Madah baru 70

 

*M406*
Untuk membaiki manusia,kalau tidak ditumpaskan lebih dahulu kejahatan yang sedia ada di hati manusia,bahkan disuburkan pula kejahatan hati itu, kalaupun tidak ada kejahatan didalam kehidupan untuk ditiru,dia akan mencetuskan untuk orang lain tiru.

*M407*
Kalaulah kejahatan para remaja dan para pelajar sahaja yang hendak ditumpaskan,sedangkan kejahatan ahli-ahli politik, ekonomi,para pentadbir,cerdik pandai tidak ditumpaskan akan timbul dendam kesumat daripada remaja dan pelajar serta penentang-penentang daripada mereka, mereka akan mempersoalkan, mengapa kejahatan mereka sahaja yang hendak diperangi,padahal, kejahatan mereka ada mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang tidak sama bentuknya dengan kejahatan kami.

*M408*
Secara umum, kemungkaran yang dilakukan oleh anggota masyarakat satu sama lain tidak sama, walaupun setengah-setengah hal itu berlaku pada semua peringkat masyarakat,yaitu lumrah berlaku pada orang politik, kejahatannya menyalahgunakan kuasa,deskriminasi, ada klik-klik, menerima rasuah,mengadu domba,zina, sombong, berbohong, berpura-pura.Ahli ekonomi pemberi rasuah,tamak,pembaziran,zina, sombong.Pentadbir pula,cuai, sombong,songlap Wang,menekan orang bawah.Cerdik pandai menggunakan ilmu untuk mencari kekayaan, sombong,hasad,tidak bergaul dengan masyarakat,kedekut,mengumpat.

*M409*
Kejahatan ia adalah racun didalam masyarakat, seperti racun di didalam makanan,bahkan racun masyarakat lebih berbahaya kerana racun makanan dia tidak menular,tapi,racun masyarakat ia menular, racun makanan ia merosakkan individu, racun masyarakat merosakkan agama, bangsa dan negara.

*M410*
Kalau kejahatan dan kebaikan itu dinilai dengan akal, seluruh kebaikan dan kejahatan tidak akan dapat dinilai dengan tepat,akan berlakulah sebahagian kebaikan dianggap kejahatan,dan sebahagian kejahatan akan dianggap kebaikan, berlakulah krisis nilai yang akan membawa krisis moral dan masyarakat,oleh itu ukurlah dengan neraca iman dan syariat.

Kebenaran Akal Terlalu Terbatas




Kebenaran yang mutlak adalah dari ajaran wahyu
Kebenaran akal hanya terkeliru bahkan adakalanya menipu
Kerana akal adalah dari pandangan makhluk yang dicipta
Kemampuan yang diberi Tuhan padanya hanya terbatas
Setakat yang boleh dilogikkan, sekadar itulah kebenaran yang dapat dijangkaunya
Bahkan ada yang logik tidak berlaku ertinya tidak benar
Kebenaran dari wahyu tidak mesti logik
Ada yang logik, ada yang tidak logik itu berlaku
Pendapat wahyu tepat, sekalipun tidak logik mengikut akal
Pendapat akal selalunya keliru, adakalanya sesat, sekalipun nampaknya logik
Ertinya ada yang dirasakan logik pun tidak berlaku
Akal tidak boleh memberi pendapat tersendiri
Pandangannya mestilah bertunjangkan wahyu
Gunakanlah akal berlandaskan wahyu
Bukan wahyu berlandaskan akal
Tapi wahyu yang dihurai oleh akal mengikut kaedah nahu
Akal tersendiri pasti sesat, setidak-tidaknya terkeliru
Wahyu tanpa disuluh oleh akal dia beku
Akal tanpa berlandaskan wahyu nampaknya dinamik
Kelihatan logik, adakalanya tidak berlaku
Oleh itu janganlah menerima kebenaran itu semata-mata dengan akal
Kebenaran yang dapat dikesan oleh akal terlalu terbatas
Kebenaran yang hakiki lagi mutlak adalah dari wahyu 

Madah baru 69



*M401*
Zaman dahulu,ibu bapa bila mendengar guru merotan anaknya Dirumah anaknya dirotan lagi oleh ibu atau ayahnya Tanda simpati dengan guru dan mengaku kesalahan anaknya kerana itulah murid tidak naik kepala,perhubungan ibu dan bapa dengan guru sentiasa erat.

*M402*
Zaman dahulu guru-guru boleh mengasuh,melarang,merotan dimana saja murid itu berada,adakalanya berlaku didepan ibu bapanya,ibu ayahnya merasa bangga.Bahkan anggota masyarakat boleh melakukannya kerana itulah remaja di zaman itu terkawal akhak mereka.

*M403*
Zaman dahulu lumrah berlakunya didalam pergaulan,,orang-orang dewasa diwaktu itu,kalau berbual sesama mereka atau didalam ceramah selalu saja menyebut Ustazd saya kata,guru saya bercerita,Cikgu saya berpesan,tuan guru saya beritahu,syeikh saya ajar,Tapi dizaman modern ini jarang kita dengar,ketika manusia berbual-bual sesama sendiri merujuk kepada gurunya,Entah kenapa?

*M404*
Untuk menumpaskan gejala sosial,pertama : tumpaskan dulu pintu kejahatan hati, kedua : laksanakan sadduzzarai' yaitu pintu-pintu kejahatan yang berlaku didalam kehidupan. ketiga : lahirkan sebanyak mungkin amal kebaikan.keempat : memerlukan pemimpin dan pengikut,pemimpin yang bertanggung jawab terhadap masyarakat yang bertaqwa.

*M405*
Untuk membangunkan kemajuan dan tamadun manusia boleh,dengan akal yaitu dengan bermacam teori dan idea-idea.Tapi untuk membangunkan akhlak manusia hendaklah dengan iman dan syariat,oleh pembangunan akhlak  manusia hendaklah orang yang beriman,bersyariat,dan berakhlak dengan kata-kata yang lain orang yang bertqwa.

Tujuan Hidup Berjemaah



Masuk jemaah bukan hendak mencari kepentingan diri
Datang ke jemaah dengan tujuan hendak membaiki diri
Seorang diri tidak mungkin boleh baiki diri sendiri
Di dalam jemaah, mursyid yang memberi ilmu dan mendidik diri
Tuhan menyuruh mesti berada di dalam jemaah, 
Ia adalah Sunnah Nabi
Ia boleh membawa rahmat, boleh berkubu membenteng diri
Tidak ada jemaah macam kambing, mudah ditangkap oleh serigala jika bersendiri
Berada di dalam jemaah adalah diwajibkan oleh Tuhan dan Nabi
Tuhan tidak membenarkan umat Islam hidup sendiri-sendiri
Setidak-tidaknya di dalam jemaah ada perpaduan lahir sekalipun belum perpaduan hati
Lama-lama, perlahan-lahan setelah ada ilmu, sesudah di hati, terjadilah kesatuan hati
Kerana itulah masuk jemaah bukan hendak mencari kesalahan orang
Masuk jemaah kerana mudah mencari kesalahan sendiri untuk dibaiki
Di dalam jemaah ada mursyid memerhati, ada kawan-kawan yang menasihati
Mudahlah membaiki diri dan meningkatkan kualiti diri
Kalau ada kelemahan kawan di dalam jemaah bukan hendak mengata dan mencaci
Mereka juga macam kita juga 
Ada mempunyai kelemahan yang tersendiri
Kalau boleh dan mampu, bolehlah menasihati bukan mencaci
Jika tidak mampu, doakan mereka mendapat hidayah
Begitulah kalau orang ikhlas dengan Tuhan dan Nabi
Di dalam jemaah takkan tidak ada sedikit-sedikit pun kelemahan-kelemahan ahli, bahkan pemimpin juga
Kerana jemaah itu bukan jemaah Nabi dan Sahabat atau murid-murid Nabi
Kita meminta jangan ada ahli-ahli mempunyai kelemahan peribadi
Apakah kita mampu membaiki seratus peratus peribadi dan kelemahan diri?
Sebenarnya kita kurang nampak kesalahan sendiri kerana tidak muhasabah diri
Kalaupun muhasabah diri, ilmu kita tidak cukup menyuluh diri
Apabila ilmu kita tidak cukup, kita sangka sudah membaiki diri
Orang yang baiki diri makin muhasabah, makin membaiki diri, makin nampak kesalahan diri
Kerana itulah orang bertaqwa itu di sisi Tuhan, dia anggap dirinya jahat
Makin  membaiki diri makin nampak jahat diri
Di dalam merasakan diri lemah dan tidak baik, kemudian mati
Itulah di antara caranya orang mati yang bertaqwa
Kalau orang rasa dirinya baik, kalau dia bertaqwa pun ditarik balik
Tolonglah ambil ingatan, jangan menipu diri
Rasulullah kalau ditanyakan dirinya, dia adalah orang paling jahat
Jika ditanyakan kepadanya apa kata Tuhan terhadapnya, barulah dia berkata
"Tuhan kata saya orang yang terbaik di dunia"
Rujuk pada diri dianggap orang yang terjahat
Kalau rujuk kepada Tuhannya, dia akan mengatakan saya orang yang terbaik 


Madah baru 68


*M396*
Apabila orang yang ingin membaiki gejala sosial sudah hilang wibawa, walaupun tinggi jawatan ilmunya banyak, anggota masyarakat tidak akan hormat,maka usaha-usaha mereka kurang ditaati,karena itulah gejala sosial payah hendak ditumpas.

*M397*
Kalau negara saja yang cantik tapi akhlak penghuninya tidak cantik, masyarakat pasti hidup didalam ketakutan, karena digugat oleh gejala-gejala yang negatif didalam kehidupan.

*M398*
Kalau inginkan anak-anak betul,ibu bapa kenalah betulkan diri lebih dahulu,kalau inginkan murid-murid betul,kenalah guru-guru betulkan diri lebih dahulu,kalau inginkan rakyat betul,kenalah pemerintah betulkan diri lebih dahulu,oleh itu kalau semua golongan yang patut diikut tadi menjadi baik,akan baiklah semua peringkat rakyat.

*M399*
Anak-anak yang kecil kita manjakan dia dengan tunjuk sikap yang dapat dilihat dengan mata,kepada yang sudah besar cukup didalam hati sahaja,yang dewasa di ajak berbincang atau bermesra bersama mereka.

*M400*
Zaman dahulu setiap guru yang mengajar apapun mata pelajarannya lebih-lebih lagi mata pelajaran Islam dia tidak makan gaji atau tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada murid-muridnya inilah rahsia hubungan guru dengan murid sentiasa terjalin sampai mati.

Cara Hidup Orang BerTuhan


Ketakutan jangan keterlaluan, hilang ketenangan
Berani jangan melulu, kita akan tersasar dan kecundang
Takut sekadar fitrah tidak mengapa, ia tidak sampai hilang pertimbangan
Berani yang berdisiplin dan berstrategi, selalunya menguntungkan
Jangan melulu, jangan menjadi dungu, selalunya kita kecundang dan gagal
Biarlah di dalam segala hal ada perimbangan, pertengahan
Berfikir jangan diabaikan, Tuhan jangan ditinggalkan, kerja diteruskan
Itulah dia tawakal kepada Tuhan namanya, yang mesti diamalkan
Ada strategi, ada usaha, ada harapan kepada Tuhan
Itulah caranya hidup orang yang bertuhan
Jangan usaha sahaja, jangan Tuhan sahaja
Gabungkan di antara usaha dan Tuhan itulah jalan mendapat kejayaan
Usaha tanpa Tuhan, bergantung dengan usaha, syirik namanya
Bergantung dengan Tuhan, tanpa usaha, tidak bersyariat di dalam kehidupan
Bergantung kepada Tuhan ada usaha, tapi tidak ada strategi dan tidak disiplin, melulu namanya
Atau orang dungu yang tidak ada panduan
Jadi setiap kerja semua diambil kira,
Barulah ada kejayaan 

Madah baru 67



*M391*
Kebanyakan pemimpin hanya berjaya membangun material,tapi gagal membangunkan insan, justru itulah hubungan pengikut dengan pemimpin,sekadar diikat oleh kepentingan kebendaan bukan diikat oleh hubungan hati yang beriman.

*M392*
Pemimpin yang baik itu, keberadaannya satu kebahagiaan, ketiadaannya dirasakan satu kehilangan,karena melihat mukanya rasa senang, ketiadaannya dirindui.

*M393*
Ada diantara orang Sholeh dizaman dahulu, walaupun mereka bukan pemimpin yang rasmi kepada masyarakat,tapi selalu berdoa, lebih kurang bunyinya begini,"wahai Tuhan,kalau ada orang yang lapar atau mati kelaparan atau kalau ada orang yang susah, janganlah saya dipersalahkan.Wahai Tuhan janganlah Engkau bertindak keatasku, disebabkan mereka-mereka yang telah melakukan kemungkaran itu."Begitulah sikap orang Sholeh selalu takut dengan Tuhan.Patutnya pemimpin yang rasmi di setiap zaman,lebih patut berdoa begitu,karena pemimpin yang rasmi.Sayugianya mereka lebih takut karena setiap pemimpin akan ditanya orang yang dibawah pimpinannya.

*M394*
Penyakit sosial tidak akan boleh dipulihkan,kalau yang berusaha membaikinya menggunakan akal semata-mata, lebih-lebih lagi dengan kehendak nafsunya,kalau bukan dengan pimpinan Allah, yang punya dunia dan akhirat.

*M395*
Kalau berlaku gejala negatif didalam masyarakat terutama dikalangan belia,jangan sekadar kita usahakan satu perkara lain untuk mereka melupakan perbuatan negatif itu, sedangkan benih negatif itu ada didalam jiwa mereka,yang penting para pendidik pandai membuang benih negatif didalam jiwa mereka,diwaktu itu perbuatan negatif didepan mereka pun mereka akan tolak bahkan akan membenterasnya.

BERMUJAHADAHLAH MEMBERSIHKAN JIWA



Bermujahadahlah membersihkan jiwa
Dari mazmumah yang merosakkan diri dan manusia
Bermujahadahlah, jangan jemu-jemu dan kecewa
Bermujahadah melawan nafsu memang sakit dan susah
Bahkan meletihkan dan menjemukan
Kalau lemah semangat akan menyerah kalah
tanpa berjuang,
Itulah yang dikehendaki oleh syaitan
Syaitan tahu nafsu itu adalah jalannya
Jika manusia tidak bermujahadah melawan nafsu, luaslah jalannya
Bermaharajalelalah syaitan menggoda dan memperdaya manusia
Manusia diperkotak-katikkan ke sini dan ke sana
Macam bola di padang yang ditendang-tendang
oleh manusia
Dipermainnya manusia itu semahu-mahunya
Diperhambanya manusia itu mengikut kehendaknya
Berjayalah syaitan terhadap kebanyakan manusia
Sedikit sahaja manusia yang tidak masuk perangkapnya 


Madah baru 66



*M386*
Kebanyakan pemimpin di zaman ini, bercakap emosional, kalau orang bercakap dia mendengar acuh tak acuh, menerima jauh sekali, suka mengkritik, tidak suka dikritik, kebenaran itu biarlah darinya bukan dari orang lain, jasanya minta dikenang, kalau tidak diungkit-ungkit, tidak suka disaingi, suka menyebut-nyebut usaha dan kejayaan sendiri, justru itulah mereka boleh membangun tapi gagal mendidik, mereka ditakuti bukan lagi dihormati, orang hormat dan taat hanya pura-pura bukan dari hati, bila jawatan sudah tiada dia dilupakan atau tidak dipeduli.

*M387*
Apa yang berlaku didalam sejarah kalau seseorang pemimpin negara atau satu kumpulan itu baik, berlaku secara umum, rakyat didalam negara itu, atau pengikut sebuah kumpulan itu menjadi baik, disinilah perlunya pemimpin yang baik, berkatnya merata kepada rakyatnya.

*M388*
Apabila sebuah negara itu, para pemimpin tidak bertaqwa,kalaupun rakyatnya baik, tapi mereka tidak akan disatukan dan tenaga mereka tidak dapat digemblengkan untuk kepentingan umum, justru pemimpin tidak dapat mengikat mereka, sepertilah batu bata yang berkualiti tapi tidak dapat di bangunkan karena juru binanya tidak mampu membinanya.

*M389*
Pemimpin yang baik, rakyat yang jahat akan jadi baik. Rakyat yang baik, pemimpin yang jahat, kebaikan rakyatnya boleh menurun lemah. Pemimpin yang baik, rakyatnya yang sedia baik itu, akan bertambah baik. Kalau pemimpin yang jahat, memimpin rakyat yang memang sudah jahat rakyatnya akan bertambah jahat.

*M390*
Diantara sikap pemimpin yang baik itu, dia tidak hanya mendengar dan bersandar dengan laporan daripada orang-orang bawahan sahaja tapi dia selalu mengadakan sport Check, buat lawatan tidak rasmi, dengan tidak di beri tahu, bergaul dengan masyarakat seperti pergi ke pasar, bersembahyang bersama-sama rakyat, pergi melihat para nelayan, menangkap dan membawa ikan, nanti dia sendiri akan melihat kepincangan masyarakat yang perlu ditangani, yang lebih tepat  daripada laporan orang bawahnya.

Tenang Dan Bahagia Payah Didapat



Untuk mendapat kesenangan mudah
Untuk mendapat ketenangan amat payah
Mendapatkan harta atau kekayaan mudah sahaja
Tapi untuk mendapatkan kebahagiaan sangat susah
Untuk kemudahan hidup tidaklah terlalu payah
Namun untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, jauh sekali apa yang diharapkan
Kesenangan adalah perkara luaran, tidak mesti tenang
Kemudahan hidup juga adalah perkara lahiriah, tidak mesti bahagia
Tenang dan bahagia adalah perkara dalaman
Tenang dan bahagia adalah sifat hati atau jiwa
Tenang dan bahagia tidak mungkin dapat dari harta
Atau didapati melalui pangkat, nama dan glamour
Bahkan orang yang berharta, berpangkat, ada nama dan glamour,
Selalu sahaja sakit jiwa
Hidup gelisah, resah dan keluh-kesah, effectnya marah-marah
Tenang dan bahagia itu adalah cintakan Zat yang Maha Agung
Tuhan pencipta manusia, yang mempunyai segala-galanya
Siapa yang dapat mencintai-Nya, tidak ada kecewanya
Mencintai-Nya tidak menjemukan
Mencintai dunia dan nikmatnya sudah tidak ada ertinya
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Mendapatkan Tuhan ertinya mendapatkan segala-galanya 

Sifat Orang Mukmin



Sifat orang mukmin taat dan patuh perintah Allah
Sama ada perintah suruh atau perintah larangan, tidak ada masalah
Kalau dia lemah mengamalkan, dia bertaubat kepada Allah
Namun menyanggah atau menentang tidak pernah
Kalau ada orang yang mampu berbuat, dia ucap tahniah
Dia rasa sedih lemah ikut perintah
Dia tidak akan bermusuh dengan orang yang taat dan patuh
Dia tidak menentang, kerana takut jatuh kepada sifat nifaq yang dimarah
Orang mukmin hatinya sentiasa dengan Allah
Dia rasa bahagia jika dapat ikut perintah Allah
Jika terbuat salah, aduh hatinya derita parah
Dia cepat-cepat bertaubat dan membuat baik tanpa lengah
Sifat orang mukmin menerima hukum tidak ada pilih-pilih
Hatinya sentiasa berkata sam'an wa to'atan
Jika dia cuai, cepat-cepat bertaubat dan mengaku lemah
Penyesalannya dan sedihnya tidak berkesudahan di dalam ingatan
Begitulah sifat orang mukmin 
Hatinya murni dengan Allah
Kelemahannya dia menyesal, sentiasa bertaubat dengan Allah
Berdalih-dalih dan banyak soal tidak berlaku terhadap perintah
Dia sentiasa bersangka baik dengan Allah yang Maha Pemurah

Madah baru 65



*M381*
Warisan peninggalan para raja-raja,  kaisar, pembesar mudah ditiru dan dicontohi tapi warisan dan peninggalan para rasul dan nabi-nabi susah ditiru dan dicontohi.

*M382*
Seorang pemimpin atau ibu bapa yang luar biasa itu orang yang bukan sekadar pandai memberi makan tapi pandai mendidik seseorang itu menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kalau sekadar pandai memberi makan binatang juga pandai memberi makan kepada anaknya.

*M383*
Gambarkanlah kalau orang yang berkuasa tiada taqwanya, tentu bertindak sesuka hati, yang bersenjata tentu menyalah guna, yang berilmu tentu menjadi kilangnya, yang mentadbir tentu salah tadbir, rakyat jelata tentu menderhaka, ulama memberi fatwa mengikut seleranya, apakah boleh lahir masyarakat yang harmoni.

*M384*
Di antara tabiat para ulama dan pemimpin, di waktu orang sudah tidak lagi memberi ketaatan kepada mereka, cuma mereka ditakuti mereka akan menuduh lah golongan yang masih taat dengan pemimpin, juga fanatik kepada perjuangan Islam melarang fanatik kepada pemimpin, sebenarnya hati kecil masing-masing ingin dan senang ditaati, kerana sekali sekala berlaku  kesalahan dan kesilapan,seperti rasuah, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain, ada golongan yang masih mentaatinya elok pula tidak kedengaran mengatakan juga fanatik sudah nyata pemimpin bersalah masih hendak di patuhi lagi.

*M385*
Kalaulah setiap mubaligh atau guru, merasa apa yang hendak disampaikan kepada manusia itu, di pihak tuhan untuk Tuhan sudah tentu dia rasa malu,takut, bimbang dalam menyampaikan, sudah tentu jauh sekali, diwaktu itu pengajarannya akan jatuh ke hati manusia, bukan ke lidah manusia.

Madah baru 64

 
*M376*
Pemimpin yang berwibawa itu, ia ada mempunyai fikiran sendiri yang bernas dan kuat memegang prinsip serta ia ada  di tengah-tengah pengikutnya.

*M377*
Pemimpin politik biasanya, setelah tiada kuasa,dia akan keseorangan hinggalah dia mati, berlainan sekali dengan pemimpin kerohanian, ia sentiasa di terima hingga mati, musuh-musuhnya hanya berjaya memisahkan fizikalnya dengan pengikut- pengikutnya, namun tidak dapat memisahkan hubungan jiwa pengikutnya dengan pemimpin.

*M378*
Ada pemimpin menundukkan orang ramai dengan kuasa dan cemeti, ada pemimpin pula menundukkan orang dengan lisan dan hati, diantara dua golongan pemimpin itu ialah pemimpin yang boleh menundukkan orang dengan lisan dan hati, adalah luar biasa.

*M379*
Didalam muzium di dunia ini banyak barang yang disimpan didalamnya ialah warisan dan peninggalan raja-raja,pembesar-pembesar, penakluk-penakluk dan empayar-empayar sedikit sangat peninggalan daripada para Rasul dan nabi.

*M380*
Warisan dan peninggalan raja-raja,dan kaisar, penakluk-penakluk dan empayar banyak bersifat fizikal tapi warisan para rasul dan nabi-nabi banyak bersifat rohaniah dan maknawiyah,banyak tersimpan didalam Al-Qur'an dan kitab-kitab bukan di muzium.

Rahmat Dan Nikmat Tuhan Yang Tersembunyi


Ramai umat Islam merasakan rahmat dan nikmat Tuhan itu kesihatan badan
Diberi murah rezeki, dianugerahkan anak, mendapat pangkat tinggi
Rumah besar, banyak harta, kereta mewah dan canggih
Padahal nikmat yang disebutkan belum boleh menyelamatkan kita
Adakalanya ia merosak dan membinasakan kita
Kalau tidak di dunia, ia akan berlaku di Akhirat
Tapi ada rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi
Setengah orang tidak sedar bahawa itu adalah rahmat dan nikmat
Rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi itu banyak pula
Di antaranya kalau kita berdosa, diingatkan agar kita bertaubat dan bersedih dengan dosa
Di waktu kita lalai dengan-Nya, disedarkan kita
Sekali-sekala disusahkan kita agar kita insaf
Adakalanya kesusahan itu untuk darjat dan pangkat
Selalu sahaja kita mengingati Dia
Dimasukkan di dalam hati kita sentiasa takut kepada-Nya
Di samping itu rasa cinta kepada-Nya selalu ada
Digemarkan kita membuat kebaikan dan dibencikan kita dengan kejahatan
Dijadikan kita boleh berlemah lembut dengan orang
Boleh meminta maaf dan boleh memberi maaf
Boleh beristiqomah dengan kebaikan
Inilah di antara rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi
Kalau hendak bersyukur, bersyukur kerana itulah yang lebih utama
Kerana rahmat dan nikmat yang tersembunyi itu jarang orang dapat
Tidak seperti rahmat dan nikmat di atas tadi
Oleh itu pandai-pandailah menilai rahmat dan nikmat
Agar syukur kita lebih sempurna dan tepat 


Madah baru 63


*M371*
Dizaman para-para pemimpin dan para pembesar, ulama sudah tidak dihormati lagi,cuma mereka ditakuti kalau ada satu dua dikalangan mereka ditaati manusia,riuh rendahlah,mereka ini akan berkata-kata jangan fanatik, sebenarnya perkataan ini keluar untuk melindungi kelemahan diri mereka sendiri, agar orang ramai tidak nampak yang mereka sudah tidak dihormati lagi hanya ditakuti.

*M372*
Peminat, pengikut dan murid,pada seseorang tokoh samaada bertaraf Tempatan, nasional atau internasional tidak sama, peminat sekadar suka pada seseorang itu tidak mesti mengikut tingkah laku tokoh itu, pengikut disamping suka, mereka mengikut tingkah laku.

*M373*
Peminat selalunya lebih ramai daripada pengikut,dan pengikut selalunya lebih ramai daripada murid,dan murid adalah intipati atau saringan daripada dua golongan tadi.

*M374*
Kala seseorang tokoh itu banyak pengikut dan murid selalunya tidak disenangi oleh tokoh-tokoh yang lain, bahkan selalu mendapat cabaran dan tindakan daripada tokoh yang berkuasa diwaktu itu.

*M375*
Selalunya ahli falsafah atau ahli fikir, tidak memimpin dan melaksanakan tapi, pemimpin yang melaksanakan pendapat ahli falsafah.

Rahmat Dan Nikmat Tuhan



Rahmat dan nikmat Tuhan ada yg tersembunyi ada yg nyata
Ada nikmat yg tersurat ada nikmat-Nya yg tersirat
Ada rahmat dan nikmat jangka pendek, ada rahmat dan nikmat jangka panjang
Rahmat dan nikmat yg tersirat dan jangka panjang ramai manusia tidak sedar
Nikmat yg tersurat dan yang jangka pendek pun banyak  org tidak terasa
Apatah lagi yg tersirat dan jangka panjang, lagi manusia buta melihatnya
Kecuali org yg ada ilmu syariat dan bertaqwa kpd Tuhan sahaja yg nyata kepadanya
Di antara rahmat dan nikmat yg tersembunyi seperti miskin, sakit, susah, bala bencana
Org yg tidak faham sudah tentu menyangka itu adalah bala semata-mata
Takkan bala dikatakan rahmat dan nikmat dari Tuhan Pencipta
Ia juga termasuk rahmat dan nikmat jangka panjang
Kalau tidak berlaku di dunia, yg pasti berlaku adalah di Akhirat sana
Rahmat dan nikmat tersembunyi atau  jangka panjang ramai menyangka bukan rahmat dan nikmat
Kalau begitu mereka tidak faham kerja-kerja Tuhan terhadap mereka
Jika tidak faham rahmat dan nikmat, akan terbalik menjadi bala
Macam kanak-kanak bermain api itu nikmat kerana dia tidak faham ada bencana yang tersirat
Sekiranya ibu bapanya melarangnya, dianggap satu balak
Padahal larangan ibu dan ayahnya itu adalah rahmat dan nikmat, tapi dia jahil melihatnya
Begitulah Tuhan terhadap kita, 
Banyak kerja-kerja Tuhan yang ditimpakan kepada kita, 
Apa yang berlaku kita tidak faham
Kita hanya melihat lahirnya sahaja
Kalau lahirnya nikmat, itu nikmatlah, 
Padahal di sebalik itu adakalanya balak, 
Sama ada belum nampak atau ia akan berlaku jangka panjang
Begitu juga kita lihat kejadian itu merupakan balak padahal yang tersirat nikmat atau rahmat tapi belum nampak
Ia akan berlaku mungkin jangka panjang paling tidak di akhirat kelak
Kerana itulah wajib kita kenal Tuhan dan faham kerja-kerja Tuhan
Kalau tidak kita akan terkeliru dibuatnya
Nanti yang baik disangka jahat, yang jahat disangka baik sekiranya kedua-duanya itu tersirat

Madah baru 62


*M366*
Untuk mengenal seorang pemimpin itu zalim atau sebaliknya, bila ditakuti, itulah tandanya dia zalim.

*M367*
Pemimpin yang adil itu,ia disayangi, dihormati, dan ditaati, pemimpin-pemimpin yang zalim itu,dia di benci dan tidak ditaati,orang patuh kerana takut bukan kerana patuh.

*M368*
Zaman dahulu para ulama,diziarahi orang ramai bahkan pembesar-pembesar dan raja-raja pun menziarahi, tapi sekarang sudah terbalik, para ulama yang menziarahi pembesar-pembesar dan raja-raja sedangkan sekarang, orang-orang awam pun tidak menziarahi ulama dan juga tidak menziarahi mereka.

*M369*
Apabila para ulama sudah cinta dunia, orang ramai akan lari dari mereka, dan para ulama akan digunakan oleh para penguasa atau yang memiliki dunia.

*M370*
Apabila para ulama sikapnya sudah seperti orang biasa lebih-lebih lagi sudah bersikap pembesar-pembesar dunia cakapnya mungkin boleh didengar tapi,mereka tidak akan ditaati lagi.

Orang Bertaqwa Dengan Tuhannya


Tuhan memberi nikmat kepada orang yang bertaqwa kerana kasih sayang-Nya
Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sayang-Nya juga
Kerana Tuhan hendakkan mereka lebih mulia
Dan disimpan aset itu sebagai harta di Syurga
Kalau diberi banyak pula itu juga adalah kasih sayang-Nya
Kerana dengan nikmat yang banyak itu dapat diagih-agih kepada orang lain pula
Dapat pula melahirkan syukur dan ramai pula orang terbela
Sekiranya orang yang bertaqwa itu diuji dan dibala,
Itu juga adalah kasih sayang Tuhan kepada mereka
Agar dosanya diampun atau ditinggikan darjat mereka di Syurga
Sungguh indah perbuatan Tuhan kepada orang yang bertaqwa
Senang dan susah, miskin dan kaya, sakit dan sihat ada nilainya di sisi Tuhan
Kerana itulah orang yang bertaqwa di dalam keadaan apa pun dia tenang sahaja
Susah dan senang sama sahaja
Di waktu senang tidak pula terlonjak-lonjak,
Di waktu susah tidak pula rasa derita
Mereka faham kerja-kerja Tuhan kepada mereka
Mereka boleh menerima apa sahaja dari Tuhannya,
Jiwanya senang dan tenang sahaja
Begitulah hidup orang mukmin bersama Tuhannya 


Madah baru 61



 *M358*
Kalau ada umat Islam berjuang hari ini, di zaman barat menguasai politik, ekonomi, ilmu dan lain-lain, disamping membangun mereka berakhlak, di samping berkemajuan tidak ada diskriminasi, disamping kuat ekonomi, pemurah, berkorban, membantu, dan menolong pula, disamping mempunyai ilmu, tawadhuk, merendah diri, khusyuk, disamping ada kemudahan hidup bermasyarakat dan tidak ada kasta-kasta. Kalau bukan orang Islam sahaja yang memenuhi disko, kelab-kelab malam. Umat Islam memenuhi masjid-masjid atau surau-surau, disamping belajar, bekerja dengan cemerlang, tidak ada pergaulan bebas lelaki dan perempuann, perempuannya bersopan dan pemalu, disamping memiliki alat-alat dan kemudahan-kemudahan hidup yang canggih, hidup didalam perpaduan,samaada didalam keluarga, didalam parti, didalam masyarakat, didalam negara, didalam pejabat, didalam membawa kemajuan, tidak ada rasuah, dadah, pendedahan aurat. Di dalam berjuang dan bernegara, pemimpin disayangi dan dihormati bukan ditakuti, rakyatnya dikasihani bukan ditakut-takutkan dan dikasari. Ciri-ciri ini kalau wujud di dalam masyarakat Islam Masya Allah, umat Islam akan menguasai dunia dan akhirat, umat Islam akan menjadi empayar dan kuasai dunia sekali lagi.

 *M359*
Pemimpin di zaman ini, lebih-lebih lagi pemimpin negara, orang bukan hormat kepadanya, tapi ditakuti, dia diikut karena ada kepentingan diri kepadanya, bila jawatannya sudah tiada, orang habis lari,dia pun menghilangkan diri.

*M360*
Orang sekarang tidak malu mengaku ulama karena itulah ada persatuan ulama. Zaman dahulu seorang itu telah diiktiraf oleh ramai sebagai ulama, itupun buat masih tidak mengaku atau merasa dirinya ulama, ikutlah agamanya.

SIFAT TAQWA



Engkau bersembahyang tidak semestinya engkau sembahyang
Kalau bukan sembahyang, ertinya bukanlah ibadah namanya
Lahir adalah rangka, khusyuk adalah roh atau jiwanya
Tidak khusyuk ibadah, ibadah bangkai namanya
Kalau ibadah bangkai apakah Tuhan terima?
Engkau bekerja apakah hendak menambah taqwa?
Atau engkau bekerja hanya semata-mata menambah gaji?
Kalau semata-mata jadi gaji, akhirnya jadi najis atau jadi barang yang buruk sahaja
Sifat taqwa itu adalah di atas kerja dan usaha
Untung dunia, ia terjadi dengan sendirinya
Selama mana kita bekerja dan berusaha, memang ada hasilnya
Kalau ia dibagi roh atau jiwa, alangkah baiknya
Ia menghasilkan sifat taqwa
Itulah bekalan ke Akhirat sana
Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri di atas kerja dan usaha
Rohnya itu adalah kerana keredhaan Allah
Jiwanya itu adalah kerana niat berkhidmat kepada manusia
Kerana memudahkan manusia, membantu manusia di dalam kehidupannya
Menolong memudahkan kehidupan mereka
Dengan adanya usaha-usaha dan kerja-kerja kita itu, kalau niatnya betul dapat pahala, itulah taqwa namanya
Apakah kita berusaha dan bekerja ada niat kerana Allah, dan utk berkhidmat kepada hamba-hamba-Nya?
Apakah kita berusaha dan bekerja semata-mata kerana hendak hidup semata-mata?
Di sana ada gaji atau upah, atau ada hasil yang kita perolehi?
Hasil dari usaha tidak payah diniatkan 
Ia biasanya terjadi dengan sendiri
Tapi apakah di dalam usaha itu ada niat yang murni seperti yang diceritakan tadi?
Niat yang murni itulah yang dikatakan di antara sifat taqwa
Alangkah untungnya kalau kita bekerja dan berusaha mendapat dua pahala
Pahala dunia itulah hasil usaha yang kita rasa di dunia lagi
Pahala Akhirat kerana pada usaha dan kerja itu kita ada niat kerana Allah dan berkhidmat kepada manusia
Niat yang betul itulah roh amal, roh usaha, roh kerja, roh ibadah
Itulah dia sifat taqwa untuk bekalan ke Akhirat sana 


Bumi Tuhan... Bersaksilah