Salam wrt. Apa khabar semua? Alhamdulillah, malam ni salim sedikit hati
ini. Siang tadi agak sibuk dan 'kerisauan'. Yang sebenarnya, orang mukmin sejati
itu tidak akan pernah berasa takut atau sedih terhadap
hal-hal dunia. Nak buat camne.. Belum capai
maqam itu.. InsyaAllah, moga Allah rezekikan suatu hari nanti. ameen.:) Malam
ni buat sedikit bacaan tentang bagaimana agama Nasrani, Yahudi dan Majusi
bertapak di Tanah Arab. Begini...
Orang
Najran di zaman itu beragama Nasrani, orang Yaman sebahagiannya Yahudi,
sebahagian Nasrani, Yathrib yaitu Madinah dan Khaibar pula didatangi oleh orang
Yahudi dari Syam. Yahudi paling ramai di Yaman tetapi selepas itu Farsi yang
menganut Majusi menawan Yaman. Ketika Rasulullah diutuskan Yaman
diperintah oleh kerajaan Farsi. Mari kita ringkaskan cerita yang panjang ini.
Satu ketika Rabiah bin Nasr
penguasa Yaman telah bermimpi satu mimpi yang pelik. Mimpi itu telah
ditafsirkan oleh Ahli nujum yang menguasai kehidupan masyarakat ketika itu,
Kata mereka, mimpi itu bermaksud orang orang Habsyah akan menguasai Yaman
sekitar 60 ke 70 tahun lagi. Rabiah ini
takut hal itu berlaku keatas zuriatnya, lalu dia membawa semua ahli keluarganya
meninggalkan Yaman. Mereka berpindah ke Hirah satu tempat yang berdekatan dengan
Irak. Akhirnya mereka menguasai Hirah. Raja Nuaim bin Munzir, raja Hirah itu
adalah dari keturunan Rabeah bin Nasr ini.
Ketika
itu raja Rom dipanggil Qaisar dan raja
Farsi dipangil Kisra, raja habsyah dipanggil Najasyi, dan raja Yaman dipanggil
Tubba'. Dalam Al Quran Allah ada menceritakan perihal kaum Tubba' yaitu orang-orang
Yaman. Ketika itu Yaman diperintah oleh Tubaa' yang bernama Tabban bin As'ad. Dia seorang raja yang terkenal dan selalu keluar
berdagang dan melancong. Satu ketika dia keluar berdagang ke
Syam ditemani oleh anaknya dan tentara-tenteranya. Sebelum ke Syam mereka
singgah di Madinah dulu, anaknya ditinggalkan di Madinah menguruskan
perniagaannya di Madinah. Sewaktu Tabban bin As'ad ini pergi ke Syam berlaku
selisih faham antara anaknya dan orang orang Madinah sehingga orang orang
Madinah membunuh anaknya. Bila Tabban dapat berita ini dia berpatah balik untuk
menuntut bela di atas kematian anaknya. Berlaku peperangan antara orang Yaman
dan orang Madinah.
Dalam
peperangan itu ada satu hal yang sangat menjadi kehairanan bahkan satu yang
sangat menarik bagi Tabban. Orang Madinah kerana terlalu pemurah, mereka
berperang disiang hari bila sampai waktu malam mereka berenti perang. Di waktu
malam orang-orang Madinah menghantar makanan dan minuman kepada tentara Tabban
yang memerangi mereka pada siang hari. Sampai begitu mereka memuliakan tetamu
walaupun tetamu itu adalah musuh yang memerangi mereka di siang hari.
Namun Tabban tetap nak tuntut bela
keatas kematian anaknya.
Di
tengah peperangan itu datang kepada Tubban pendeta-pendeta Yahudi yang datang
dari Syam. Mereka minta nak bertemu dan berbincang dengan Tabban. Setelah mengadap Tubban mereka bertanya apa yang
Tubban mahu dari peperangan ini. Tabban
memberitahu mereka bahawa dia mahu menghancurkan Madinah. Kata pendeta Yahudi
kepada Tabban, kamu tidak akan berjaya, sebaliknya Allah akan musnahkan kamu
kerana Madinah ini adalah tempat hijrah Nabi. Begitulah menurut kitab-kitab
kami. Tabban telah berminat dan tertarik untuk mendalami tentang Taurat. Akhirnya dia memeluk agama Yahudi dan berhenti dari
memerangi orang-orang Madinah.
Selepas
itu dia dan tenteranya ke Mekah. Ketika itu Bani Huzail memusuhi orang Mekah
dan mereka juga tak suka kepada orang Yaman. Mereka mengambil peluang ini untuk
melaga-lagakan orang Yaman dan orang Mekah. Mereka menceritakan pada Tabban
bahawa di Mekah ada satu bangunan iaitu kaabah, di mana dibawah kaabah ini
terdapat banyak emas dan permata. Memang ketika itu orang orang Arab menanam
emas dan permata di Kaabah sebagai memuliakan Kaabah. Bila Tabban mendengar hal ini
datang perasaan tamaknya untuk menguasai harta itu. Terus dia persiapkan
tenteranya untuk menyerang Mekah dan Kaabah pula. Pendeta-pendeta Yahudi yang
masih ada bersama mereka kerana mengajar mereka agama Yahudi telah menasihat
Tabban agar jangan menyerang Mekah dan Kaabah. Kata mereka, yang kami tahu
Kaabah inilah satu satunya rumah Allah di atas muka bumi ini. Kalau kamu serang
Kaabah, Allah yang akan musnahkan kamu. Tabban menerima nasihat ini dan
bertanya pendeta apa yang patut dia buat bila dia masuk Mekah nanti. Kata
pendeta yahudi, bila engkau masuk Mekah nanti engkau besarkan Kaabah ini. Macam
mana? Tanya Tabban, kata pendeta, engkau tawaf keliling Kaabah. Tabban tanya
pendeta : apakah kamu akan tawaf juga? Kata pendeta, kami pun nak tawaf tapi
oleh kerana Kaabah ini ketika ini dipenuhi dengan berhala sekelilingnya jadi
kami para Ulamak tak sepatutnya tawaf dalam keadaan begini. Tabban telah
melaksanakan nasihat pendeta Yahudi. Semasa
dia di Mekah dia melihat dalam tidurnya dia memakaikan kelambu pada Kaabah.
Tabban memerintahkan orang-orangnya menyiapkan kelambu Kaabah. Dengan itu orang
yang pertama memakaikan kelambu pada Kaabah ialah Tabban bin As'ad raja Yaman ini. Selepas itu barulah kabilah
Arab menyambung tradisi ini.
Bila
Tabban balik ke Yaman dia perintahkan semua rakyatnya menganut agama Yahudi
tapi rakyatnya tak setuju. Rakyat yaman ketika itu menyembah api. Di setiap
rumah mereka ada rumah api, kalau mereka bergaduh sesama mereka mereka akan
pergi kepada rumah api ini, bila rumah api dibuka siapa yang kena sambar api
dulu dialah yang salah. Jadi mereka ambil keputusan untuk berhakim dengan api
dalam masalah arahan Tabban ini. Tabban pun setuju, dihari yang ditentukan dibawa
pendeta Yahudi ke rumah api begitu juga dengan pendeta Majusi yang menyembah
api. Bila dibuka pintu rumah api, api menyambar pendeta Majusi, mereka lari
menyelamatkan diri. Rakyat tak puas hati, diulang lagi kali kedua, kali ini
pendeta Majusi dipaksa jangan lari. Kali ini pun api menyambar pendeta Majusi
dan akhirnya pendeta Majusi mati terbakar api di situ. Melihatkan peistiwa itu
semua rakyat Yaman memeluk agama Yahudi. Begitulah Allah menunjukkan
kebesarannya dalam memenangkan agamanya.
No comments:
Post a Comment