Assalam... Usaha-usaha
memimpin serta mendidik masyarakat ke arah menjadikan Islam sebagai satu cara
hidup yang lengkap dan menyeluruh, amatlah perlu dan penting. Sebab usaha-usaha
mengajarkan Islam secara serpihan dan terpisah yang telah dibuat sekian lama,
hasilnya begitu mendukacitakan. Hingga hari ini umat Islam gagal untuk
melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup, sekaligus gagal untuk menjadi satu
bangsa yang merdeka, berdaulat, aman dan makmur serta mendapat keampunan dan
pertolongan dari Allah SWT. Kita kini ialah umat yang terpaksa menggantungkan
nasib pada bangsa lain yang bukan Islam, yaitu musuh-musuh Islam.
Semua yang kita miliki hari ini
adalah pinjaman yang kita dapatkan dari bangsa yang bukan sebangsa dan seagama
dengan kita. Pendidikan, ekonomi, politik, ilmu pengetahuan, makanan, pakaian
dan rumahtangga kita semuanya bikinan orang lain, yang kita akui sebagai
kepunyaan kita. Padahal kita adalah umat Islam. Allah dan Rasul adalah pemimpin
kita. Al Quran dan Sunnah panduan kita. Kehidupan Sunnah adalah cara hidup kita
baik dalam ibadah, aqidah, akhlak, tarbiah, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik,
sosial, kebudayaan, ketentaraan, kenegaraan dan perhubungan dunia
internasional. Malangnya hal itu masih menjadi angan-angan saja. Dan kelihatan
hampir-hampir mustahil semua itu dapat kita ulangi dalam kehidupan kita hari
ini.
Oleh
kerana itu, apa yang seharusnya dibuat untuk merealisasikan cara hidup Islam
dalam kehidupan kita hari ini adalah mengajar dan mendidik umat untuk faham dan
terus mengamalkan serta memperjuangkan Islam itu dalam apa saja aspek kehidupan
yang dilaluinya. Mengajar saja tanpa
mengamalkan Islam tidak cukup, sebab ia hanya akan membuktikan kata pepatah:
"Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul".
Pendidikan melalui contoh teladan
dan perlaksanaannya dalam kehidupan adalah syarat penting untuk mengembalikan
cara hidup Islam dalam masyarakat. Keutamaan berikutnya ialah berjuang untuk
melaksanakan cara hidup Islam di tengah-tengah masyarakat yarg lebih luas.
Tanpa memenuhi syarat-syarat ini, kita akan terus menerus menjadi bangsa yang
tidak ada identiti dan tamadun yang tersendiri. Artinya, kita hanya Islam pada
nama tapi tidak pada hakikatnya. Kita tipu diri kita dan kita tipu orang lain.
Alangkah
malangnya kita di dunia dan di akhirat nanti, seandainya hal ini dibiarkan
terus menerus. Oleh kerana itu, marilah kita tunaikan tugas-tugas yang telah
disebutkan tadi. Moga-moga langkah ini akan membawa kita kepada kemuliaan hidup
di dunia dan akhirat.
Apabila sebuah kereta tidak dapat berjalan
dengan baik, tentu ada kerosakan atau kesalahan pada salah satu sistem dalam
kereta itu. Supaya kereta itu dapat kembali berjalan dengan baik, maka yang mesti
dibuat ialah memperbaiki kerosakan tersebut atau membetulkan kesalahannya.
Kerja ini hanya dapat dibuat oleh orang yang faham tentang masalah kereta itu .
Demikianlah apabila sebuah
masyarakat tidak lagi aman damai dan selamat sejahtera, tentu ada kesalahan di
beberapa bahagian dalam pengurusan hidup masyarakat itu. Supaya keadaan dapat dipulihkan, mestilah
kesalahan pengurusan itu dibetulkan. Dan ia hanya bisa dibuat oleh orang yang
benar-benar faham tentang duduk perkara ini.
Tidak dapat dinafikan lagi bahwa
masyarakat hari ini termasuk masyarakat kita di Malaysia, sedang mengalami
bermacam-macam masalah, krisis dan penyakit. Keamanan, persatuan, keadilan,
kemakmuran dan kesejahteraan hanya dijadikan sebagai slogan oleh orang-orang
tertentu. Realiti kehidupan memperlihatkan keadaan yang sangat membimbangkan.
Krisis politik, krisis ekonomi, krisis akhlak, krisis perlembagaan, krisis
budaya, krisis nilai dan lain-lain, sedang menjadi isu yang telah menggoncang
kestabilan masyarakat kita. Makin hari keadaan makin meruncing dan kronik.
Usaha-usaha penyelesaian yang dibuat, bukan mengurangi masalah tapi menambah
rumit lagi masalah yang ada, bahkan menimbulkan masalah lain. Ibarat banjir
besar yang dibendung, bendungan itu tidak lagi menyelamatkan keadaan tapi
mengakibatkan banjir makin ganas dan melanda daerah lain, sehingga kawasan yang
dilanda banjir bertambah luas lagi. Menambah parah kerosakan yang telah ada;
atau ibarat orang sakit yang makin diubati, makin menjadi-jadi sakitnya. Atau
ibarat benang yang kusut, makin diungkai makin kusut.
Masalah dan krisis yang menimpa
manusia, kini bukan semakin berkurang tapi semakin bertambah dan berkembang
biak kepada berbagai masalah lain. Ini adalah kenyataan. Persatuan makin
hancur, kacau dan makin menghilang, keamanan semakin menjauh dari kehidupan
masyarakat modern ini. Pembangunan lahiriah yang dibanggakan tidak bererti lagi
apabila faktor-faktor kemanusiaan yang murni makin hilang dari diri manusia.
Membiarkan keadaan ini samalah seperti membenarkan manusia terjun ke Neraka
dunia sebelum Neraka akhirat. Alangkah malangnya kalau begitu.
Keselamatan hakiki dunia akhirat
hanya dapat dicapai kalau manusia kembali pada jalan Allah dan Rasal, yakni
mengikut Al-Quran dan Sunnah. Lihat sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Aku tinggalkan untukmu dua
perkara. Barang siapa yang mengikutinya tidak akan sesat selama-lamanya. Yakni
Kitabullah dan Sunnahku.
Artinya manusia hari ini sudah
membelakangi Al Quran dan Sunnah. Sebab itu mereka tersesat dalam mencari jalan
keselamatan hidup dunia akhirat. Kelalaian untuk mendalami ilmu agama atau
kelalaian mengamalkannya telah mengakibatkan umat Islam tidak kenal Islam yang
cantik dan sempurna itu. Mereka hanya mengambil sudut-sudut tertentu untuk
diamalkan tapi menolak sebagian yang lain. Dalam keadaan ini setiap orang
mempunyai kekurangan di sudut pengetahuannya dalam memahami atau mengamalkan
Islam . Ini menjadikan masalah bertambah rumit. Antara kelainan-kelainan yang
terjadi di kalangan anggota masyarakat dalam memahami atau mengamalkan Islam
itu ialah:
I
. Terdapat sekumpulan bijak pandai
yang hanya mendalami ilmu dunia tapi jahil sejahil-jahilnya tentang ilmu agama.
Kerana itu mereka tidak tahu yang mana perkara yang hak dan yang mana yang
batil. Tidak tahu apa tujuan hidup dan apa alat-alat untuk hidup. Hingga
tertukar alat jadi tujuan dan sebaliknya.
2.
Ada kumpulan alim ulama yang tahu
hukum-hukum dan selok-belok agama, tapi mereka tidak faham penyakit masyarakat,
tidak faham isu semasa, dan tidak berperanan untuk mendidik dan memimpin
masyarakat ke arah Islam. Iman mereka lemah. Sebab itu mereka turut hanyut
dalam suasana masyarakat yang sudah jauh meninggalkan Islam.
3.
Sebagian lagi terdapat kumpulan
pejuang-pejuang Islam gigih memperjuangkan Islam tapi kurang ilmu tentang
syariat Islam, khususnya tentang uslub atau cara perjuangan itu sendiri. Maka
walaupun mereka tahu masalah masyarakat namun usaha-usaha mereka tidak tepat
sasarannya. Ibarat orang yang tahu penyakit seseorang itu tapi tidak tahu cara
mengubatinya. Jadilah orang yang sakit itu bertambah parah lagi sakitnya. Bukan
menunjukkan jalan atau bukan menyelesaikan masalah. Sebab itu perjuangan mereka
tidak berhasil bahkan bertambah kusut. Mereka berjuang hanya ikut semangat.
Hasilnya kadang.kadang lebih menguntungkan musuh.
4.
Kumpulan yang mempunyai keinginan untuk belajar agama hanya memahami Islam dari segi ilmu-ilmu lahir saja seperti ilmu
Fiqih tapi tak mendalami ilmu-ilmu batin dan alam ghaib. Tidak yakin tentang
ilmu Tasawuf yang mendidik nafsu, hati dan akal. Begitu juga hal-hal ghaib
yakni Alam Barzakh dan Alam Akhirat. Agama bagi mereka ialah hanya
perkara-perkara lahir. Maka terjadilah tindak-tanduk memperturutkan nafsu,
sedangkan tindakan lahir itu bersumber dari nafsu. Walaupun mereka tahu
soal-soal lahir namun soal-soal lahir ini pun tidak dapat diselesaikan.
5.
Kumpulan yang menganggap Islam itu hanya melibatkan
soal fardhu ain, yakin rukun iman dan rukun Islam (hablumminallah) saja,
sehingga telah mengabaikan soal-soal perundang-undangan, akhlak, pergaulan,
ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain. Akhirnya kemajuan dan tamadun umat
terabai.
6.
Kumpulan yang mengutamakan kepentingan
diri dan duniawi, yang merasakan bahawa hidup dengan cara Islam akan
merugikan kepentingan-kepentingan tadi, mereka membuat macam-macam alasan
supaya perjuangan Islam tidak berkembang. Konon peraturan hidup cara Islam
tidak dapat dilaksanakan kerana masalah beragamnya suku atau kaum, menjaga
perpaduan, dan alasan-alasan lain lagi. Akhirnya undang-undang dan peraturan
yang dilaksanakan (tidak mengikut Islam) menimbulkan penyakit masyarakat
seperti krisis politik, permusuhan antara suku, kekacauan dalam sistem
kekeluargaan, krisis ekenomi, perebutan pangkat, pemuda-pemudinya jadi liar dan
pihak penguasanya berbuat sewenang-wenang dalam menggunakan kekuasaan.
7.
Golongan yang tidak yakin bahwa Islam
mampu menyelesaikan semua masalah hidup. Mereka tetap mengaku Islam sebab
takut untuk meninggalkan agama secara terang-terangan. Mereka takut dihukum
oleh masyarakat. Namun perjuangan hidup mereka bukan untuk Islam. Mereka
mengambil isme-isme lain sebagai landasan perjuangan seperti sosialisme,
nasionalisme, komunisme, kapitalisme dan lain-lain.
8.
Ada golongan ahli agama, oleh kerana dilihatnya manusia sudah rosak, sudah
jahat, maka mereka kecewa terus
menyendiri dan beribadah untuk diri sendiri. Tanpa mahu berjuang dan melakukan
usaha ikhtiar untuk membaiki masyarakat. Inilah golongan ulama yang lemah jiwa.
Demikianlah pembagian secara kasar
golongan-golongan umat Islam yang masing-masing mempunyai sikap tersendiri
terhadap agama yang mereka pilih sebagai anutan mereka. Islam seolah-olah
dipotong-potong atau dicincang-cincang dalam kepingan-kepingan kecil, dan
tiap-tiap kumpulan mengambil kepingan-kepingan yang sempat atau mampu mereka
ambil. Lalu mereka tidak dapat melihat dan menikmati keindahan Islam secara
keseluruhan (sempurna). Akhirnya hidup mereka menjadi tidak menentu, seperti
firman Allah :
Terjemahannya:
"Apakah
kamu beriman dengan sebagian isi kitab dan meninggaikan sebagian yang lain.
Tidaklah yang demikian itu melainkan ditimpa kehinaan di dunia, dan di akhrat
akan dikembalikan pada azab yang pedih.(Al Baqarah: 85)
Antara kehinaan yang sedang menimpa
kita sekarang ialah terjadi krisis demi krisis yang tidak habis-habisnya dalam
semua hal. Penipuan, rasuah, arak, judi, zina dan ubat terlarang menjadi-jadi, ini
pasti akan berlarut-larut selagi kita masih membelakangkan Allah dan agama-Nya.
Moga-moga krisis dan masalah yang
kita hadapi sekarang menemui jalan keluar yang tepat. Setelah merenung dan
mengubah sikap barulah mungkin kita perjuangkan untuk membangunkan satu
masyarakat atau satu ummah yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Yang
kematian mereka dalam keadaan redha lagi diredhai. Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment