Rasulullah meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya



Assalam wrt. Dalam tempoh ini juga berlaku banjir besar melanda Mekah hingga menyebabkan Kaabah hampir runtuh. Quraisy berpakat membina semula Kaabah, masing-masing mereka mengeluarkan perbelanjaaan untuk itu. Maha Besar Tuhan, Allah telah monitor hati mereka sehingga wang yang mereka sediakan untuk membina Kaabah semula ini hanya wang-wang yang bersih. Bukan wang hasil penipuan, riba dan bukan hasil pelacuran. Setelah dana terkumpul, mereka menghadapai masalah untuk mencari juru bina yang mampu membina binaan dari batu-bata sedangkan orang Mekah tak pandai membina dari batu. Justeru itu rumah-rumah mereka semua dari tanah. Allah telah menghantar orang yang boleh membantu mereka dalam hal ini. Namun lepas itu mereka menghadapi masalah besar, bagaimana nak meruntuh binaan yang hampir roboh itu untuk dibina semula dengan binaan baru.

Pembesar-pembesar Quraisy semua tak berani. Kesemua mereka menyaksikan bagaiman Allah lakukan kepada tentera Abrahah yang cuba nak melanggar Kaabah. Akhirnya Al Walid bin Mughirah, ayahanda Saidina Khalid memberanikan diri. Setelah melihat tidak perkara buruk yang menimpa Al Walid barulah mereka semua berani menolong Al Walid. Mereka meruntuhkan binaan lama Kaabah dengan hati yang takut dan cemas. Hati mereka terus berdoa kepada Tuhan, bahawa apa yang mereka harapkan ialah kebaikan bukan untuk merosakkan Kaabah.


Bila dah dibina semula Kaabah, sampai pada fasa meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya kembali, masing-masing berebut. Pada mereka ini satu kemuliaan yang besar yang semua orang nak mendapat kemuliaan ini. Hampir-hampir berlaku peperangan antara kabilah dalam Quraisy kerana berebut untuk meletakkan Hajarul Aswad ini. Akhirnya mereka mencari hakim. Hakim membuat keputusan bahawa siapa yang pertama masuk ke Masjidil haram dialah yang akan memutusakan siapa yang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad ini ke tempatnya. Sedang mereka semua menunggu dengan cemas siapakah yang akan membuat perhitungan ini, masuklah Rasulullah. Semua mereka menjerit: Semua mereka senang hati dan setuju dengan Rasulullah.

Rasulullah dengan kebijaksaaannya menyelesaikan masalah itu dengan penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak. Rasululah buka serbannya, kemudian diletakkan Hajarul Aswad di tengah tengah serban dan semua ketua Kabilah mengangkat serban ini bersama sama dari penjuru masing-masing. Bila sampai ketepi Kaabah, Rasulullahlah yang meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya dengan tangannya yang mulia itu. Jadi hakikatnya Rasululah yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempatnya. Begitulah orang yang Allah pilih, di saat-saat akhir Allah datangkannya walaupun dia tidak berada di situ. Maha Besar Tuhan yang memuliakan siapa yang dia kehendaki. Dengan itu Rasulullah telah menyelamatkan bangsa Quraisy dari peperangan saudara diantara mereka.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah