat empat hikmah:
1. Agar
manusia dapat melihat kuasa Tuhan secara mutlak.
Mengapa
Tuhan tidak sebut 'Tuhan yang menguasai dunia dan Akhirat'? Mengapa 'dunia'
tidak disebut? Apakah kuasa Tuhan di dunia tidak mutlak? Kalau dikatakan 'Tuhan
yang menguasai dunia Akhirat', maka bagi orang yang bertuhankan akal; oleh
kerana hanya pandang dengan mata; mereka nampak bahawa Amerika pun ada kuasa.
Yang sebenarnya, dunia Akhirat itu kuasa mutlaknya di tangan Tuhan tetapi oleh
kerana diganggu oleh mata dan oleh akal maka pandangan hati kabur dan pandangan
hati tertutup. Seolah-olah kuasa Tuhan di dunia adalah tidak mutlak. Amerika
kata, 'Saya kan ada kuasa juga.' Jepun kata,"Saya pun menguasai."
Orang Melayu yang jadi hamba kecacai ini berkata, "Amerika tu
berkuasa." Sama-sama tunjuk dengan akal.
Tetapi kalau
dikatakan Tuhan yang menguasai Akhirat, siapa boleh cakap dia juga kuasai
Akhirat? Kalau Tuhan katakan, Dia menguasai dunia Akhirat, manusia terkeliru
sebab orang akal akan berkata ada yang lain yang berkuasa. Sebab itu Tuhan
tidak sebut begitu. Dia sebut kuasa-Nya di Akhirat. Nampak kuasa Tuhan itu
mutlak. Kalau disebut Tuhan menguasai dunia dan Akhirat, hanya orang yang bersih
hatinya sahaja yang terasa. Hanya orang rohani saja yang nampak. Berapa banyak
orang yang bersih hatinya? Majoriti manusia sekarang menggunakan akal dan mata
sehingga terasa ada manusia yang berkuasa di dunia seperti Amerika, Eropah dan
Jepun. Bila sebut Tuhan itu menguasai Akhirat, orang terasa hebatnya Tuhan.
Tuhan, tuan punya Akhirat yang mutlak. Tidak ada siapa yang boleh share tentang
Akhirat.
2. Tuhan
hendak memperkecilkan dunia.
Bila Tuhan
sebutkan Akhirat sahaja, tidak sebut pun dunia, ertinya dunia tiada harga.
Seolah-olah Tuhan berkata begini, "Dunia tiada harga pada Aku, tiada nilai
walau sebelah sayap nyamuk pun. Sedangkan Kamu berebut sehingga bergaduh dan
berperang kerana berebutkan dunia itu. Oleh kerana dunia tidak ada harga bagi-Ku
maka satu masa Aku akan kiamatkan, Aku hancurkan sehingga tiada apa yang
tinggal melainkan Akhirat dan Aku." Terasalah hinanya dunia yang manusia
pandang mulia, yang direbutkan sampai berperang, tiba-tiba Tuhan hancurkan
begitu sahaja. Nampak hinanya dunia ini. Ini hikmahnya. Kalau dapat disyarahkan
begitu, orang dapat dibangunkan rohnya. Dunia tidak ada nilai. Kalau ada nilai,
Tuhan tidak akan hancurkan. Akhirat itu dikekalkan, menunjukkan begitu
berharganya Akhirat.
Inilah hikmah-hikmah terbesar selain daripada hikmah lain yang banyak. Bila disebut 'Malikiyau middin', terasa kuasa Tuhan yang mutlak. Tidak ada campur tangan. Untuk menunjukkan kepada manusia bahawa kuasa Tuhan itu mutlak agar nampak kekuasaan itu.
Selain itu,
oleh kerana manusia pandang mulia akan dunia itu sehingga mereka bergaduh
kerananya, Tuhan hancurkan begitu sahaja agar manusia terasa tiada harganya
dunia itu. Mengapa kita bergaduh berebutkan sesuatu yang tidak bernilai. Tetapi
manusia tidak pernah dididik begitu. Orang kata, "Dunia hendak, Akhirat
pun hendak juga." Rosaklah. Orang kata janganlah lupa dunia tetapi
sebenarnya mereka melupakan Akhirat. Mereka memang percayakan Akhirat tetapi
mereka kata, "Memang Akhirat penting, perlu utamakan Akhirat tetapi jangan
lupakan dunia." Begitulah yang ulama syarahkan.
Tetapi
kenyataannya mereka perlekehkan Akhirat. Konon Akhirat itu penting tetapi
tindak tanduknya mementingkan dunia. Kalau ingat Akhirat pun sekali-sekala.
Sebab itu Tuhan sebut 'Malikiyau middin'. Tuhan hendak tunjukkan kekuasaan-Nya
secara mutlak di Akhirat dan dunia itu dihancurkan secara mutlak untuk
menunjukkan tiada harganya.
3. Manusia
mukmin di Akhirat bebas merdeka.
Tuhan tidak
pilih perkataan rabb tetapi Maliki, menunjukkan Tuhan tidak guna perkataan
mentadbir atau mendidik. Padahal di dunia Tuhan mendidik, di Akhirat pun Tuhan
mendidik. Tidak lepas dari didikan, ilmu dan kehendak Tuhan. Mengapa Tuhan
sebut begitu (yang Memiliki Hari Akhirat)? Supaya jelas bahawa manusia mukmin
di Akhirat kelak akan bebas sebebasnya. Seolah-olah Tuhan tidak campur tangan.
Indahnya hidup, bebas merdeka (tetapi Maha Suci Tuhan dari tidak campur
tangan). Seolah-olahnya begitu kerana hendak hiburkan manusia. Kalau guna
kalimah rabb, masih nampak campur tangan Tuhan. Itu cara Tuhan hendak hiburkan manusia.
Begitu juga kalau masuk Neraka, Tuhan begitu sahaja seolah-olah Tuhan tidak
campur tangan. Mustahil Tuhan tidak campur tangan tetapi sengaja Tuhan hendak
beritahu, seolah-olah Tuhan tidak peduli langsung. Seolah-olahnya begitu.
Kalau di
dunia kena hukum, boleh juga makan. Tidak terasa takut sangat tetapi di Neraka,
Allah tidak peduli langsung. Yang di Syurga pula bebas sebebasnya. Tidak ada
peraturan atau undang-undang. Apa yang dikehendaki, boleh dapat. Hendak jadi
raja, boleh. Hendak terbang pun boleh. Syurga itu besar. Kalau ada yang hendak
minta jelajah dalam satu saat, boleh, dengan kuasa Tuhan. Bebas sebebasnya.
Sebab itu Tuhan pilih kalimah, 'Malikiyau middin'.
4.
Mengembara dalam sembahyang melihat dahsyatnya hari Akhirat.
Kalau
manusia mampu menghayati, maka manusia akan boleh mengembara dalam sembahyang
untuk melihat kedahsyatan yang Allah lakukan di Padang Mahsyar di mana manusia
akan berada di bawah matahari yang terik tanpa pakaian selama beratus tahun
Akhirat mengikut ukuran Akhirat (satu hari Akhirat bagaikan 100 tahun di
dunia). Tetapi orang mukmin diberi kebebasan.
Mudah-mudahan
kita akan menjadi orang Akhirat. Di dunia ini ada tiga golongan manusia iaitu
orang mata, orang akal dan orang roh. Orang rohani itu melihat tidak seperti
orang mata atau orang akal melihat. Orang rohani itu tidak ramai, mereka yang
boleh menganggap dunia ini Tuhan punya sedangkan manusia lain menganggap dunia
ini mereka punya. Walhal kita tidak patut jadi tuan punyanya. Yang paling rugi,
kita rebut dunia yang kita nampak emas, intan berliannya, sedangkan di sisi
Tuhan ia umpama bangkai yang tiada nilai apa-apa walaupun senilai sebelah sayap
nyamuk.
Katalah
orang bergaduh kerana dunia, yakni hendak menguasai beberapa negara. Bukan
semua negara dia boleh dapat. Mungkin dapat 2/3 dunia. Kalau keseluruhan dunia
itu tiada nilai, dapat 2/3 dunia tentu makin kecil dan makin tiada nilai.
Katalah Amerika dapat kuasai 1/2 dunia, maka lebih-lebih lagi tidak berguna
sebab ia bukan dapat semua. Mati masuk Neraka. Kalau masuk Neraka pun boleh
tahan juga sebab dia sudah dapat 1/2 dunia. Pada logik akal, kalau bergaduh
kerana hendak tawan dunia, boleh tahan juga. Tetapi bergaduh cuma kerana
berebutkan ikan dalam pinggan sahaja sampai masuk Neraka, atau dalam kelas, ada
beberapa puluh murid, bergaduh sebab hendak jadi ketua, sehingga bakar sekolah,
hanya kerana itu masuk neraka, betapa ruginya. Sampai sanggup perkecilkan guru,
mak ayah dan timbulkan huru-hara. Tidak payahlah pandang dengan hati, dengan
akal pun sudah terasa bodohnya manusia begitu. Kalau tidak taubat, walaupun
bergaduh hanya kerana berebut seekor ikan bilis, boleh masuk Neraka!...
wallahua’lam
No comments:
Post a Comment