Didikan Tuhan kepada manusia
sungguh sistematik dan menarik
Indah, ada hujah, berkesan dan menyedarkan manusia
Mula-mula dia inginkan rahmat dan nikmat-Nya
hingga terasa kasih sayang-Nya
kepada hamba-hamba-Nya
Selepas itu dia suruh hamba-hamba-Nya
bersyukur kepada-Nya
dengan memuji-muji-Nya
tanpa berkongsi pujian dengan makhluk-Nya
Sama ada memuji zat-Nya dan sifat-sifat-Nya
mahupun rahmat dan nikmat-Nya

Setelah itu Dia menyedarkan fikiran manusia
dan mengusik lagi fitrah mereka
Dengan mengingatkan manusia
Dia adalah pencipta alam, pentadbir
pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat semua
Hingga manusia tersentak lagi dibuat-Nya
terasa lagi kehebatan-Nya
Tuhan tubi lagi fikiran dan fitrah manusia
cara Dia memberi nikmat kepada manusia
Tuhan berkata, orang jahat diberi nikmat
atas dasar pemurah-Nya
serta istidraj-Nya atau murka-Nya
Cerita ini sangat menakutkan manusia
hamba-hamba-Nya
Orang yang baik diberi nikmat
atas dasar kasih sayang-Nya
adalah khabar gembira dari Tuhannya
kerana baik dan taqwanya seseorang itu
maka Dia meredhakannya
Selepas itu Tuhan susul lagi
dengan memperlihatkan kebesaran-Nya lagi
kepada manusia
Tuhan memberitahu Dia adalah yang memiliki
dan mempunyai kuasa mutlak
tanpa berkongsi kuasa-Nya dengan makhluk-Nya
Setelah Tuhan mempromosi diri-Nya pada manusia
secara bertahap-tahap dan berperingkat-peringkat tanpa mengejut
Hingga manusia faham dan terasa
Maha Agungnya Tuhan
dan Maha Berkuasanya Tuhan
Dia adalah segala-galanya
Setelah manusia terasa Dia adalah Tuhan
dan Dia adalah tempat meminta
Maka barulah Allah Taala menyuruh menyembah-Nya
dan meminta tolong kepada-Nya
Begitulah Tuhan (Allah) mendidik manusia
yang para pemimpin, guru, ibu bapa
mesti menirunya
Didikan Tuhan itu kalau dijadikan panduan
oleh setiap pemimpin, guru-guru, ibu bapa
manusia itu mudah dididik ke arah
mencintai, menakuti dan mentaati Tuhannya

No comments:
Post a Comment