TUJUAN MENGENAL TUHAN


Mengenal Tuhan tujuannya agar segala usaha dan ibadah ada tempat tujuan yang hendak disembahkan.
Agar segala usaha dan ibadah tidak disia-siakan.
Mengikut syariat itulah disiplin hidup dan syiar-Nya.
Sekaligus nampak kelihatan di dalam kehidupan insan,
ayat-ayat dan tanda-tanda kebesaran Tuhan.
Akhlak yang mulia pula itulah dia bunga-bunga yang indah pada diri-diri insan.
Dari situlah di dalam pergaulan manusia
di antara satu sama lain, senang-menyenangkan, bahagia-membahagiakan, rindu-merindui untuk berjumpa.
Dari sinilah indahnya pertemuan di dalam pergaulan.
Kerana masing-masing di dalam diri membawa bunga.
Satu sama lain hibur-menghiburkan.
Suka-menyukakan dan menggembirakan.
Memanglah tabiat bunga sama ada bunga yang lahir mahupun bunga yang maknawi dan rohani,
ia menyukakan, menghiburkan, menyenangkan dan menyejukkan mata dan hati.
Kalau bunga diri atau bunga-bunga maknawi dan rohani tidak ada,
pertemuan manusia sesama manusia sangat menjemukan.
Bahkan di dalam setengah-setengah hal, pertemuan itu sangat menakutkan.
Akibatnya pertemuan dan pergaulan itu
dibuat sebab terpaksa.
Tidak bergaul, manusia tidak boleh hidup bersendirian.
Kerana manusia itu satu sama lain perlu-memerlukan.
Tapi kerana masing-masing bunga diri sudah tidak ada,
pertemuan dan pergaulan secara terpaksa itu sangat menyakitkan. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah