Menjiwai Ibadah Hingga Mengubah Perangai



Ibadah adalah satu penyembahan kepada Tuhan.
Menyembah ertinya memuja, membesarkan,
mengagungkan, menyanjung,
meminta, mengharap,
memuji, berbual, munajat, berbisik-bisik dan bermanja-manja dan meminta.
Ini bermaksud, beribadah kepada Tuhan berbagai-bagai perasaan yang dirasa oleh jiwa.
Kalau ibadah tidak dihayati,
jiwa tidak merasa berbagai-bagai rasa.
Ibadah yang tidak dijiwai,
sudah tentu tidak merubah perangai manusia.
Oleh itu ibadah kenalah tertib.
Tomakninah, tenang dan faham.
Tidak boleh gopoh-gapah.
Kenalah berlambat-lambat rukuk dan sujud.
Rasakan kehebatan Allah, rasakan keagungan-Nya.
Rasakan juga kasih sayang-Nya.
Rasakan juga kuasa dan Iradah-Nya,
Qahhar dan Jabbar-Nya.
Rasakan Dia mendengar, mengetahui dan melihat.
Begitulah kita beribadah kepada Allah.
Bukan setakat fizikal yang bergerak.
Tidak setakat lidah yang melafaz.
Tapi yang penting hati dan jiwa yang bergerak.
Hingga mempengaruhi fikiran dan sikap kita.
Hingga membangun peribadi dan akhlak.
Begitulah kesan dari ibadah yang dijiwai. 
Sangat mempengaruhi peribadi dan kehidupan kita. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah