Selepas itu datang seorang
tokoh Arab dari Bani Khuzaa’h bernama Amru bin Luhayy. Bani khuzaa’h ini telah
telah menyerang Bani Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah
seterusnya Bani Khuzaa'h mengusai Mekah.
Amru bin Luhayy inilah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada kaumnya
yang kemudian tersebar ke seluruh kabilah Arab yang lain. Memang Amru ini
seorang yang kaya dan dermawan, dialah yang menyediakan keperluan orang-orang
yang datang mengerjakan haji ke Mekah. Kekayaan dan demawanya itulah yang telah
mempengaruhi orang sehingga mereka mendengar cakapnya dan akhirnya menurut
perintahnya agar menyembah berhala. Kemudian Amru menukar talbiah Tauhid kepada
talbiah syirik. Talbiah tauhid itu , itulah yang jemaah haji baca ketika Ihram.
Ketaatan hanya untukMu ya Allah, tiada sekutu bagi
Mu,sesungguhnya pujian
dan nikmat hanya untukMu,tiada sekutu bagiMu
Amru bin Luhayy telah
menambah Talbiah ini kepada :
Tiada sekutu bagiMu
melainkan sekutu yang menjadi milikMu
engkau memilikinya dan segala kepunyaanya
Talbiah
yang mengesakan Tuhan ini diubahnya menjadi talbiah yang mensyirikkan Tuhan.
Bukan setakat itu saja, lepas itu Amru mencipta binatang binatang yang suci
pula yang ditaqdiskan antaranya Saaibah, Bahiirah, Haami. Haami ini adalah unta
betina yang telah melahirkan sepuluh ekor unta jantan maka ketika itu unta tersebut dinakan Haami dan
tidak boleh ditunggang lagi, tidak boleh disembelih, tak boleh disakiti tapi
sebaliknya dimuliakan dan dipuja.
Bermula
dari situ setiap Kabilah mempunyai berhala mereka sendiri pula. Hubal berhala
orang mekah, Wud berhala bani kilab, Suwa' berhala Bani Huzail, Yaghuus berhala
Bani Thoyyik dan penduduk Jerash, Yauu'qa berhala Bani Hamazan dan Nasr berhala
orang Yaman. Satu kisah menarik, ada berhala yang namanya Isaf dan Naelah, dua
berhala yang disembah di kaabah. Sejarah menceritakan Isaf ini asalnya seorang pemuda dari Yaman begitu
juga Naelah seorang gadis dari Yaman, mereka sama sama cinta mencintai tapi
keluarga tak setuju mereka kahwin. Ringkasnya mereka berjanji bertemu di mekah
di musim haji. Akhirnya ketika orang semua tak perasan mereka zina di tepi
Kaabah. Lalu Allah tukar mereka berdua menjadi batu. Lepas itu Isaf diletakkan
di Safa dan Naelah diletakkan di Marwah sebagai pengajaran dan peringatan
kepada orang lain. Bila Amru bin Lahayy datang ke Mekah, dia pindahkan kedua
dua batu ini ke kaabah. Ketika itu masyarakat dah mula lupa asal usul batu ini
dan akhirnya mereka menjadikan dua batu
ini berhala yang disembah. Begitulah penyembahan berhala makin meluas di
Semenanjung Arab.
Pernah
Saidina umar setelah menjadi Amirul Mukminin dilihat oleh para sahabat menangis
dan kemudian tertawa tanpa sebab yang lahir, akhirnya ada yang berani bertanya,
Wahai Amirul Mukminin apa rahsia kami melihat tuan menangis kemudian tersenyum
tanpa sebab lahir yang kami faham. Maka Saidina Umar menceritakan, dulu aku dan
orang orang Quraish sebelum Allah datangkan rahmat Islam, kami sangat benci
pada anak perempuan. Ketika aku dapat anak perempuan, dari saat kelahirannya
lagi kebencianku sudah bermula, aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah
umurnya 6 tahun, aku dah tak tahan lagi, jadi aku bawa dia kepadang pasir dan
aku gali lubang, dia yang ingat aku membawanya berkelah dan untuk bermain main,
dia juga turut membantuku menggali lubang, bila lubang dah siap aku tolak dia
ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir, anakku yang masih belum
tahu niatku, masih ingat aku bermain main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir
dari jangut dan pakaianku, tapi akhirnya aku timbus dia hidup-hidup tampa belas
kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kedatangan Rasulullah, kami memuliakan
anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup hidup. Itulah
rahsianya, bila aku teringat kisah ini aku menangis. Maha Besar Tuhan, Maha
Baik Tuhan yang menghantar Rasulnya yang membawa satu syariat yang meletakkan
perempuan ditempat yang mulia. Marilah kita bersyukur diatas nikmat ini.
Adapun
rahsia tersenyumku, satu hari aku keluar dari Mekah, kami kalau keluar dari
Mekah biasanya akan membawa bersama batu dari Mekah untuk jadi sembahan kami,
tapi hari itu aku lupa nak bawa batu tapi aku ada bawa tamar jadi aku buat
berhala dari tamar dan aku sembah tuhan ini, bila makan aku habis mulalah akan
makan tuhan aku ini sedikit demi sedikit. Bila aku teringat kisah ini aku
ketawa sendiri.
Begitulah
kehidupan bangsa Arab Jahiliah. Moga dengan itu kita dapat merasakan bagaimana
kebesaran Islam yang telah mengubah bangsa Arab jahiliyah ini kepada peribadi
peribadi yang sangat agung. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment