Dari kalangan anak Qusai bin Kilab juga Abdul Manaf,
diantara anak-anak Abdul Manaf, Mutallib dan Hasyim, di antara anak anak
Hasyim, Syaibah. Syaibah ini anak Hasyim dari isterinya yang bernama Umu
Hasyim, seorang wanita bangsawan dikalangan kaumnya yang tinggal di luar Mekah,
Hasyim tidak panjang umurnya, waktu Syaibah masih kecil lagi dia sudah
meninggal dunia. Syaibah dibesarkan oleh ibunya di kabilah ibunya diluar Mekah.
Bila Syaibah sudah remaja, bapa saudaranya Mutalib ingin mengambil Syaibah
untuk dibawa ke Mekah. Ibunya tidak setuju tapi Mutalib berkeras, Syaibah ini
dari keturunan Qusai bin Kilab, dia adalah pemuka Quraisy, dia tidak sepatutnya
dia tinggal di luar Mekah. Lagipun dia sudah cukup umur sekarang. Akhirnya si
ibu minta agar dibuat pilihan kepada Syaibah sendiri, samada dia nak tinggal
dengan ibunya atau nak mengikut bapa saudaranya ke Mekah. Syaibah memilih untuk
bersama bapa saudaranya Mutalib dan tinggal dengannya di Mekah. Jadi Syaibah
ikutlah Mutalib kembali ke Mekah. Mutalib membawa Syaibah naik satu kenderaan
dengannya. Syaibah membonceng di belakang Mutalib. Bila sampai ke Mekah, orang
ramai melihat Mutalib bawa seorang budak remaja dibelakangnya. Masyarakat yang
terbiasa dengan jual beli hamba pada waktu itu menyangka Mutalib membeli hamba
baru. Dari situlah Syaibah ini digelar oleh Quraish Abdul Mutalib yang
bermaksud hamba Mutalib Akhirnya nama inilah yang masyhur. Inilah dia Abdul
Mutalib datuk Rasulullah Saw. Nama sebenarnya ialah Syaibah.
Abdul Mutalib ini bila berkahwin dikurniakan anak
sulung lelaki namanya Harist. Bila
Harist ini dah agak dewasa, Abdul Mutalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak
Ulamak sejarah yang besar meriwayatkan dari Sadina Ali mimipi ini, bahwa ada
orang datang menyeru Abdul Mutalib dan
menyuruhnya menggali At Thibah, Abdul Mutalib tanya pada suara itu apakah
Thibah itu? Tapi suara itu dah hilang. Malam kedua mimpi lagi, datang lagi suara itu menyuruhnya menggali
Barrah, Apa barrah itu? Tapi suara itu
dah hilang. Abdul Mutalib sudah dapat
merasakan ada sesuatu yang penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi
begitu sebelum ini. Malam ketiga mimpi lagi, kata suara dalam mimpi itu : gali Madhmunah, apa itu Madhmunah tanya Abdul
Mutalib, tapi suara itu dah hilang lagi. Makin Abdul Mutalib merasa ada sesuatu
yang besar melalui mimpi tiga malam berturut turut ini. Malam keempat datang lagi suara itu sambil berkata galilah
Zamzam, dimanakah Zamzam itu? Kali ini suara itu menjawab.
Dia tak akan kering selama lamanya dan tak akan berkurang,
dia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah yang maha Agung,
dia berada diantara perut dan darah, disisi patukan gagak hitam yang ada bulu
putih, disisi rumah semut
Maka yakinlah hati Abdul Mutalib bahawa dia
diperintahkan untuk menggali Zamzam, Zamzam memang tak asing bagi masyarakat
Mekah ketika itu apalagi bagi Abdul Mutalib ketua Mekah ketika itu. Namun
mereka tidak tahu dimana terkambus Zamzam itu. Tidak masuk akal pula nak
menggali sekeliling Kabah untuk mencari zamzam itu.
Besoknya Abdul Muatlib mengajak anaknya Harist
untuk membantunya menggali Zamzam dan untuk mempertahankannya kalau pemuka
Quraish yang lain menghalangnya. Mulalah Abdul Mutalib mencari-cari tanda-tanda
yang telah diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Namun tak ada satu pun tanda
yang disebut itu disekitar Kaabah. Tiba-tiba dalam Abdul Mutalib mencari-cari
itu, satu rombongan Arab ke situ untuk
menyembelih lembu mereka dekat dengan berhala Esaf. Esaf dan Nailah yang
ceritanya sudah kita ceritakan sebelum ini. Dari penyembelihan ini berlaku
tumpah darah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih itu pula, tiba tiba bangun
semula dalam keadaan darah menghambur hambur darinya berlari dan jatuh
semula disatu tempat lain. Jadi
rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka disitu, dikeluarkan perutnnya
dan dilapah disitu.
Maha Besar Tuhan, Maha Mengetahui Tuhan, jadi
tahulah Abdul Mutalib, diantara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan
tempat dia jatuh semula itulah, kawasan untuk dia menggali Zamzam. Tapi
kawasannya besar, bagaimana dia nak gali semua kawasan itu. Dia mencari lagi
tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya dia menjumpai kawasan semut atau kampung
semut. Tapi kawasannya masih tetap besar tapi lebih kecil dari kawasan pertama
tadi. Dalam masa Abdul Mutalib berfikir-fikir itu, tiba tiba datang seekor
gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Inilah yang mereka
namakan. Gagak itu pula mematuk-matuk
ketanah dekat dengan kampung semut tadi. Sekarang tahulah Abdul Mutalib, itulah
dia kawasan yang diisyaratkan kepadanya dalam mimpi.
Maha
Besar Tuhan, Allah yang boleh mengajar dan memberitahu hamba hambanya dengan
berbagai cara. Allahlah yang memberitahu alamat-alamat itu dan Allahlah yang
mempersiapkan alamat-alamat itu walaupun ketika Abdul Mutalib datang pada awal
tadi, belum ada satupun lagi tanda tanda
itu. Inilah kuasa dan ilmu Allah yang tiada batasnya.
Tempat
yang diisyaratkan itu terlatak diantara Esaf dan Nailah. Bila Abdul Mutalib
mula menggali, gemparlah Quraish. Apa yang kamu gali wahai Abdul Mutalib, mana
boleh kamu menggali disini, ditepi Kaabah pula. Ketika itu Abdul Mutalib
memerintahkan Harist anaknya untuk menghadapi Quraish, sementara dia sendiri
terus menggali tampa berhenti dan tampa menghirau kekecohan orang-orang Quraish
itu. Dalam kecoh-kecoh itu Abdul Mutalib dah sampai kepada batu penutup telaga.
Ketika itu Abdul Mutalib menjerit "Maha Besar Tuhan, Maha Besar
Tuhan". Dengan itu tahulah Quraish, Abdul Mutalib sudah menjumpai apa yang
dia cari. Mereka tanya lagi, apa yang kamu gali wahai Abdul mutalib? kali ini
barulah Abdul Mutalib menjawab. Aku menggali Zamzam. Abdul Mutalib terus
menggali hinggalah dia bertemu dengan Zamzam.
Ketika itu Quraisy
mula tamak, mereka juga nak berkongsi telaga Zamzam itu dengan Abdul Mutalib.
Mereka minta Abdul Mutalib menjadikan Zamzam itu hak bersama. Masing-masing
tamak untuk berkongsi dengan Abdul Mutalib telaga Zamzam ini, ini satu
kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Mutalib tidak setuju, dia yang menemuinya
semula dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang bila dah jumpa
telaga Zamzam mereka nak minta berkongsi dengan Abdul Mutalib menguruskan
telaga ini. Abdul Mutalib tidak setuju namun Quraish tetap berkeras.
Perselisihan ini hampir menyebabkan perang antara mereka dan Bani Abdul
Mutalib. Akhirnya mereka semua bersetuju untuk mencari Hakim
untuk memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju untuk mengambil
Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat ketika itu. Pendeta
ini dari Bani Saad yang berada di Yathrib. Mereka bergerak ke Yathrib, sampai
disana, rupanya kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka mengejarnya ke
Khaibar pula. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat ketika itu. Di
tengah jalan Abdul Mutalib dan orang orangnya kehabisan air, mereka minta air
pada pada Quraish yang lain tapi air mereka juga tinggal sedikit untuk mereka
pun tak cukup. Ditengah tengah padang pasir yang tak bertepi itu
kehabisan air, tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Ketika itu orang
orang Abdul Mutalib putus harapan untuk mendapat air setelah puas mencarinya
tapi tidak mendapatkannya. Akhirnya mereka tanya apa pandangan Abdul Mutalib.
Kata Abdul Mutalib, sekarang kita masing masing gali kubur masing masing.
Daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang saja yang tak ditanam
iaitu yang paling akhir mati. Bila dah siap kubur, masing-masing menunggu saat
kematian. Namun akhirnya datang fikiran kepada Abu Talib untuk berusaha lagi
mencari air. Abdul Muatalib ajak semua
orang orangnya mencari lagi air, ketika sibuk-sibuk itu, unta Abdul Mutalib
sambil bangun dari duduknya terhentak kakinya ketanah. Maka dengan kuasa Allah
keluar air dari situ. Semua mereka dapat minum dan masih ada lebihan air lagi. Abdul Mutalib memanggil
orang-orang Quraish juga untuk ambil air dari situ. Melihat kejadian yang pelik
itu ke semua mereka berkata kepada Abdul Mutalib : Yang memberi kamu minum air
di tengah-tengah padang pasir ini dialah yang memberikan Zamzam pada kamu. Jadi
Zamzam kepunyaan kamu. Mereka tahu, ini tanda Allah ingin memberitahu mereka
bahawa Zamzam untuk Abdul Mutalib. Dengan itu -Siqayah- memberi minum kepada
jemaah haji dan Zamzam adalah kepunyaan Abdul Mutalib dan keturunannya.
No comments:
Post a Comment