Tuhan menjadikan masa.
Tapi Tuhan tidak terlibat dengan masa.
Kerana itulah Dia tidak didahului oleh masa.
Wujud-Nya sudah sedia ada.
Sedangkan masa ada permulaannya.
Ada-Nya tidak bermula dan tidak ada penghujungnya atau kesudahannya.
Pada Tuhan, masa yang dilalui oleh makhluk-Nya;
walaupun tahu ada dahulu, ada kemudian;
Tuhan tidak menempuh dahulu dan kemudian
walaupun Tuhan tahu dahulu dan kemudian.
Kerana wujudnya Tuhan sudah sedia ada.
Tanpa melibatkan masa.
Kerana masa adalah ciptaan-Nya.
Kerana Tuhan tidak terlibat dengan masa.
Menunggu dan susahnya menunggu
adalah sifat makhluk.
Tuhan Maha Suci dari merasa menunggu.
Tuhan, dahulu dan kemudian sama sahaja.
Tidak ada bezanya di antara dua masa.
Walaupun Dia tahu masa dahulu dan masa kemudian.
Tuhan tidak merasa dahulu dan kemudian
walaupun Dia tahu.
Kerana Dia tidak berada di dalam masa.
Oleh itu Tuhan tidak terasa akan adanya cepat dan lambat.
Walaupun Tuhan tahu kedua-duanya.
Kerana cepat dan lambat, ia tertakluk dengan masa.
Tuhan tidak tertakluk dengan masa.
Yang tertakluk dengan masa adalah makhluk-Nya.
Maha Suci Tuhan daripada ditelan masa.
No comments:
Post a Comment