Abdul Mutalib ::: Nazar


Abdul Mutalib ini, Allah rezekikan dengan 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Antara anak lelakinya Saidina Abbas dan Saidina Hamzah yang masuk Islam dikalangan anak-anak Abdul Mutalib, kemudian Abu Talib, nama sebenarnya Abdul Manaf, Abu Lahab, nama sebenarnya Abdul U'zza. Mereka berdua ini sempat bertemu dengan Islam tapi tidak masuk Islam. Yang mati sebelum Islam, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw, Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harist. Anak-anak perempuannya pula, Sofiyah, Umu Hakem, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.


Abdul Mutalib ini ketika menggali Zamzam, ketika Quraish  menghalangnya, ketika itu hanya ada seorang anak lelaki iaitu  Harist yang mempertahankannya. Dia merasa lemah dan kurang tidak seperti orang lain yang banyak anak-anak lelaki. Bahkan ketika itu ada yang berkata kepadanya, wahai Abdul Mutalib apakah kamu berani menyanggah kami sedangkan kamu sendiri tidak punya anak-anak lelaki yang boleh mempertahankan kamu. Selepas Quraish mengakui Zamzam kepunyaannya, dia bernazar kalau Allah kurniakan 10 orang anak lelaki kepadanya dia akan korbankan salah seorang dari mereka. Allah kabulkan doanya, Abdul Mutalib mendapat 10 orang anak lelaki. Yang kesepuluh, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw. Bila Abdullah dah dewasa, Abdullah inilah anak yang paling disayangainya. Abdul Mutalib bila tawaf di kaabah ketika itu, diikuti dibelakangnya sepuluh orang anak-anak lelakinya yang gagah gagah. Dia bersyukur kepada Allah dan sampailah masanya untuk dia menunaikan nazarnya. Abdul Mutalib pergi jumpa -Kahin- pendeta Kaabah meminta Kahin membuat undian kepada anak-anaknya siapa yang akan jadi korban. Dalam hati Abdul Mutalib, janganlah terkena pada Abdullah, yang lain siapa pun tak apa. Tapi undi kena kepada Abdullah. Walaupun dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Mutalib nekad untuk melaksanakan nazarnya. Orang sepertinya tak mungkin mungkir dengan nazarnya. Akhirnya dibawalah Abdullah dekat dengan Esaf untuk disembelih disitu. Bila Quraish nampak hal itu, Quraish menahannya. Abdul Mutallib berkeras juga, kecohlah disitu. Dalam kekecohan itu, tolak menolak antara Abdul Mutalib dan Quraish terluka kepala Abdullah. Sebab itulah Abdullah ini terkenal dengan gelaran Al Asyajj iaitu yang berparut dikepala. Quraish terus memujuk Abdul Mutalib : Wahai Abdul Mutalib, engkau ketua Mekah, kalau engkau sembelih juga anak engkau, nanti hal ini akan jadi sunnah, jadi tradisi kepada Arab, siapa yang dapat sepuluh orang nak lelaki kena sembelih salah seorang darinya. Inikan hal yang berat dan menghilangkan kebahagiaan. Kalau masing-masing sembelih anak lelaki sendiri, dimana kebahagiaan lagi. Tolong jangan buat wahai Abdul Mutalib, nanti jadi sunnah. Tapi Abdul Mutalib dah nazar dan dia mesti tunaikan nazarnya. Akhirnya dirujuk hal ini kepada pendeta Bani Saad. Pendeta ini tanya berapa diat (ganti rugi kepada orang yang dibunuh) seorang lelaki yang merdeka pada Quraisy. Kata mereka 10 ekor unta betina. Kata pendeta kalau begitu buat undian antara Abdullah dan 10 ekor unta. Kalau undian kena pada Abdullah tambah lagi 10 ekor unta sampailah undian kena pada unta. Bila buat undian kena pada Abdullah, tambah sepuluh ekor unta lagi, undi lagi, kena lagi pada Abdullah, tambah unta lagi, begitulah sampai 100 ekor unta baru undi kena pada unta. Ketika itu Abdul Mutalib minta diulang lagi undian untuk memastikan bahawa memang undian kena pada unta, tiga kali diulang undian kena pada unta. Maka Abdul Muatlib menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangan Abdullah ayahanda Rasulullah Saw. Sebab itulah Rasulullah ada menyebut :

Aku ini anak kepada dua orang yang nak disembelih

Yang  pertama Nabi Ismail AS dan yang kedua Abdullah ayahanda Baginda. Oleh kerana pada kedua-duanya ini akan berlaku Jadual Allah, maka Allah selamatkan kedua duanya dari disembelih.

Begitulah nasab Rasulullah ialah nasab yang paling mulia. Rasulllah dari bangsa Arab bangsa yang Allah pilih untuk menegakkan Islam dan Allah pilih Rasulullah dari bangsa ini dan Allah pilih bahasa Arab sebagai bahasa Al Quran. Rasulullah datang dari kabilah yang paling mulia dalam bangsa Arab. Imam Tarmizi ada meriwayatkan satu Hadis.

Bahawa pernah Rasululah Saw naik keatas mimbar dan bertanya siapakah aku, kata para sahabat, kamu Rasulullah keatas kamu sesejahteraan. Kata Rasulullah Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muatalib. Sesungguhnya Allah menjadikan makhluknya dan menjadikan mereka dua kumpulan dan Allah jadikan aku dari kumpulan yang terbaik. Kemudian Allah menjadikan mereka berbagai kabilah kemudian Allah melahirkan aku dari kabilah yang paling baik kemudian Allah menjadikan mereka rumah-rumah dan Allah menjadikan aku dari rumah yang paling baik dan manusia yang paling baik

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, dpt ilmu

Bumi Tuhan... Bersaksilah