Rasulullah berniaga dengan harta Siti Khadijah




Salam wrt. Di Mekah, ada seorang wanita kaya dari keturunan Bani Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Namanya Siti Khadijah binti Khuwailid. Diceritakan kekayaan Siti Khadijah bahawa perniagaan dia seorang menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Jadi bila dia dengar tentang Rasulullah, kejujuran Rasulullah dan peribadi Rasulullah yang sangat mulia, Siti Khadijah menawarkan kepada Rasulullah untuk menguruskan perniagaannya ke Syam. Rasulullah setuju dan keluarlah Rasulullah ke Syam membawa barang dagangan Siti Khadijah. Rasulullah juga ditemani oleh Maisarah, salah seorang khadam Siti Khadijah.




Sepanjang perjalanan Maisarah merasa pelik, kagum dan sangat tertarik dengan peribadi Rasulullah. Bagaimana Rasulullah berhadapannya dengan dirinya sendiri seorang hamba, tapi Rasulullah melayaninya dengan penuh mesra, kasih sayang dan lemah lembut. Rupanya selepas itu Maisarah dapat melihat perkara yang lebih pelik lagi, sepanjang perjalanan mereka, awan menaungi mereka dari cahaya matahari. Kali ini kafilah yang bersama dengan Rasululah singah juga ditempat rehat sebelum masuk ke Syam berdekatan dengan rumah ibadat  Nasrani yang pernah didatangi oleh Rasulullah semasa Baginda mengikut bapa saudaranya Abu Talib. Ketika itu Buhaira dah tak ada lagi, Buhaira dah meninggal dunia. Rahib yang menganti tempat Buhaira juga perasan awan yang mengiringi perjalanan Rasulullah dan Maisarah. Ketika itu Rasulullah tidak berhenti ditempat biasa kafilah-kafilah berenti Sebaliknya Rasululah berhenti tidak jauh dari situ dibawah sebatang pokok. Memang tak ada orang berhenti di situ. Rahib itu melihat dahan dan ranting-ranting pokok ini bergerak menaungi Rasulullah dari cahaya matahari. Akhirnya Rahib ini datang bertemu dengan Maisarah. Berbagai soalan dia tanya pada Maisarah. Rahib ini menuding kepada pokok yang menjadi tempat berteduh Rasulullah Saw sambil berkata, hanya seorang nabi sahaja yang berteduh dibawah pokok ini. Maisarah menjadi bertambah pelik mendengar hal ini.

Bahkan sepanjang perjalanan dan sepanjang berada di Syam, berbagai bagai perkara pelik yang disaksikan oleh Maisarah. Akhlak Rasulullah, kasih sayangnya, kemampuan Rasulullah berhadapan dengan semua jenis manusia, belas kasihannya kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang kepadanya. Perniagaan Khadijah kali ini mendapat untung berlipat kali ganda. Ketika itu keuntungan yang dibuat oleh Rasulullah paling besar, mengatasi semua peniaga peniaga lain yang menyertai kafilah itu. Bahkan kali pertama Siti Khadijah mendapat keuntungan sebesar itu melalui orang menjalankan perniagaannya selama ini.

Nah, kita telah melihat bagaimana Rasulullah berhadapan dengan berbagai suasana, dengan orang miskin, dengan pembesar,  dalam peperangan, mengembala kambing, dengan hamba, dengan alam ini dan sekarang kita melihat pula bagaimana Rasulullah berhadapan dengan perniagan, wang dan harta-benda. Hasil dari perniagaan kali ini, Siti Khadijah sangat senang hati dengan Rasulullah, apa lagi bila mendengar cerita-cerita dari Maisarah. Segala pengalaman Maisarah dengan Rasulullah sepanjang perjalanan. Bertambah kagum Siti khadijah dengan Rasulullah Saw.

Oleh kerana terlalu tertarik dengan peribadi Rasulullah, Siti Khadijah ingin menjadi isteri kepada Rasulullah. Ketika itu umur baginda 25 tahun dan masih bujang sementara umur Siti Khadijah 40 tahun. Seorang janda kaya lagi bangsawan yang telah kematian dua orang suami sebelum itu. Sebelum itu sudah ramai yang datang meminangnya termasuk pembesar-pembesar Quraisy. Masakan tidak, Siti Khadijah terkenal seorang perempuan yang baik, cantik, kaya dan bangsawan pula. Segala-gala keistemewaan ada padanya. Namun Siti Khadijah yang belum terbuka hati untuk berkahwin semula. Tapi kali ini Siti khadijah yang mahu. Dia hantar wakilnya untuk menyampaikan kepada Rasulullah. Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasulullah. Abu Talib yang menguruskan pernikahan itu bagi pihak Rasulullah, dialah yang mengetuai majlis akad dan menyampaikan khutbah nikah. Perkahwinan Rasulullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti Khadijah kembali ke Rahmatullah berlangsung selama 25 tahun.

Dalam tempoh 25 tahun ini Rasulullah hanya mempunyai seorang isteri yaitu Siti Khadijah. Ketika Siti Khadijah meninggal dunia, umur Rasulullah sudah 50 tahun. Selepas itu barulah Rasulullah berkahwin dengan Ummahatul Mukminin yang lain. Semua perkahwinan itu kerana hikmah-hikmah yang besar, antaranya kerana ingin mengangkat darjat sahabat-sahabat baginda sepertimana Rasulullah mengahwini Siti Aisyah puteri Saidina Abu Bakar RA. Begitu juga Saidatina Hafsah, puteri Saidina Umar RA. Atau Rasulullah menghwini kerana pembelaan seperti Rasulullah mengahwini Umu Salamah, janda Abu Salamah atau kerana dakwah seperti Rasulullah mengahwini Juwairiyah puteri ketua qabilah Yahudi. Dari Siti Khadijah Rasulullah dikurniakan dengan anak-anak lelaki antaranya Al Qasim dan Abdulah. Anak lelaki ketiga Ibrahim dari Mariah Qibtiah. Kesemua mereka meninggal dunia sejak kecil lagi. Adapun anak-anak perempuan, Ruqayah, Zainab, Umu Kalthom dan Fatimah. Kesemua mereka hidup sampai zaman Islam.

Siti Khadijah ini adalah seorang isteri yang terlalu banyak berkorban kepada Rasulullah dan perjuangan Rasulullah. Dialah yang membantu suaminya dengan hartanya dan kedudukannya. Selepas mengahwini Siti Khadijah, Rasulullah terus menjalankan perniagaan Siti Khadijah. Tapi Rasulullah tak keluar musafir lagi, hanya menguruskan dari Mekah. Begitulah ketentuan Allah kepada Rasulullah. Pernah hidup miskin dan sekarang hidup dalam kekayaan pula. Jadi Rasulullah merasai semua keadaan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah