Assalam... anda biasa memuji Tuhan? Tahukah anda, memuji Tuhan ini ada tiga peringkat:
1. Memuji yang ada hubungan dengan Zat-Nya.
2. Memuji yang ada hubungan dengan sifat-sifat-Nya.
3. Memuji atas rahmat dan nikmat-Nya.
Jadi memuji Tuhan itu adakalanya berhubung dengan Zat-Nya, adakala
berhubung dengan sifat-sifat-Nya dan adakala atas rahmat serta nikmat-Nya.
Rahmat dan nikmat itu sudah kita perkatakan, yakni ada yang bersifat mata, yang
bersifat akal dan bersifat rohaniah.
1. Memuji Tuhan di atas Zat-Nya
Contohnya:
"Wahai Tuhan, Engkau Maha Kekal."
"Wahai Tuhan, Engkau Maha Esa."
"Wahai Tuhan, Engkau tidak perlukan ruang."
"Wahai Tuhan, Zat Engkau tidak menyerupai segala yang baru."
"Ya Tuhan, Maha Suci Engkau dari mengambil tempat, berada dalam masa
dunia dan Akhirat."
2. Memuji Tuhan berkait dengan sifat-Nya
Contohnya:
"Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang."
"Engkau Maha Pengampun."
"Engkau Maha Lemah Lembut."
"Engkau Maha Qahhar (keras) dan Jabbar."
"Engkau Maha Bersyukur, Engkau Maha Agung, Engkau Maha Tinggi, Engkau
Maha
Pemarah (Tuhan memang layak)."
Itulah pujian yang memang layak ke atas Tuhan.
3. Memuji Tuhan di atas pemurah dan penyayang-Nya (rahmat dan nikmat-Nya).
Contohnya:
"Pemurahnya Engkau Tuhan, Engkau beri aku makan, beri aku ilmu (ada hubungan dengan nikmat aqli)."
"Pemurahnya Engkau Tuhan, Engkau beri aku makan, beri aku ilmu (ada hubungan dengan nikmat aqli)."
"Terima kasih Tuhan kerana kenalkan diri-Mu padaku."
"Terima kasih Tuhan kerana Engkau jadikan Engkau Tuhan aku (itu nikmat
dan rahmat)."
"Terima kasih kerana memberi aku kesenangan, anak, pakaian, kesihatan, pemandangan yang indah dan macam-macam lagi."
"Terima kasih kerana memberi aku kesenangan, anak, pakaian, kesihatan, pemandangan yang indah dan macam-macam lagi."
Jadi memuji Tuhan itu, yang semuanya layak untuk Tuhan, adakalanya pada
Zat-Nya, adakala pada sifat-sifat-Nya, adakala pada nikmat dan rahmat-Nya.
PEMBAHAGIAN PUJIAN
Pembahagian pujian itu pula ada lima iaitu:
1. Puji Tuhan pada diri-Nya
Tuhan memuji diri-Nya. Ini banyak terdapat dalam Al Quran dan Hadis.
Contohnya:
"Aku Tuhan, sembahlah Aku. Tidak ada Tuhan selain Aku. Aku adalah Qahhar, Aku Jabbar. Aku Pengasih dan Penyayang." Dia memuji diri-Nya. Ada Hadis mengatakan: "Aku kasih kepada hamba-Ku, lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya."
Apakah hujah untuk membenarkan Tuhan memuji diri-Nya? Hujahnya ialah kerana Tuhan itu memang layak. Lagipun mana ada yang lebih atas dari Tuhan. Kalau Dia hendak puji diri-Nya, siapa hendak hukum Dia. Kalau kita hendak puji diri sendiri, nanti ada yang lebih atas yang akan tegur sebab ada orang yang lebih layak. Kalau Tuhan puji diri-Nya, Dia pun memang tidak ada tandingan. Sebab itu ada amalan-amalan khusus kerana kita tidak mampu untuk puji Tuhan maka kita berkata:
"Aku puji Engkau Tuhan, sebanyak mana Engkau puji diri Engkau sendiri.
Anggaplah ini juga pujianku untuk-Mu." Ini termasuk rahmat Tuhan. Ini cara
shortcut sebab kita memang tidak larat dan tidak mampu hendak puji Tuhan.
2. Pujian Tuhan pada hamba-Nya
Contohnya:
"Aku suka pada orang yang bertaubat."
"Aku suka pada orang yang bertaubat."
"Aku suka orang yang bertaqwa."
"Aku suka orang yang pemurah."
"Aku suka pada seorang yang buat dosa dan kemudian bertaubat atas
dosanya."
"Aku lebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbih para auliya."
"Aku lebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbih para auliya."
3. Pujian seorang hamba pada Tuhannya
Itu mudah kita faham. Selemah-lemah kita, kita ada puji Tuhan.
4. Puji hamba kepada hamba
Contohnya A berkata, "B ini pandai dan sabar."
Elok memuji di belakangnya, takut dia tidak tahan hingga merosakkan
hatinya. Puji di depan itu macam letak kayu balak di bahu. Apakah ada orang
yang boleh pikul kayu balak 10 tan atas bahunya? Pujian itu dibolehkan kerana
hakikatnya dia puji Tuhan. (Barangsiapa yang tidak bersyukur pada manusia,
hakikatnya dia tidak bersyukur pada Tuhan.) Kalau kita puji manusia, hakikatnya
kita puji Tuhan. Sebab orang itu dapat nikmat dari Tuhan. Nikmat itu bukan
hakiki.
5. Pujian seseorang atas dirinya sendiri
Itu tidak boleh kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan yang ada pada
dirinya. Tetapi itu mesti berhati-hati. Takut berbunga di dalam hati. Contohnya,
nabi-nabi terpaksa puji dirinya. Macam Rasulullah berkata, "Saya adalah
seorang yang paling takut dengan Tuhan." Kalau Rasulullah tidak sebut,
umat akan terkeliru. Jangan ada orang yang anggap, ada orang yang lebih takut
pada Tuhan daripada Rasul. Dia ceritakan nikmat Tuhan pada dirinya bukan kerana
megah.
Rasulullah mengatakan, "Saya adalah orang yang paling fasih menyebut
(huruf) dhad." Sebab menyebut huruf dhad itu susah. Memuji diri itu tidak
digalakkan kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan sepertimana yang
dilakukan oleh Rasul setelah diilhamkan.
Itulah huraian dan tafsirannya bagi alhamdulillah yang bermaksud 'Segala
puji hanya layak bagi Tuhan' itu. Selepas sebut Bismillah, baru seronok hendak
katakan Alhamdulillah iaitu segala puji hanya layak bagi Tuhan. Yang lain tidak
layak dipuji. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment