KESEMPURNAAN TUHAN


Allah Taalalah yang menjadikan masa.
Malam dan siang, Allah Taala yang menjadikan dan mentadbirnya.
Tapi Allah Taala tidak terlibat dengan masa atau dalam masa.
Juga Tuhan tidak terlibat dengan malam dan siang.
Yang memerlunya adalah makhluk-Nya.
Makhluklah yang terlibat dengan malam dan siang.
Pada Tuhan, malam dan siang tidak ada bezanya.
Pandangan Tuhan sama sahaja.
Gelap dan terang serupa aja.
Walaupun Tuhan tahu ini gelap dan ini terang.
Masya-Allah Maha Suci Tuhan!
Masya-Allah Maha Agungnya Tuhan.
Tuhan tidak perlu kepada sebarang keadaan.
Tuhan tidak berhajat kepada sebarang ciptaan-Nya.
Kerana Tuhan itu sudah sedia sempurna.
Kesempurnaan Tuhan tidak ada permulaan.
Juga kesempurnaan-Nya tidak perlu kepada tambahan.
Kalau ada tambahannya bererti sebelumnya kurang.
Maha Suci Tuhan daripada kekurangan.
Kerana kesempurnaan-Nya sudah sedia wujud pada azali.
Maha Sempurna Tuhan.
Maha Suci Tuhan.
Di sinilah cantiknya dan indahnya Tuhan.
Yang tidak dapat digambarkan. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah