Salam wrt. Apa khabar semua? Moga Allah memelihara anda, pembaca semua:).
Apa itu "SEWAKTU WAKTU?" ... begini ceritanya...
Semalam saya mendapat dua pengisian yang
berguna. Ilmu Allah memang luaskan! Cuma kita jer yang sombong nak atau tidak.
macam saya ni la..huhu..
Hari ini, Program Cinta Ilmu di TV Al-Hijrah. Penyampaian oleh Tuan Guru Syeikh
Nuruddin Marbu Albanjari Al Makki. Tajuknya "Ilmu dan Hiburan".
Ada seorang sahabat Nabi, dia menyatakan bahawa ketika dia duduk2 bersama Nabi,
hatinya tenang, tak gundah gulana, bahagia jer. tapi bila dia pulang ke rumah,
hilang semua tu. Jiwa dia kembali tidak tenang.
Nabi SAW bersabda, jika hati kamu sentiasa tenang, sudah tentu malaikat
turun dan bersalam dengan kamu. Selepas itu Nabi berkata, "sewaktu-waktulah".
Anda faham? hehe.. cuba fahamkan yer...:) Amek masa untuk faham ya.
itulah yang diceritakan oleh Syeikh Nuruddin. Selain itu beliau turut
bercerita tentang hiburan yang dibenarkan Islam. Cerita tentang kaitan hiburan
dengan sebab manusia diciptakan. Banyak lagilah yang diceritakannya.
Pada malam itu pula, ada satu lagi tarbiyah berkenaan dengan sifat Ahad
Allah. Tapi berbentuk text yang ditulis. Meminta supaya meletakkan Allah dalam
setiap ruangan hati, Dialah segalanya, tiada yang lain selain Dia.
Alhamdulillah, perkongsian yang
berguna:)..
Eerrmmm, Dalam menimba ilmu ni, ada perkara yang saya takuti...
Yang saya takut, saya seronok mendengar ilmu,
tapi tak seronok untuk beramal...huhu...
Patutnya bila seronok mendengar ilmu, makin seronoklah untuk beramal.
Biar sedikit ilmu, tapi ilmu itu diamalkan...
Lagi banyak ilmu, lagi banyaklah beramal... ini yang betul.
Umpama sebuah kebun buahlah. Contohnya buah manggis (sebut manggis sebab sekarangkan
banyak buah manggis yang dijual di tepi2 jalan dan pasar..hehe).
Ok, kebun manggis tu kepunyaan kita. Tiba jer musim, dia berbuah lebat.
Menghitam jer kebun tu dengan buah2 manggis. Cantikkan! Suka kita tengok. Orang
lain yang tengok pun suka! Jelous orang tengok kebun kita, berbuah lebat...Itu
memberi tamsilan kepada ibadah kita yang banyak ok.
Tapi yang menjadikan tak bestnyer, kita jemput kawan kita untuk petik dan
buka buah manggis yang banyak tu.
Apa jadi? setiap kali dibuka, bergetah... buka lagi sebiji, bergetah...
buka lagi, bergetah lagi... isinya tidak elok...
Jadi, kalau demikian, apa pandangan kita dengan kebun manggis tadi? Buah
banyak tapi semua xle makan, sebab bergetah...
Inilah perumpamaan, orang yang banyak beribadah, tapi tidak berakhlak...
Orang tengok dia kuat sgt ibadah, sampai ada yang kagum dan ada pula yang iri hati dengan ibadahnya yang banyak.
Tapi, orang tidak suka kepadanya. Sebab apa, bila cuba mendekatinya, rupa-rupanya
dia tidak seperti yang kita sangka. Ibadahnya banyak, tapi mulutnya masih
bercerita pasal aib orang lain, masih memaki orang, masih pemarah, masih,
masih, masih... banyak lagilah mazmumah yang ada pada dirinya... Itulah orang yang hanya mementingkan ibadah
lahir. Ibadah batinnya tiada atau kurang. Sayang sekali...
Ya Allah, jangan jadikan hidupku hanya lebat pada syariat sahaja, tapi
tidak membuahkan akhlak. Jika pula Engkau mentakdirkan diriku berakhlak,
jadikanlah ia membuahkan Ulwah, yakni kasih sayang sesama manusia.. ameen ya
Rabb...
No comments:
Post a Comment