*M616*
Ilmu psikologi di dalam Islam yang sebenarnya ialah ilmu tasauf kerana ia benar-benar dapat menilai fikiran, nafsu dan jiwa/hati manusia hingga dengan itu mudah membaiki manusia.
*M617*
Sebenarnya setiap apa yang kita dengar, setiap apa yang kita lihat dan setiap apa yang kita sentuh dan rasa, semuanya menjadi ilmu yang kita dapat daripada pengalaman hidup asalkan kita prihatin, memikir dan mengkajinya.
*M618*
Campurkan ilmu dengan pengalaman, daripada gabungan keduanya itu buat kajian lagi agar timbul hikmahnya atau rahsianya pula, gabungan ini semuanya kita telah dapat ilmu dalam ilmu, maka ilmu itu bertambah teguh dan indah.
*M619*
Adunkan ilmu itu dengan pengalaman, ilmu itu bertambah indah dan kuat, pemiliknya matang, pengutipnya tidak jemu-jemu.
*M620*
Tidak mesti orang muda itu muda ilmunya, begitu juga orang tua, tidak semestinya matang ilmunya, justeru ilmu itu kepunyaan bersama, siapa yang rajin berusaha mencarinya, tidak kira siapa, dialah yang memilikinya.
No comments:
Post a Comment