Kelahiran Rasulullah Saw



Bilamana sampai saat Abdullah nak dikahwinkan, Abdul Mutalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab. Siti Aminah juga dari keturunan Bani Abdul Manaf. Bertemulah keturunan ayah dan ibu Rasulullah pada anak-anak Qusai bin Kilab. Kesemua mereka dari keturunan Nabi Ismail As. Demikianlah, dari sudut nasab pun Rasulullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan. Keluarga Siti Aminah ini tinggal di Yathrib iaitu Madinah. Abdul Mutalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan disana dengan Siti Aminah. Selepas itu mereka pulang ke Mekah, ketika itu Siti Aminah sudah mengandung, Dalam perjalanan ke Mekah ayahanda Rasulullah kembali kerahmatullah lalu Rasulullah dilahirkan sebagai seorang anak yatim.


Sebelum Siti Aminah melahirkan Rasulullah, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, aku berlindung  kepada Allah Tuhan yang Esa dengan anak ini dari semua orang yang dengki. Kelahiran agung ini pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah, mengikut ulamak sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.


Banyak perkara-perkara yang pelik berlaku ketika kelahiran Rasululah Saw. Inilah berita berita gembira dan tanda tanda kebesaran  Rasulullah berlaku ketika Rasulullah dilahirkan. Saidina Hasan bin Tsabit, penyair Rasulullah Saw menceritakan tentang salah satu darinya, katanya : waktu kelahiran Rasulullah Saw itu dia di Madinah umurnya dah tujuh tahun. Kata Saidina Hasan, pada hari itu aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Ketika itu seorang ulamak Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, bintang Ahmad telah muncul di langit, bintang ini hanya muncul bila Rasulullah dilahirkan. Saidina Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu. Satu pengakuan dari Yahudi. Siti Aminah bonda Rasulullah, ketika mengandungkan Rasulullah tidak merasa penat dan sakit pun. Diantara yang diceritakan dalam sejarah lagi. Rasulullah ketika dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Bila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, Abdul Mutalib terlalu gembira apa lagi bila mendengar cerita-cerita tadi, bertambah gembira lagi Abdul Mutalib. Ketika itu Abdul Mutalib sudah menyebut bahawa anak ini akan mempunyai satu masa depan yang besar. Kerana terlalu gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah.

Adapun tentang nama Muhammad, Abdul Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulamak Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad. Selepas itu keempat empat orang ini bila pulang, masing masing berazam untuk menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki dari anak kesayangannya Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Di antara perkara yang pelik lagi, ketika kelahiran Rasulullah Saw,  bergegar Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi. Kerajaan yang paling besar ketika itu. Dengan gegaran itu runtuh 14 anjung istana itu dan terpadam api yang telah disembah oleh Majusi beribu tahun dan tak pernah padam. Api itu terpadam pada hari kelahiran Rasulullah Saw. Kerana gegaran itu juga tertimbus satu tasik yang bernama Tasik Sawah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu. Kisra, raja Farsi bila melihat kejadian kejadian pelik ini menjadi sangat takut. Lalu dia panggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang boleh berhubung dengan jin. Jin-jin pula, sebelum kelahiran Rasulullah Saw boleh naik kelangit dan mendengar berita dilangit apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka:

Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barangsiapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah.

Jadi ada di antara pendeta ini yang menyebutkan pada Kisra, bahawa peristiwa ini disebabkan  oleh kelahiran seorang Nabi. Kisra tanya apa maksud 14 anjung istana Kisra runtuh, kata mereka ; kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang Kisra lagi dan selepas itu kerajaan Farsi akan jatuh. Kata Kisra : 14 orang Kisra lagi, ini satu tempoh yang panjang, lambat lagi, tak perlu risau sangat. Selepas kematian Kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa, dalam masa empat tahun saja 10 orang Kisra telah memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar ketika itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah diantara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Rasulullah Saw.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah