berkhalwah dan beribadah di Gua Hirak


Assalam wrt. Sebelum Rasulullah Saw ditabalkan menjadi Rasul lagi, baginda selalu berkhalwah, bersendirian ,mengasingkan diri untuk beribadah di Gua Hirak. Setiap tahun Rasulullah Saw khususkan beberapa hari untuk ke sana, khususnya bulan Ramadahan. Untuk beribadah di Gua Hirak. Gua Hirak ini bagi siapa yang pernah pergi Mekah dan ziarah ketempat dapat melihat bahawa gua ini berada dipuncak bukit dan bukanlah besar, hanya muat untuk satu atau dua orang sahaja. Gua Hirak mempunyai dua lubang, satu pintu masuk dan satu lubang lagi menjadi tingkap dimana Ka'bah dapat dilihat dari situ. Pada tahun terakhir sebelum Rasulullah Saw ditabalkan, baginda berkhalwah di situ selama sebulan di bulan Ramadhan.

Kadang-kadang Rasulullah Saw turun juga ke rumah mengambil makanan sambil ziarah keluarganya. Satu hari dalam bulan Ramadhan tahun itu, ketika Rasulullah Saw sedang menuju ke Gua Hirak, ada suara memberi salam kepadanya, Assalamualaikum wahai Rasulullah Saw. Bila baginda menoleh ke belakang tidak ada orang di situ. Kemudian, bila Rasulullah Saw tanya Saidina Jibril, suara siapa yang memanggilnya ketika dia ke Gua Hirak itu. Kata Saidina Jibril, itu batu-batu dan pokok-pokok memberi salam kepada kamu wahai Rasulullah Saw. Sebelum kenabian lagi baginda Rasulullah Saw telah menerima mimpi yang benar. Apa yang baginda lihat dalam mimpinya berlaku sebab itu Rasulullah Saw ada menyebut :

Mimpi yang benar itu satu bahagian dari 36 bahagian kenabian.

Sebab itu para wali dan ulamak ulamak yang bertakwa yang mereka itu pewaris para Nabi juga Allah berikan ilham dan  mimpi yang benar.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah