Menjadi anak susuan Halimah Saadiah


Salam wrt. Rasulullah pernah juga menyusu dari Suwaibah seorang jariah yang telah dibebaskan oleh Abu Lahab. Saidina Hamzah menjadi saudara susu Rasulullah kerana sama-sama menyusu dengan Suwaibah. Setalah itu Rasululah dihantar ke Bani Saad kerana sudah menjadi tradisi Arab Quraisy, anak-anak kecil mereka tidak dibesarkan di Mekah kerana beberapa sebab antaranya : supaya mereka dapat bahasa Arab yang tulen, biasa dengan kesusahan, tahan lasak, dan hidup dalam udara padang pasir yang sihat. Semua ini sukar di dapati di Mekah kerana Mekah didatangi dengan berbagai orang. Masing-masing membawa bahasa dan cara masing-masing bahkan ada yang membawa wabak dan penyakit.



Biasanya mereka menghantar anak-anak mereka menyusu dengan kabilah- kabilah badawi dari luar Mekah. Orang-orang badawi pula menjadikan hal ini sumber untuk mereka mendapat mata pencarian. Walaupun begitu mereka tidak menetapkan upah, hanya mereka menerima hadiah sagu hati setelah selesai nanti. Bagi mereka perempuan yang menetapkan upah dari susunya dianggap satu perkara yang Aib.

Ketika itu, Ibu-ibu susu dari Bani Saad datang ke Mekah, diantara mereka ialah Halimah binti Saadiah dan suaminya Harist untuk mencari anak-anak susu. Halimah dan keluarganya ketika itu sangat miskin, mereka ada seorang anak yang masih menyusu, jadi mereka nak cari seorang anak dari Quraisy untuk menyusu bersama dengan anak mereka. Kerana terlalu miskin dan kurang makan Halimah ini dah hampir tak ada susu, untuk anaknya sorang pun tak cukup. Tapi ini juga satu mata pencarian mereka. Jadi Halimah datang juga dengan ibu-ibu susu yang lain. Masa datang dari bani Saad, Halimah naik Himar, Himar dia pun dah teruk sangat, tak larat nak berjalan, selalu saja melambatkan rombongan itu. Sampai di Mekah, masing masing mencari anak susu. Bonda Rasulullah Siti Aminah menawarkan pada Halimah anakandanya Baginda Rasulullah Saw. Bila Halimah tahu dia anak yatim, Halimah pada mulanya menolak, ibu-ibu yang lain juga tak ada yang mahu. Tapi Halimah tidak berjaya sampai akhirnya mendapatkan anak susu lain. Sampai masa rombongan nak berangkat pulang, Halimah belum dapat lagi. Ketika itu Halimah minta izin dari suaminya untuk mengambil Rasulullah Saw sebagai anak susunya, moga-moga kita mendapat keberkatan dari anak yatim ini. Begitulah Halimah memujuk suaminya. Akhirnya suaminya setuju dan mereka datang mengambil Rasulullah dari bondanya Siti Aminah.

Dengan itu bermulalah keberkatan demi keberkatan berlaku dalam hidup keluarga Halimah ini. Barakah yang pertama sekali, himarnya yang tak larat nak berjalan waktu datang dulu kini jadi himar yang paling pantas, sentiasa dia berada di depan kafilah ini. Seluruh rombongan itu terkejut melihat himar Halimatus Saadiah. Begitulah, Himar Halimah pun dapas tempias keberkatan Rasulullah Saw. Kekasih Allah dan orang yang menguasai zaman ketika itu. Barakah kedua, susu Halimah yang hampir kering tadi menjadi semakin banyak, cukup untuk anaknya dan cukup untuk Rasulullah sampai kenyang. Sampai di Bani Saad, unta ternakan Halimah yang sudah tua menjadi sihat dan menghasilkan susu pula. Ajaib barakah Rasulullah. Kambing-kambing Halimah pun menjadi sihat-sihat dan gemuk serta membiak dengan cepat. Yang peliknya ini tak berlaku kepada binatang-binatang ternakan orang lain. Jadi mereka ini melihat, dimana Halimah menternak binatang-binatangnya mereka juga ikut Halimah menernak binatang ternakan mereka disitu. Namun kambing mereka tak menjadi seperti kambing Halimatus Saadiah. Mereka tak ada barakah Rasulullah Saw yang ada pada Halimah.

Begitulah kehidupan Halimah menjadi semakin baik. Bila Rasulullah berumur dua tahun, Halimah mendapati proses pembesaran Rasululah berbeza dari kanak-kanak lain. Sewaktu berumur dua tahun kematangannya macam kanak-kanak yang berumur enam tahun. Ketika itu Rasulullah Saw sudah fasih bercakap. Selepas dua tahun sampailah masanya untuk Halimah menyerahkan kembali Rasulullah kepada ibu kandungnya Siti Aminah. Begitulah adat yang biasa berlaku dalam masyarakat ketika itu. Siti Aminah juga sudah rindu dengan anaknya. Namun selepas itu, Halimah pula yang minta kepada Siti Aminah untuk membawa balik semula Rasulullah ke Bani Saad. Akhirnya Siti Aminah setuju, jadi Rasulullah dibawa pulang semula ke Bani Saad.

Beberapa bulan selepas itu, ketika Rasululah sedang bermain main dengan anak-anak yang lain. Imam Muslim menceritakan dalam hadisnya, datang dua orang malaikat mengambil Rasulullah, dibaringkan dan dibelah dada baginda Rasulullah. Kemudian dikeluarkan hatinya dan dibasuh dengan air zam-zam serta dibuang tempat syaitan dari hati Rasulullah Saw. Kemudian hati Rasululah dipenuhkan dengan hikmah. Saudara susunya yang ketakutan melihat hal itu melaporkan kepada Halimah bahawa ada dua orang berpakaian putih sedang menyakiti Rasulullah. Halimah berkejar ketempat Rasululah bermain dan didapatinya Rasululah ketika itu dalam keadaan ketakutan manakala kesan pembedahan masih ada di dada baginda. Kata Saidina Anas bin Malik yang merawikan Hadis ini, aku pernah melihat kesan jahitan di dada Rasulullah. Inilah salah satu mukjizat Rasulullah. Halimah ketakutan dengan kejadian itu. Dia takut berlaku sesuatu yang tak baik kepada Rasulullah Saw. Justeru itu dia mahu memulangkan semula Rasulullah kepada Siti Aminah. Halimah takut Rasululah digangu oleh jin.

Siti Aminah merasa pelik, baru saja Halimah beriya-riya memujuknya untuk membawa Rasulullah pulang ke Bani Saad. Tiba-tiba Halimah datang menyerahkan Rasululah semula. Tentu ada sesuatu yang berlaku. Setelah didesak oleh Siti Aminah barulah Halimah menceritakan apa yang berlaku kepada Rasulullah. Siti Aminah tanya mereka: apakah kamu takut Rasulullah diganggu oleh jin sambil Siti Aminah memberitahu mereka, jangan takut, tidak akan berlaku sesuatu yang tak baik pada diri  Rasulullah. Cerita Siti Aminah lagi, di saat-saat sebelum aku melahirkan Rasulullah aku bermimpi ada seorang datang menyuruh aku berdoa :

Aku berlindung dengan Allah yang esa ke atas anak ini dari kejahatan semua orang yang hasad dengki

Siti Aminah menyambung, aku yakin tak akan berlaku perkara buruk padanya. Setelah menenangkan Halimah Siti Aminah meminta Halimah membawa semula Rasulullah pulang bersamanya ke Bani Saad.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah