Assalam... Malam ini, nak kongsi berkenaan surah Al-fatehah. Surah yang hari-hari kita baca. Sudahkah kita memahaminya? Ia bukan surah sebarangan..no,no,no... Sila ambil perhatian ya! Buat diri dan anda semua... Perkongsian ini harap bermafaat dunia akhirat. Siapa yang menghayati Al-fatehah, dia menghayati Al-quran...:) Mari sama-sama kita kita mulakan bacaan...
Surah Al Fatehah terdiri daripada ayat-ayat Makkiyyah atau disebut juga
Suratul Makkiyyah. Sebagai ingatan, ayat Makkiyyah ialah setiap ayat atau surah
yang turun sebelum Rasulullah berpindah atau berhijrah ke Madinah. Manakala
ayat Madaniyah pula ialah setiap ayat atau surah yang turun selepas Rasulullah
SAW berhijrah ke Madinah, sekalipun ayat itu tidak turun di Madinah. Ayat itu
mungkin turun di Mekah, mungkin turun di Thaif atau mungkin turun di dalam
perjalanan. Ayat-ayat di dalam surah Al Fatehah diturunkan secara
beransur-ansur sebanyak dua kali, iaitu sebahagian ayat turun di Mekah,
sebahagian ayat lagi turun di Madinah. Walau bagaimanapun, semua ayatnya adalah
ayat-ayat Makkiyyah. Ia dikatakan surah Al Fatehah atau 'Surah Pembukaan'. Ia
boleh juga dikatakan 'Surah Yang Dapat Kemenangan' sebab menurut bahasa Arab,
'kemenangan' berasal dari perkataan 'fath'.
MENGAPA AL FATEHAH
DISEBUT SURAH KEMENANGAN?
Al Fatehah dinamakan 'Surah Kemenangan'
kerana ia adalah ibu kitab atau Ummul Kitab. Ibu kepada kitab yang tertulis di
Luh Mahfuz itu ada di dalam Al Fatehah. Dengan ertikata yang lain, kandungan Al
Fatehah meliputi seluruh Al Quran. Kalau surah Al Fatehah dapat difahami dan
dihayati intipatinya, itu pun sudah cukup untuk memahami intipati Al Quran.
Jadi bila seseorang memahami Al Fatehah, menghayati dan mengamalkannya, ia akan
menjadi orang yang dapat kemenangan.
Sudah disebutkan tadi, intipati Al Quran yang
30 juz itu ada dalam Al Fatehah yang sebanyak tujuh ayat. Ertinya, katalah ada
seorang pakar yang diberi ilmu oleh Tuhan. Dia tidak membaca keseluruhan Al
Quran tetapi dia berkata, "Mari kita hurai Al Fatehah." Maka dia pun
syarahkan isi Al Fatehah itu mungkin selama setahun kerana ibarat hendak
menggali lombong; tidak mungkin sekadar pakai cangkul dan tidak mungkin selesai
dalam satu hari; untuk mengeluarkan 'emas' Al Quran itu sudah tentu memakan
masa.
Selepas setahun pakar itu memberi kuliah,
dia pun berkata, "Mari tengok Al Quran." Maka mereka akan dapati apa
yang disyarahkan huraian dari Al Fatehah itu akan sama dengan seluruh isi Al
Quran. Cuma, tidak pernah ada orang yang buat begitu kerana tidak ada orang
yang pakar. Begitulah huraian atau tafsiran Al Fatehah itu. Bilamana tafsiran
ini jadi ilmu lalu dihayati dan di'apply'kan, pasti seseorang itu akan dapat
kemenangan. Inilah hujah mengapa surah ini disebut Surah Yang Dapat Kemenangan.
SURAH PEMBUKAAN
Maksud biasa Al Fatehah yang selalu
dibahas oleh ulama ialah 'Surah Pembukaan' kerana ia diletak di depan iaitu di
pintu Al Quran. Ertinya Al Fatehah adalah surah yang pertama. Peliknya kerana
ia bukan ayat yang mula-mula turun. Ayat yang mula-mula turun ialah dari Surah
Al 'Alaq sebanyak lima ayat. Sepatutnya Surah Pembukaan itu ialah Surah Al
'Alaq tetapi ia tidak disebut sebagai 'Surah Pembukaan' atau 'Surah
Kemenangan.'
Mengapa?
Di sini kita dapat rahsianya. Hikmahnya
ialah kerana Al Fatehah itu mengandungi semua aspek sama ada aqidah, syariah atau
akhlak. Terutamanya aspek syariah yang mana kalau diperluaskan, syariah itu
ialah peraturan atau undang-undang sistem hidup. Manakala hikmah diturunkan
Surah Al 'Alaq dahulu ialah Tuhan hendak tanamkan aqidah dahulu. Kalau aqidah
belum ada; tidak tahu adanya Tuhan, tidak tahu kemampuan dan kuasa Tuhan; maka
apa perlunya syariah.
Oleh itu walaupun Surah Al 'Alaq turun
awal, ia tidak disebut sebagai Surah Pembukaan atau Surah Kemenangan kerana ia
hanya menyebut satu juzuk iaitu aqidah. Al 'Alaq sahaja tidak mewakili seluruh
Al Quran. Maka sebab itulah Surah Al Fatehah yang meliputi seluruh isi Al Quran
dijadikan surah pertama walaupun ia bukan surah yang pertama turun.
BISMILLAH ADALAH SALAH
SATU AYAT AL FATEHAH
Dalam Surah Al Fatehah ada tujuh ayat
termasuk Bismillahirrahmanirrahim. Bismillahirrahmanirrahim itu adalah ayat
dari Al Fatehah (ayatul min ayatil Fatihah). Ertinya ia wajib dibaca di dalam
solat ketika membaca Al Fatehah. Bagi orang Wahabi, mereka tidak memasukkannya
dalam Al Fatehah. Oleh itu kaum Wahabi kebanyakannya tidak membaca Bismillah
dalam solat. Mereka terus saja membaca Alhamdulillah...
Lebih malang lagi, imam-imamnya juga ada
yang tidak membaca Bismillah. Padahal kalau imam itu bijaksana, berhikmah dan
menghormati mazhab serta memikirkan kepentingan masyarakat umum, apa salahnya
dia membaca Bismillah. Bahkan bagi mereka pun membaca Bismillah adalah sunat,
bukannya haram.
Kalau dia membaca Bismillah, dia dapat
pahala sunat. Sedangkan bagi orang yang yakin Bismillah itu wajib dibaca, maka
batal sembahyang orang tersebut bila imam tidak membaca Bismillah. Jadi kalau
imam itu bijak, walaupun dia anggap baca Bismillah itu sunat, dia akan
membacanya kerana selain dapat pahala sunat dan menghormati mazhab yang lain,
ia juga menyelamatkan makmumnya dari terbatal sembahyang.
bersambung....(",)
No comments:
Post a Comment