Pemeliharaan Allah kepada Rasulullah


As-salam wrt. Dari beberapa kisah yang di ceritakan sebelum ini, dapat kita perhatikan pemeliharaan Allah kepada Nabinya. Allah pelihara Rasulullah dari menyembah berhala dan dari angkara orang orang Yahudi bahkan Rasulullah juga dipelihara dari terlibat dengan kebiasaan-kebiasaan masyarakat Quraish yang boleh mencacatkan maqam seorang Nabi dan Rasul penutup segala Rasul. Diantaranya Rasulullah terhindar dari majlis-majlis nyanyian dan majlis-majlis tarian. Pernah juga Rasulullah teringin nak mengikutinya tapi Allah tidurkan Rasulullah sebaik saja baginda duduk dalam majlis itu. Pernah satu ketika, semasa Rasulullah mengembala kambing diluar Mekah. Rasulullah terdengar suara majlis kenduri-kendara. Jadi Rasulullah minta tolong kawannya tolong jaga kambing-kambingnya kerana Rasulullah nak menghadiri majlis itu. Pada malam itu, bila Rasulullah sampai saja ke majlis itu Allah datangkan rasa mengantuk kepada Rasululah. Akhirnya baginda tidur dalam majlis itu. Kata Rasulullah, aku hanya sedar besoknya ketika panahan matahari panas mengenaiku. Besoknya ada kenduri lagi, Rasulullah pergi lagi dan hal yang sama juga berlaku lagi. Allah menjaga Rasulullah dari majlis kenduri-kendara yang dipenuhi maksiat di dalamnya. Begitulah dari zaman jahiliyah sampai hari ini adat ini berterusan. Masyarakat mengambil peluang dengan majlis perkahwinan melakukan maksiat. Upacara pembukaan kehidupan berumah tangga ini dimulakan dengan pesta maksiat. Bagaimanakah kita nak melahirkan zuriat yang soleh dan membina masyarakat yang bersih. Demikianlah Allah pelihara Rasulullah dari semua kerosakan ini.


Di antara pendidikan Allah kepada Rasulullah lagi, ketika Rasulullah hidup di rumah Abu Talib yang kadang-kadang makanan tidak mencukupi. Maklumlah Abu Talib ramai anak. Baginda tak pernah berebut makanan. Kerana tak mahu berebut kadang-kadang Rasulullah tak dapat makan dan tidur dalam keadaan lapar. Akhirnya Abu Talib perasan hal ini lalu Abu Talib mengkhususkan bahagian untuk Rasulullah. Begitu juga, Rasulullah dari kecil tidak pernah bercakap bohong. Bahkan Rasulullah terkenal dengan panggilan 'yang jujur lagi benar'.

Rasulullah semasa remajanya juga pernah menyertai keluarga dan kaumnya dalam peperangan untuk mempertahankan Mekah. Pernah satu ketika Qabilah Hawazin menyerang Mekah, Rasulullah menyertai orang Mekah mempertahankan Mekah. Baginda membantu bapa-bapa saudaranya menyiapkan panah. Dari situ Rasulullah dapat belajar strategi peperangan dari dekat. Rasulullah juga merupakan salah seorang anggota pakatan yang membela orang-orang yang dizalimi di Mekah. Siapa saja yang dizalimi akan dibela oleh pakatan ini. Begitulah keterlibatan Rasulullah dengan masyarakat ketika itu. Dengan itu Rasulullah terkenal  di kalangan semua lapisan masyarakat sebagai seorang yang sangat berperibadi mulia dan sangat dihormati.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah