Jadilah Arifbillah Bukan Sekadar Alimbillah



Orang yang kenal Tuhan atas dasar ilmu dinamakan Al 'Alimbillah.
Mereka percaya bahawa Tuhan itu wujud tidak boleh ditolak.
Ilmu tidak membenarkannya menolak dan menidakkannya.
Atas dasar ilmu, akal tidak boleh menerima bahawa Tuhan tidak ada.
Mengenal Tuhan begini, rasa bertuhan tidak ada.
Takut dengan Tuhan tidak terasa.
Cinta dengan Tuhan lebih-lebih lagilah tidak akan wujud padanya.
Rasa bertuhan hendaklah jiwa atau hati merasanya.
Dengan itu barulah datang rasa takut, cinta, hebat, malu, dan lain-lainnya.
Orang yang rasa bertuhan sahaja yang boleh menjaga dirinya.
Yang boleh taat dan patuh suruhan-Nya dan larangan-Nya.
Yang merasa kebesaran-Nya.
Yang menyanjung, memuja, dan menjadikan idolanya.
Mengenal Tuhan dengan hati inilah yang dikatakan Al 'Arifbillah.
Mengetahui dengan akal, mengenal dengan hati.
Jangan tahu sahaja adanya Tuhan, tapi tidak mengenal.
Tahu sahaja tidak akan dapat cinta.
Cinta datang setelah mengenal.
Tahu sahaja tidak akan timbul takut.
Takut datang setelah mengenal.
Kenalilah Tuhan agar engkau cinta dan takut kepada-Nya. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah