Mari Kenal Tuhan



Di dalam ajaran Islam, 
mengenal Tuhan lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama.
Selepas itu barulah mengenal syariat-Nya pula.
Tujuan mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya di kalangan manusia, cinta kepada-Nya.
Pepatah Melayu ada berkata: Tak kenal maka tak cinta.
Percaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan, sudah tentu cinta tidak berbunga.
Tidak cinta kepada Tuhan,
syariat-Nya orang tidak akan menghormati.
Mari kita mengenal Tuhan agar kita cinta kepada-Nya.
Tuhan adalah Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isinya.
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya.
Dia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui,
Maha Melihat, Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya
tertunai segala-galanya.
Tuhan mengadakan dan mentiadakan,
mematikan dan menghidupkan.
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat kerana keadilan-Nya.
Tuhan adalah segala-galanya.
Dialah yang memberi makan dan minum,
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan.
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan,
memiskinkan dan mengkayakan.
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang
atau sesuatu bangsa.
Memberi rahmat dan nikmat, memberi niqmat dan bala bencana.
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan.
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka.
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya.
Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya.
Siapa yang masuk Syurga adalah dengan rahmat-Nya.
Tuhan adalah Zat yang Maha Esa,
tidak ada bandingan dan tandingan.
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan.
Maha Suci daripada penyerupaan dan Maha Suci  daripada dapat dilintaskan.
Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui.
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui.
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa tidak dapat mengetahui.
Kuasa atau Qudrat-Nya bukan dengan tenaga,
kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya.
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia.
Yang berkuasa dan berkehendak adalah Zat-Nya.
Begitu juga melihat, mengetahui, mendengar adalah Zat-Nya yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya.
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Maha Qahhar dan Jabbar. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah