Salam wrt. Ketika Rasulullah berumur 12
tahun. Abu Talib nak keluar berniaga ke Syam. Rasulullah minta nak ikut Abu
Talib. Akhirnya Abu Talib membawa Rasulullah sekali. Inilah
kali pertama Rasulullah dapat bermusafir panjang keluar dari Mekah. Sebelum
sampai ke Syam, kafilah perniagaan ini berenti rehat dekat dengan rumah Ibadat
Nasani. Ketika itu Buhaira ketua rahib dirumah Ibadat Nasrani ini memerhati
dari jauh kafilah yang baru berhenti ini. Dia pelik melihat melihat awan
mengiringi perjalanan kafilah ini. Tentu ada yang luar biasa pada kafilah ini.
Buhaira yang nak tahu apa rahsianya, memerintahkan kepada orang-orangnya supaya
menyiapkan makanan yang banyak. Buhaira buat jamuan kenduri. Kemudian dia
hantar wakil menjemput semua anggota kafilah ini makan ditempatnya. Dia juga
meminta semua yang ada dalam rombongan ini datang, jangan ada sorang pun yang
tinggal. Semua orang pergi kecuali Rasulullah Saw sebab Rasulullah yang paling
muda dalam rombongan itu. Rasulullah ditinggalkan untuk menjaga barang-barang
mereka.
Buhaira meneliti satu
persatu tetamunya yang datang. Namun tapi tak ada seorang pun yang istimewa
baginya. Terus dia bertanya rombongan ini, apakah kamu semua datang. Kata
mereka semua datang. Akhirnya baru mereka teringat ada seorang anak muda iaitu
Rasulullah ditinggalkan untuk jaga barang. Buhaira minta dipanggil juga anak
muda yang ditinggalkan itu. Memang benar, bila Buhaira nampak saja Rasulullah,
dia merasai satu perkara yang luar biasa pada diri Rasulullah. Akhirnya dia
mencari peluang berbual dengan Rasulullah. Dia bertanya pada Rasululah sambil
bersumpah dengan Latta dan Uzza kerana begitulah kebiasaan orang Arab ketika
itu. walaupun Buhaira sendiri tidak beriman dengan Latta dan Uzza. Kata Buhaira
: Demi Latta dan Uzza, aku ingin bertanya kepada kamu. Jawab Rasulullah, minta
maaf pendeta, kamu jangan tanya aku dengan nama Latta dan Uzza, demi Allah
tidak ada yang paling aku lebih benci dari Latta dan Uzza.
Begitulah Allah memelihara
Rasulullah, Rasululah tidak pernah menyembah atau sujud kepada berhala sejak
kecil lagi walaupun itulah suasana kehidupan keluarga dan kaumnya ketika itu.
Kata Buhaira, kalau begitu aku tanya kamu dengan nama Allah. Jawab Rasulullah,
Ya tanyalah aku dengan nama Allah. Banyaklah soalan-soalan yang ditanya oleh
Buhaira. Kesemuanya membenarkan apa yang disangka-sangka oleh Buhaira. Akhir
sekali Buhaira minta nak tengok belakang Rasulullah. Sahlah sangkaannya,
Buhaira dapat melihat Khatamun Nubuwwah yang ada dibelikat Rasulullah. Buhaira
seterusnya bertanya pada Abu Talib, apa ikatan kamu dengan anak ini? Kata Abu
Thalib, ini anak saya. Kata Buhaira; tidak sepatutnya ayahnya masih hidup. Kata
Abu Talib, ya benar ayahnya sudah meninggal, ini anak saudaraku. Ketika itulah
Buhaira menasihatkan abu Thalib supaya membawa Rasulullah pulang ke Mekah.
Kalau dibawa ke Syam, orang-orang Yahudi akan melihat Rasulullah dan mereka
akan mengenalinya dan ketika itu mereka akan membunuhnya. Di atas nasihat
Buhaira Abu Thalib mengupah orang menghantar Rasulullah pulang ke Mekah
sementara dia terus ke Syam menguruskan perniagaannya.
No comments:
Post a Comment