MADAH baru 182


*M76*      
Kalau rasa bertuhan tidak wujud di dalam hati ketika berada di mana-mana,
apa lagi yang dapat membendung manusia daripada sifat-sifat mazmumah seperti sifat-sifat sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.
Mazmumah itulah punca penyakit masyarakat. 

 
*M77*    
Cuba saudara dan saudari, tuan puan gambarkan,
orang yang hidupnya begini:
di pejabat atau di tempat kerja dileter oleh bos,
di rumah dileteri oleh isteri,
di dalam perjalanan bertikam lidah dengan pemandu kenderaan yang tidak bertimbang rasa. 
Bila ada masalah, 
tidak ada tempat hendak mengadu. 
Kalau mengadu, jadi bahan cerca dan perli. 
Iman lemah pula di dada atau tiada kesabaran, redha jauh sekali.
Kita rasa orang ini seperti sudah berada di ambang pintu Neraka. 

              
*M78*      
Apabila hilang malu,
benteng diri manusia telah roboh. 
Segala gejala buruk mudah sahaja menyerangnya.
Di waktu itu setiap perkara yang malu pada tubuh manusia akan didedah secara dihias
dan akibatnya terangsang manusia lain. 
Maka penyakit hilang malu ini akan menular merata masyarakat. 
Maka punahlah akhlak, terkuburlah satu bangsa. 

 
*M79*     
Orang yang melupakan Allah itu
sentiasa gelisah, mudah marah,
gopoh bertindak, sentiasa tidak puas, mudah buntu, selalu kecewa, mudah putus asa sekalipun di dalam kemewahan dan serba ada. 

              
*M80*      
Orang yang selalu jiwanya tidak tenang ialah orang pemarah, pendendam, rasa tidak cukup, hasad dengki, memikirkan masa depan yang belum terjadi, tidak sabar, lupa tentang qadha dan qadar dari Allah, tidak percaya dengan orang.

Doa Senjata Orang Mukmin



Berdoalah kepada Tuhan, tanda merendah diri kepada-Nya.
Memintalah kepada-Nya di dalam sebarang hal.
Untuk menghilangkan kesombongan dan ketakburan.
Memohonlah kepada Tuhan, itu adalah salah satu sifat kehambaan.
Berdoalah kepada-Nya, tanda kita hamba yang lemah.
Meminta kepada Tuhan, tanda kita hamba kepada-Nya dan baik sangka.
Memohonlah kepada Tuhan, Dia tetap mengabulkannya sekalipun di Akhirat.
Berdoa ertinya kita bermesra dengan Tuhan.
Berdoa ertinya kita bermunajat dengan Tuhan.
Berdoa ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan.
Mengadukan hal kita.
Meminta itu dan ini.
Bukankah itu satu keindahan dan kelazatan?
Berdoa adalah satu ibadah.
Bahkan ia dianggap otak ibadah.
Doa adalah senjata orang mukmin.
Berdoa adalah satu harapan.
Berdoa termasuk perhubungan di antara hamba dengan Khaliqnya.
Orang yang tidak berdoa, ertinya dia sombong dengan Tuhan.
Dia merasakan ada kuasa, tidak perlu lagi kepada Tuhannya.
Ini termasuk orang yang telah putus rahmat dengan Tuhan. 


MADAH baru 181


*M71*     
Kesenangan dan kemewahan
selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu
selalunya membawa kekecewaan dan putus asa. 
Kecuali terhadap orang yang mukmin. 

 
*M72*
Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu, 
cepat melahirkan sifat marah, 
suka memotong percakapan orang, 
suka bermujadalah, 
nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang lebih darinya di satu majlis, 
cakap meninggikan suara, pantang ditegur, 
tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 

 
*M73*
Orang yang sudah hilang sifat marah, dayus. 
Cepat melahirkan sifat marah, lemah mujahadah. 
Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan
kecuali di tempat-tempat munasabah, inilah manusia normal. 

 
*M74*
Orang yang tamak, merasa tidak cukup-cukup,
ertinya sentiasa merasa miskin. 
Oleh itu ia sentiasa memburu-buru yang belum ada. 
Yang ada, ada kalanya tidak sempat digunakan
kerana terlalu sibuk memburu yang tiada. 
Fikiran berserabut, jiwa kusut, fizikal letih selalu kerana tidak berehat.
Di dalam kesibukan inilah dia mati. 

 
*M75*
Orang yang frust (sakit jiwa) atau kecewa atau putus asa, biasanya pergantungannya dengan Allah terlalu lemah atau tiada langsung.
Di sinilah pentingnya peranan iman di dalam kehidupan.

Bersih dan Bersuci Mengikut Ajaran Tuhan



Ajaran Tuhan sangat menggalakkan dan menyuruh kita supaya bersih dan bersuci di dalam apa pun keadaan.
Terutama bersih dan bersuci daripada najis yang berbagai-bagai jenisnya adalah diwajibkan.
Bersih daripada badan, bersih daripada pakaian, bersih daripada tempat tinggal dan kawasan.
Hingga dikatakan mengikut Hadis, bersih itu setengah daripada iman.
Bersih itu sekalipun di dalam jamban.
Harap diambil perhatian.
Kesempurnaan bersih lahir bukan sahaja daripada najis yang memang digalakkan, 
kita disuruh juga bersih daripada kekotoran, sunat mengikut hukum Tuhan
sekalipun tidak menajiskan.
Daripada badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan.
Bersih daripada peluh yang menjijikkan, daripada tahi mata, tahi telinga, tahi gigi yang meloyakan.
Pada pakaian daripada comot, habuk, lumpur yang menyakitkan mata memandang.
Di dalam rumah, di kawasan rumah daripada sampah yang bersepah
yang menghilangkan keindahan pemandangan.
Apabila berlaku, ia jadi makruh lebih-lebih lagi jika dibawa ibadah dan sembahyang.
Di dalam agama Tuhan, sesuatu itu diambil kira jika perkara itu menyakitkan.
Menyakitkan hidung, menyakitkan mata, menyakitkan perasaan atau selera insan.
Ajaran Tuhan menggalakkan kita bercantik-cantikkan dan berwangi-wangian.
Kerana ia menghiburkan dan menyenangkan di dalam pergaulan.
Kerana Tuhan itu cantik, Dia suka kita juga bercantik-cantikkan.
Di sini baru kita faham,
ajaran Tuhan bukan sahaja menyuruh  bersih batin daripada mazmumah yang merosakkan kehidupan.
Memanglah bersih batin daripada mazmumah itu adalah yang paling diwajibkan dan dipentingkan.
Tapi bersih yang lahir juga sangat diperintah dan digalakkan.
Kerana ia memperindahkan ajaran Tuhan itu secara luaran 
yang senang mata memandang.
Perkara luaran yang indah juga sangat mempengaruh orang masuk Islam atau senang dengan Islam.
Memanglah kita sudah katakan yang dalam itu sangat dipentingkan.
Tapi bersih luaran jangan pula ia diabaikan, 
kerana ia adalah asas ibadah mengikut agama Tuhan.
Di hari ini, apa yang amat mendukacitakan, 
kedua-dua kebersihan lahir dan batin masih diabaikan.
Yang batin memang amat susah 
tapi yang lahir pun umat Islam cuai dan abaikan.
Lebih-lebih lagi umat Islam di kampung-kampung, 
seolah-olah kebersihan lahir itu bukan agama Tuhan.
Pakaian tidak terurus, badan kurang dibersihkan, 
di jamban lebih-lebih lagilah amat mendukacitakan, sangat menjijikkan.
Di dalam rumah, kawasan rumah 
bahkan kawasan surau dan masjid pun sangat sakit mata memandang.
Di luar rumah dan masjid, rumput panjang,
kebersihan daripada sampah sarap diabaikan, 
adakalanya najis pun bertaburan. 
Kalau kebersihan lahir pun susah sangat dilaksanakan, 
bersih batin lagilah macam mustahil dapat dibersihkan.
Jika kebersihan lahir pun masih dicuaikan, 
mengapalah negara Islam hendak difikirkan,
janganlah berangan-angan.
Perkara-perkara asas ibadah pun belum selesai, 
apakah perkara-perkara furuk dan cabang-cabang di dalam ibadah mudah dicapai?
Mengapalah umat Islam hari ini melulu, 
berjuang macam orang tidak siuman.
Berjuanglah yang dahulu didahulukan, 
yang kemudian dikemudiankan.
 

DOA ELAK WABAK

LI KHAMSATUN – DOA MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT

Sebenarnya ada satu doa yang telah lama diamalkan oleh umat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menolak wabak penyakit berjangkit. Ia adalah doa bertawassul dengan menyebut nama-nama ahli bait Rasulullah SAW. Doa tersebut amat mujarab. Lafaznya seperti berikut:

لي خمسة أطفي بها حرّ الوباء الخطمة

المصطفى والمرتضى وابناهما مع فاطمة

Ia juga dikenali sebagai doa tawassul dengan Ahlil Bait yang lima yang juga dikenali sebagai Ahlul Kisa (أهل الكساء).

Doa tawassul ini masyhur diamalkan iaitu doa tawassul dengan Ahlul Bait yang lima (Ahlul Kisa’). Mereka adalah baginda Rasulullah SAW, Saiyidina Ali RA, cucu baginda; Hasan dan Husain juga puteri baginda; Saiyidatina Fatimah.

Diriwayatkan ketika turun ayat Al-Quran:

‎ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجْسَ أَهْلَ ٱلْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Terjemahannya:

Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Surah Al-Ahzab: 33

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmizi dalam sunannya;

‎عن عمر بن أبي سلمة ربيب النبي صلى الله عليه و سلم قال لما نزلت هذه الآية على النبي صلى الله عليه و سلم { إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا } في بيت أم سلمة فدعا فاطمة و حسنا و حسينا فجللهم بكساء و علي خلف ظهره فجللهم بكساء ثم قال اللهم هؤلاء أهل بيتي فأذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيرا قالت أم سلمة وأنا معهم يا نبي الله ؟ قال أنت على مكانك وأنت على خير

Dari Umar bin Abi Salamah, anak tiri Nabi SAW yang berkata “Ayat ini turun kepada Nabi SAW di rumah Ummu Salamah, kemudian Nabi SAW memanggil Fatimah, Hasan dan Husain dan menutup mereka dengan kain dan Ali berada di belakang Nabi SAW, baginda juga menutupinya dengan kain. Kemudian baginda SAW berkata “Ya Allah merekalah Ahlul Baitku, maka hilangkanlah dosa dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya. Ummu Salamah berkata “Apakah Aku bersama mereka, Ya Nabi Allah?. Beliau berkata “Kamu tetap pada kedudukanmu sendiri dan kamu dalam kebaikan”.

Maka seorang ulama sufi telah menyusun doa tawassul dengan susunan syair yang menarik.

‎لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الْوَبَاءِ الْخُطَمَةِ

اَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مع فَاطِمَة

LII KHAMSATUN UTFI BIHA, HARRAL WABA’ IL HUTOMAH

AL MUSTAFA WAL MURTADHA WAB’NAA HUMA MA’ FATIMAH.

“Ada bagiku lima orang dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit, mereka itu ialah Muhammad Al Mustafa (yang terpilih), Ali Al Murtadha (yang diredhai) dan kedua anak mereka (Hasan dan Husain) bersama Siti Fatimah.”

Penyusunnya bernama Imam Muhammad Al Faqih Muqaddam (574-653H). Beliau berketurunan Rasulullah SAW dari jalur Saiyidina Hussain RA, aqidahnya Ahli Sunnah Wal Jamaah Al Asy’ariah, bermazhab Syafie dan bertarekat Ba’alawi atau Alawiyyin. Moga Allah meninggikan darjat beliau di akhirat. Orang yang menuduh doa ini dari Syiah sepatutnya malu dengan diri sendiri. Sesungguhnya Ahli Sunnah Wal Jamaahlah yang paling benar-benar mencintai Rasulullah dan Ahli Bait tanpa kepentingan.

Doa ini bukan sahaja menjadi amalan para Wali Songo di Nusantara malah ada seorang ulama terkenal Ahli Sunnah wal Jamaah Iaitu Al-Qadhi Syeikh Yusuf bin Ismail An-Nabhaani (1265-1350H) di dalam kitabnya Sa`aadatud Daarain mukasurat 627 menyatakan:

Bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.

Maksud mujarrab ialah telah dicuba dan didapati berkesan. Ia juga menjadi amalan di seluruh nusantara khasnya dalam jemaah Darul Arqam (1968-1994M).

Oleh itu, alangkah baiknya jika kita dapat memohon dengan Allah melalui keberkatan kekasih-kekasihnya dengan mengamalkan doa ini 7 kali setiap usai menunaikan sembahyang fardhu 5 waktu agar dengan keberkatan mudah-mudahan wabak Covid-19 ini berhenti merebak dan kita kembali menjalani kehidupan seperti biasa tetapi bertambah takut dengan Tuhan yang Maha Berkuasa.

==================

https://heliconiamuntazirah.home.blog/2020/03/15/doa-elak-wabak-berjangkit-likhamsatun/

MADAH baru 180


         
*M66*
Bila sifat malu sudah tiada,
rasa berdosa sudah lenyap dari kita,
suka membuat teguran,
tidak suka ditegur,
rasa lebih dari orang lain, 
suka dihormati,
tanda kita telah memakai sifat ketuanan,
lama-kelamaan akan memakai sifat ketuhanan,
kita telah melakukan syirik setiap hari tanpa disedari. 

 
*M67*
Tanda seorang itu tidak baik, bilamana dia suka menyebut kebaikannya kepada orang, 
dan sakit hati jika kebaikannya tidak diterima orang. 


*M68*      
Kalau kita boleh hidup di dalam apa suasana, 
mengikut rentak masyarakat dengan tidak memikirkan halal dan haram, 
tanda kita mempunyai kepentingan diri, 
atau dengan kata-kata lain cinta dunia. 

 
*M69*      
Kerana cintakan dunia, 
orang boleh menempuh yang haram, 
bekerjasama dengan penzalim, 
membuat zalim dan tidak mempedulikan orang kena zalim. 

*M70*      
Biasanya kalau seseorang itu tidak takut Allah, 
selalunya berlaku di dalam perbincangan,
suka menunjuk-nunjuk memberi pendapat, 
tidak senang dengan kemampuan orang lain,
merasa bangga dengan kebolehannya, 
bersedih dengan kelemahannya, 
tidak senang dengan kebenaran itu lahir dari mulut orang lain, 
adakalanya memperlecehkan pendapat orang.

Keperluan Manusia dalam Kehidupan


Di dalam kehidupan di dunia, sangat banyak yang diperlukan oleh manusia.
Keperluan itu ada yang pertama dan utama,
ada yang penting dan ada yang sampingan.
Keperluan yang pertama dan utama adalah Allah Taala, pencipta alam yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.
Kerana Dia adalah segala-galanya.
Kemudian yang penting; agar hidup berdisiplin; adalah syariat Tuhan.
Itulah jalan menuju Tuhan iaitu jalan keredhaan-Nya.
Keperluan sampingan adalah makan minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan.
Kemudian perempuan sebagai isteri atau laki-laki sebagai suami,
agar dapat berhibur dan bertolong bantu di dalam kehidupan.
Apabila kita dapat yang pertama dan utama, kemudian yang penting,
di situlah kehidupan dan ketenangan hidup.
Yang lainnya hanya setakat tambahan sahaja atau tambahan semata-mata atau sampingan.
Tapi oleh kerana manusia ramai yang buta hati, walaupun celik mata,
kerana cinta makan minum, tempat tinggal, pakaian, kenderaan, tolak Tuhan.
Lantaran perempuan, tinggalkan Tuhan Rabbul 'Alamin.
Inginkan kebebasan, tolak syariat Tuhan pentadbir alam.
Akhirnya apa sudah jadi?
Atau apa kesudahannya?
Manusia hidup porak-peranda sekalipun kaya dan berkuasa.
Apatah lagi yang miskin menderita dan sengsara, lagi terhina.
Kembalilah kepada Tuhan, syariat jadikan jalan kehidupan.
Di situlah rahsia kebahagiaan dan ketenangan,
mendapat pula keredhaan Tuhan.
Di Akhirat, selamat pula daripada api Neraka. 


Palestin / baitul muqaddis

ASSALAMUALAIKUM 

Apabila anak kita bertanya, _"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"_

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita:

_"Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi._

_Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN._ 

_Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN._

_Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya._

_Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan)._

_Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi._

_Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya._

_Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita._

_Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut._

1. Anak kita bertanya: _“Bagaimana dengan Nabi ﷺ dan hubungannya dengan PALESTIN?”_

Jawab: _“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan beliau sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat beliau solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat)._

_Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, beliau pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama beliau berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan beliau menjadi imam solat para Nabi."_

_Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Beliau menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Beliau menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Beliau menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian beliau bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”_

_"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah._

_Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu._

_Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."_

2. Anak kita bertanya lagi: _“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”_

Jawab: _“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa. Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”_

3. Anak kita berkata: _"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”_

Jawab: _“Ya, anakku. Allah ﷻ mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.”_ (At-Tin: 1-3)

_Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."_

_Allah ﷻ berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”_ (Al-Anbiya’: 105)

4. Anak kita berkata: _“Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”_

Jawab: _“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”_

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.🤲🤲🤲

#Palestin
#AbuFaqihCentre
#MengajiSepanjangHayat
#MogaBermanfaat

MADAH baru 179


*M61*    
Kalau hendak membuat kebaikan kepada manusia,
bukanlah hendak menunggu perkara yang besar-besar dan hebat-hebat,
ini tidak mungkin setiap hari.
Tapi ada perkara yang boleh dibuat setiap hari,
mahu dengan tidak sahaja,
ini perkara ringan sahaja dan mudah dibuat secara istiqamah dan tidak memberatkan kita.
Waktu memandu kereta,
beri peluang orang lain lalu atau memotong dahulu.
Di simpang-simpang jalan,
beri peluang orang lain jalan dahulu.
Waktu makan di kedai-kedai,
orang di kanan atau di kiri kita,
walaupun kita tak kenal, kita belanjakan dia.
Waktu bertemu, kita dahulu beri salam.
Waktu membeli, kalau kita lihat yang menjual itu memang orang miskin, jangan tawar. Kalau boleh, bayarkan lebih sedikit.
Jika naik bas, beri peluang orang duduk, biar kita berdiri. 
Mesra selalu dengan orang. 

 
*M62*      
Zaman sekarang kebanyakan orang kalau hendak menolong orang, 
suka sangat publisiti.
Sama ada hendak menderma,
buat kerja gotong-royong,
membuat projek rakyat dan sebagainya,
padahal sikap ini ditegah oleh Allah SWT.
Orang mukmin yang sebenar sangat takut ibadahnya tertolak.
Justeru itu mereka sangat menjaga amal kebajikan mereka daripada riyak dan ujub.


*M63*   
Kalau kita pemimpin, 
janganlah kita mengaku adil.
Kalau kita kaya, janganlah kita anggap usaha kita cemerlang.
Kalau kita pandai, 
janganlah kita mengaku pandai.
Kalau kita menderma, 
janganlah kita mengaku pemurah.
Kalau kita banyak beribadah, 
janganlah kita mengaku ahli ibadah.
Kalau kita orang berjuang,
janganlah kita mengaku gigih dan berani.
Kalau kita membangun, 
janganlah kita mengaku kita berjasa.
Allah menyuruh kita berbuat,
bukan menyuruh kita membuat pengakuan berbuat.


*M64*
Orang yang berilmu, kenalah mengamalkan,
merendah diri, kasihan dengan orang yang jahil,
menyampaikan, bertanggung jawab, sabar.
Orang yang kaya, kenalah merendah diri, pemurah, kasihan dengan fakir miskin, bertanggung jawab.
Pemimpin kenalah adil, penyayang,
merendah diri, bertanggung jawab, sabar.


*M65*
Apabila rasa senang dengan pujian,
rasa sakit dengan penghinaan,
menunjukkan kita ada kepentingan peribadi (huzuzun nafsi),
tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Hamba Yang Jiwanya Bersih


Jika seorang hamba itu ilmunya cukup, jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin, maka kelihatan orangnya tenang.
Ibadahnya terutama sembahyang, sangat berdisiplin.
Berhadapan dengan orang, penuh bijaksana dan lemah lembut.
Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia hingga disenangi oleh orang.
Kalau dia pemimpin, sangat dikasihi dan disayangi.
Kerja-kerja tersusun dan teratur.
Tenang, tidak gopoh, berdisiplin.
Pandai bergaul dengan manusia.
Sangat beradab dengan Tuhannya.
Redha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujian.
Mengutamakan orang lain dari dirinya.
Bertimbang rasa dengan manusia.
Sangat bersimpati dengan orang yang susah dan mendapat kemalangan.
Ingatannya dengan Tuhan sentiasa hidup.
Jiwanya hidup, sangat peka, suka khidmat dengan manusia. 


MADAH baru 178


*M51*
Siapa yang menghina diri kepada Allah,
dia akan mulia dan ditinggikan.
Siapa yang menghina diri kepada manusia,
dia akan terhina sepanjang masa.
   

*M52*
Menghina diri kepada Allah, 
manusia tidak nampak kehinaannya,
tapi menghina diri sesama manusia,
sesama manusia nampak kehinaannya.


*M53*
Biar kita berjiwa besar, 
bercakap merendah diri,
daripada bercakap besar,
jiwa kecil sekali. 

 
*M54*
Kalau kita meminta kepada Allah begian-begian selagi halal;
iaitu kita menentukan kehendak kita ;
kita harap Allah tunaikan, bukanlah satu kesalahan. 
Tapi yang baiknya, sebagai beradab, 
kita meminta kepada Allah menentukan apa yang baik untuk kita.
Justeru kehendak kita tidak terlepas daripada nafsu. 

 
*M55*
Sebenarnya rezeki dan keperluan yang Allah untukkan kepada hamba-hamba-Nya di dunia,
cukup sebanyak mana bilangan hamba-hamba-Nya setiap masa. 
Tapi ada golongan yang mengambil lebih daripada keperluan,
maka dia telah mengurangkan habuan orang lain.
Justeru itulah ada orang yang tidak cukup. 

 

Taqwa Aset Dunia Akhirat



Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat.
Sumber bantuan, sumber rezeki, sumber kemenangan.
Kalau ingin musuh dikalahkan, baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan.
Taqwa lebih tajam dari pedang.
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden.
Di dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utama,
walaupun senjata disuruh mengadakannya.
Membaiki diri lebih utama melakukannya.
Di dalam berhadapan dengan musuh, ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang.
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam.
Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai yang melupakannya.
Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya.
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan, ternafilah ketaqwaannya.
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri.
Di dalam perjuangan, kedua-dua senjata tidak dimiliki, sama ada senjata rohani mahupun senjata lahir.
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin.
Lebih-lebih lagi di masa berjuang.
Ia bukan menjadi senjata umat Islam.
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya.
Orang mukmin, rasa bertuhan menghayati jiwanya.
Oleh itu usahakan ketaqwaan, terutama di dalam perjuangan.
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam.
Awasilah di dalam perjuangan membuat dosa dan kesilapan.
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang.
Kita akan kecundang dan menerima nasib malang. 

MADAH baru 177


         
*M46*
Setiap satu ulas nasi yang kita makan,
walaupun yang menciptanya Tuhan yang maha Esa,
tapi orang yang terlibat dengan satu ulas nasi itu mungkin puluhan atau ratusan atau ribuan orang,
baru sampai ke mulut kita.
Ertinya baru satu ulas nasi, 
sudah berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita,
belum lagi perkara-perkara lain. 
Tapi pernahkah kita berfikir dan sedar? 


*M47*      
Setiap nikmat dari Allah yang sampai kepada kita itu, ribuan orang yang terlibat mengusahakannya.
Kalau kita menggunakan akal pun, sudah cukup menginsafkan dan menyedarkan kita, 
yang mana kita patut malu hendak sombong dengan mereka. 
Justeru kalau bukan kerjasama mereka,
nikmat itu tidak akan sampai kepada kita.


*M48*
Di antara kelebihan orang mukmin itu ialah musuh sentiasa gelisah dan tidak tenang berhadapan dengannya,
sekalipun musuh-musuh itu sudah dapat mengalahkannya,
betapa pula kalau mereka dikalahkan oleh orang mukmin.


*M49*
Orang yang kuat jiwa; kerana kuat dengan Tuhan;
mukanya selalu ceria sekalipun ia di dalam ujian, 
seolah-olah dia macam tidak ada masalah,
yang dia selalu susahkan ialah dosanya.


*M50*
Menghina dirilah kepada Allah
kerana kita memang hamba-Nya.
Jangan menghina diri kepada manusia, justeru mereka juga sesama hamba.

Muslim Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang



Bukan senang hendak mencari seorang muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Betapa pulalah satu bangsa, lebih-lebih lagilah jarang dan kurang.
Dia seorang yang takut dan cintakan Tuhan, ibadah tidak dicuaikan.
Masa yang sama, dia maju di dalam pelajaran, kreatif, aktif dan tidak jahat dan curang.
Dia seorang yang berjaya di bidangnya, tapi tidak cintakan dunia.
Dunia yang dimilikinya dapat diagih-agih dan dapat dimanfaatkan kepada semua manusia.
Dia maju di dalam hidupnya, sombongnya tidak ada, bahkan merendah diri sentiasa.
Kelebihan yang ada padanya untuk agama, bangsa dan negaranya.
Tidak megah, tidak menunjuk-nunjuk,
bahkan tawadhuk, bermesra sesama manusia.
Walaupun berjaya, tapi tidak suka dipuji dan disanjung-sanjung tinggi.
Jika dipuji, dia malu menerimanya, bahkan jiwanya terseksa.
Kesenangan yang dimilikinya selalu membantu yang tidak punya.
Dia tidak tamak, tidak mementingkan diri, orang yang meminta bantuan ditolongnya.
Bahkan sentiasa sahaja simpati dengan orang yang tidak berada.
Dirinya adalah aset bangsa dan negaranya kerana kemampuannya.
Di dalam dia maju, berkasih sayang. 
Di dalam dia berjaya, hormat dengan manusia.
Dunianya maju dan berjaya, Akhiratnya terserlah di dalam ibadahnya, perjuangannya dan akhlaknya.
Dunia di dalam tanganNya, syukurnya nampak pada perbuatan dan sikapnya.
Di dalam kejayaan, tidak pula menghina orang yang ketinggalan dan kecundang.
Padanya setiap kejayaan yang diperolehinya adalah anugerah Tuhan,
bertambah malu lagi dengan Tuhannya.
Itu barulah contoh cemerlang, gemilang  dan terbilang bagi seseorang.
Kalau majoriti berlaku kepada satu bangsa umat Islam di sesebuah negara,
itulah yang dikatakan umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sudah wujudkah di mana-mana sebuah negara Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang?
Jika sudah berlaku, tentulah negara itu menjadi tempat rujuk dunia Islam. 


MADAH baru 176


*M31*
Apabila nikmat dianugerahkan oleh Allah dengan rahmat,
walaupun sedikit, dia akan menjadi berkat.
Apabila diberi dengan istidraj, berkatnya hilang, masalah akan menimpa-nimpa datang,
yang menjadikan nikmat yang banyak itu tidak ada ertinya lagi.
Seseorang itu akan hidup sentiasa keluh-kesah di dalam nikmat yang banyak itu.


*M32*
Ketika kita berhadapan dengan nikmat,
hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya,
tapi Allah telah mengurniakan,
ingatkan dalam hati ia datang dari Allah,
moga-moga kita bersyukur dan hendaklah rasa takut, 
kerana kita tidak tahu,
apakah ia diberi dengan rahmat atau istidraj. 

 
*M33*
Janganlah rintihkan sesuatu yang terlepas daripada dunia,
seperti harta atau peluang naik pangkat,
atau terputus cinta dan sebagainya,
tapi rintihkanlah sesuatu yang daripada akhirat,
seperti tidak dapat sembahyang jemaah,tidak dapat bangun tahajjud,
tidak dapat berbuat baik kepada ibu bapak,
tidak dapat bersedekah dan sebagainya.


*M34*
Kutiplah sebanyak pahala yang diberi tanpa diusahakan,
ia merupakan hadiah percuma daripada Tuhan Al hannan Wal Mannan,
seperti redha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujian-Nya,
gembira dengan cercaan orang,
benci dengan pujian, tawakal kepada-Nya.
Banyak orang tidak dapat mengutipnya,
sayang sekali dia hilang percuma.


*M35*
Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat, susah hati kita,
sudah dapat, bimbang kehilangannya.
Kemudian apa yang didapati itu rasa tidak cukup,
lebih-lebih lagi apa yang kita dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat,
timbul pula tamak memburunya.
Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan,
sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu suatu perkara yang tiada nilainya. 

 

Kembali Kepada Fitrah Hamba



Seseorang hamba itu, kalau dia kembali kepada fitrahnya,
di situlah ketenangan dan kebahagiaannya.
Dia merasa dirinya hina,
kerana kejadiannya memang hina.
Kejadian yang pertama dari tanah yang tidak ada nilainya.
Kejadian yang kedua dari air mani yang menjijikkan dan amat hinanya.
Kerana sedar dirinya hina, rasa malunya terbawa di mana-mana.
Dia rasa tidak ada harga diri.
Kalau orang hendak menghinanya, hinalah.
Tidak mengapa, memang aku hina.
Jika orang memujinya, terseksa dirinya,
dia rasakan orang memakinya.
Kerana kemuliaan itu tidak patut dia terima.
Orang yang hina dimuliakan,
kerana dia sedarkan diri kemuliaan itu amat menyeksakan,
bukan satu keseronokan.
Dihina dia lebih merasa dimuliakan.
Dimuliakan dia merasa satu penghinaan.
Penghormatan yang tidak patut diberi, dianugerahkan.
Seolah-olah dia merasakan manusia memerli-merlinya.
Orang yang sedar dirinya hamba,
dia tidak terfikir ingin menagih sanjungan dan pujian.
Tapi kalau manusia yang tidak sedarkan dirinya,
dia rasa tuan, patut dimuliakan.
Di mana-mana pergi patut mendapat penghormatan.
Manusia macam ini kalau dihina, terseksa jiwanya.
Kalau dipuji, berbunga hatinya.
Terasa pula manusia luar biasa.
Orang ini tidak payah dihina.
Kalau tidak diberi penghormatan pun sudah cukup menyeksakan.
Orang yang rasa dirinya tuan,
ke mana pergi jiwa tidak tenang kalau tidak diberi penghormatan.
Mana hendak dapat penghormatan setiap masa? 


Copypaste dari penulis asal Izzat Ghazali berkenaan P.a.l.e.s.t.i.n terkini



Kau tahu apa yang jadi kat Palestin sekarang? Mesti rasa heran jugak bila tengok orang tiba-tiba ramai cerita pasal Palestin ni kan?

Meh aku share sikit.
 
1) Ada sekumpulan pendudu Sheikh J.arrah dihalau secara paksa oleh tentera Zi.onis walhal itu tanah diorang. 

2) Orang Pa.lestin rasa marah, dan pakat berkumpul ramai² terawih di M.asjidil A.qsa. Kat sana ada ucapan, laungan semangat yang kutuk apa yang laknatullah tu dah buat. 

3) Z.ionis triggered. Dia pergi tangkap, gunakan kekerasan (gas pemedih mata, bom asap, rubber bullet) untuk suraikan orang kat masjid al-A.qsa. Siap buat sekatan kat sana.
 
4) Tapi malam selepas tu makin berbondong orang datang. Laki perempuan, semua turun limpahkan Masjid Al-A.qsa. Padahal dah tahu tentera Zionis tengah jaga kawasan tu.

5) Berlaku serangan lagi daripada Z.ionis. Masa ni dah ada pemuda² yang kutip batu² simpan dalam masjid. So dia jadi tentera vs orang awam, bukan tentera vs tentera.
 
6) Bila makin ramai orang awam dah cedera sebab pertempuran dengan Zi.onis, ramai jugak yang kena tahan, baru H.amas officially masuk gelanggang. 

7) Abu U.baidah (jurucakap Ha.mas) buat press conference, secara gentleman umum, kalau taknak kitorang serang kau, better kau keluar daripada al-A.qsa & S.heikh J.arrah, kemudian bebaskan tahanan. 

😎 H.amas siap bagi masa sampai 6 petang (waktu sana). Yang macam ni baru betul steady, bagi time. Bukan macam pengecut serang curi.
  
9) H.amas melalui Bridget Al-Q.assam mula lancarkan roket jarak jauh setelah tuntutan mereka tak dipenuhi, malah tekanan kepada orang awam di masjid al-A.qsa juga tak berkurang. Siap ada cubaan bakar lagi. 

10) I.srael ni walaupun ada teknologi penangkis peluru berpandu, tapi cuak jugak. Depa bunyikan siren² amaran. Bertempiaran orang lari cari port selamat masuk bunker. 

11) Sekurang²nya 10 peluru berpandu dilancarkan daripada G.aza, kalau ikut laporan last H.amas 'menyerang' ni masa 2014.

12) Tapi tak semua pun kena kat sana, sebab I.srael ni kalau bab teknologi ketenteraan ni diorang kira advance jugak, ada peluru pemintas (intercept) yang gagalkan peluru berpandu al-Q.assam.
 
13) Media I.srael lapor, yang penduduk diorang lari macam anak ayam hilang mak masa siren berbunyi. Ada la video meniarap apa semua kat tepi tembok. Boleh usha sendiri kat #IsraelUnderAttack.
 
14) Tapi naratif yang media diorang bawak mengarut. Konon² H.amas yang serang dulu. Padahal kalau betul H.amas nak attack kau, tak payahlah bersungguh buat press conference -  terus lancar roket, biar runtuh rumah kau macam kau letupkan rumah kat G.aza tu. 

15) Jet pejuang Z.ionis mula mengebom kawasan² perumahan awam & ladang² pertanian Palestin.
 
16) Pertembungan berlaku seharian, makin banyak tempat di kedua² belah I.srael & P.alestin terkesan. Sampai ke esoknya, M.esir nak jadi orang tengah untuk gencatan senjata. 

17) H.amas respon, boleh dengan syarat asalkan Z.ionis penuhi tuntutan awal mereka, pulangkan apa yang dirampas & keluar daripada al-A.qsa.
 
18) Z.ionis acah power, diorang kata kali ini akan hancurkan H.amas sampai habis. Menteri Pertahanan I.srael bagitahu M.esir takyah campur tangan. Angkuh nak mampus. 

19) H.amas steady, Bring It ON. Walaupun tengah puasa, motivasi untuk bersahur di dunia berbuka di syurga menyala².

20) H.amas tak berhenti menghantar peluru berpandu ni menyebabkan rakyat I.srael makin ketakutan, sebab roket H.amas ni boleh sasar makin jauh. Aktiviti harian tergendala.

21) I.ron Dome milik Z.ionis tu pun dah tak mampu tangkis semua, hinggakan ada peluru berpandu H.amas yang dah berjaya meletus di I.srael.
 
22) Masuk hari kedua berbalas serangan (sebelum ni H.amas tak balas) Z.ionis mula menggunakan tentera darat menekan rakyat P.alestin. Bilangan yang syahid mencecah puluhan dengan ratusan cedera dalam pertempuran batu vs peluru. Ada budak², remaja, wanita.
 
23) Bukan tu je, kapal-kapal laut Z.ionis mula di-parking kat tempat² strategik untuk lancarkan roket ke P.alestin.
 
24) Tapi media lapor, Jeneral Z.ionis menyebut bahawa memasuki P.alestin melalui jalan darat adalah satu kesilapan besar.

25) Yelah, kau berlawan dengan orang yang 'nak' mati sedangkan kau takut mati. One on One memang masak la kau.
 
26) Z.ionis mula gunakan helikopter & dron dan sasarkan penempatan orang awam. Banyak apartment di P.alestin runtuh dibom. Ramai syahid. 

27) H.amas gandakan serangan, tapi I.ron Dome masih berupaya menghalang sebahagian besar peluru berpandu.
 
28) Dengan izin Allah, ada jugak berlaku H.amas berjaya bypass sistem pertahanan I.ron Dome bila lepaskan peluru secara bertubi-tubi. Banyak kali dalam masa yang singkat.
 
29) Hasilnya ada media menyebut, bahawa bandar A.shkelon & A.shdod di Israel antara yang terkesan dengan serangan tersebut. Itu kira peluru yang balance je tu, yang tak sempan I.ron Dome cover. Tapi kesan dia teruk. 

27) Masuk hari ketiga pertempuran, angka kematian yang dilaporkan di pihak P.alestin mencecah 25 orang manakalah di pihak Z.ionis baru 2 orang. Betapa besarnya jurang teknologi ketenteraan ni.
 
28) Z.ionis mula gunakan aset simpanan ketenteraan mereka untuk terus mengasak H.amas. Mereka percaya bahawa H.amas tak mampu bertahan lama. 

29) Jet² pejuang mula memenuhi ruang angkasa P.alestin dengan sasaran mereka seterusnya, masih lagi rumah orang (dasar bacul) iaitu Menara H.anadi, menara tempat tinggal terbesar di G.aza.
 
30) Menara H.anadi ni bangunan 18 tingkat yang dihuni kira-kira 80 keluarga. Media lapor ia 'completely destroyed' selepas serangan bom yang digugurkan oleh jet.
 
31) Namun tiada nyawa terkorban sebab risikan daripada H.amas yang dah warning penduduk siap². So orang dah keluar daripada bangunan tu.

32) Bridged al-Q.assam keluarkan video - bagaimana jika kami berada di langit Tel A.viv? Tel A.viv ni pusat pentadbiran I.srael, kira macam KL or Putrajaya la kalau kat Malaysia ni. 

33) Untuk memudahkan pemahaman, Tel A.viv ni mungkin agak jauh la daripada sempadan G.aza, so orang tak expect akan lancarkan serangan ke sana. 

33) Tapi sekali lagi gentle, diorang umum akan serang by 9 malam waktu sana, masa MU tengah main jam 1 pagi tadi.
 
34) Z.ionis keluarkan kenyataan kerek, Tel A.viv sedia diserang (sebab dia tak percaya kemampuan teknologi roket H.amas la kot).

35) Tepat 9 malam (waktu sana), 130 peluru berpandu dilepaskan serentak ke Tel A.viv.

36) Iron D.ome berjaya tangkis sebahagian tapi sebahagian yang lain gagal sebab non-stop attack.
 
37) Ada laporan cakap beberapa Iron D.ome tak berfungsi sebab habis bateri, kita percaya inilah bantuan Allah.
 
38) Media antarabangsa melaporkan tak pernah melihat serangan skala besar sebegini dalam sejarah I.srael. 

39) Kebakaran besar di Tel A.viv. Baru diorang tahu apa yang orang P.alestin rasa.
 
40) Ada video tular pasal Z.ionis gelakkan je bila H.amas cakap nak attack Tel A.viv, sekali jatuh peluru depan mata, menggelupur lari. Mencicit tak cukup tanah.
 
41) Sementara di al-A.qsa, orang mula membanjiri kawasan tersebut untuk solat terawih berjemaah. 

42) Tak tercapai akal kita kan, tengah suasana genting macam tu pun nak gi masjid lagi.
 
43) Tapi kita takkan faham, sebab diorang betul² rindukan syahid. Mungkin kalau kita kat sana, gali lubang sembunyi la kot. Dengan jet pejuang, helikopter, pelancar roket jarak jauh, tentera di darat lagi. 

44) Masjid umum, rapatkan saf kalian, bersabarlah, kita tetap akan untung, samaada menang atau mati s.yahid.
 
45) Lapangan terbang Tel A.viv ditutup. Semua orang ketakutan, dan suasana kucar kacir. 

46) Selain daripada sasarkan airport, H.amas juga sasarkan tangki minyak Zionis. 

47) Sebagai respon, askar Z.ionis mula merempuh masuk menyerang jemaah di al-Aqsa. Konon nak balas dendam.

48) Tapi Allahuakbar, pemuda² P.alestin (yang bukan tentera pun) berjaya memberi tentangan sehingga tentera Z.ionis terpaksa berundur. 

49) Pusat janakuasa eletrik Tel A.viv berjaya diserang. Bandar pelabuhan H.aifa jugak antara yang turut disasarkan.
 
50) Bersemangat daripada tindakan tersebut, penduduk tempatan mula react. Berlaku pertempuran di merata tempat, L.od (tempat dalam hadis Nabi Isa akan lawan Dajal), H.ebron, J.ericho antaranya. Kebakaran dan kemusnahan di mana-mana.
 
51) Matawang I.srael mula merosot. 

50) China desak PBB buat persidangan tergempar segera, suruh campurtangan.
 
51) Sehingga update ini, I.srael declare beberapa bandarnya darurat. Dan arahkan rakyatnya untuk berkurung dalam rumah.
 
(minta maaf kalau ada info tersalah kalau ada sumber yang lebih baik, saya sekadar ikut live coverage di internet. Boleh sekadar baca untuk dapat general idea.) 🙏🏻

Semoga bermanfaat. 

#EeIsTyping #SaveP.alestine #Pray4G.aza

Please pray for Palestin😭

MADAH baru 175



*M26*    
Tidakkah kita merasa gerun,
setiap nafas turun naik, akan ditanya ke mana digunakan, 
setiap anggota akan dipersoalkan,
setiap harta akan ditanya,
setiap jawatan akan dipertanggungjawab di hadapan Tuhan,
setiap orang di bawah tanggung jawab kita akan dipersoalkan, 
daripada sekecil-kecil habuk, hingga sebesar mana pun,
semuanya akan digeledah, selongkar, 
apakah kita rasa selamat?
Tanyalah diri sendiri berdasarkan sikap dan tindak tanduk kita dari sejak baligh, 
kita dapat mengagaknya. 


*M27*    
Manusia memberi makanan kepada binatang bermacam-macam cara. 
Adakalanya disuapkan ke dalam mulutnya,
adakalanya dilonggokkan di satu tempat,
adakalanya diletakkan di sebuah bekas,
adakalanya dilemparkan ke mukanya,
adakalanya dilemparkan dan ditabur merata-rata.
Pada haiwan itu mereka tidak terasa apa-apa,
yang mereka rasa, bangga mendapat makanan.
Tidak terasa apa-apa bagaimana dia diberi makanan.
Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia bermacam-macam cara. 
Ada secara bersih, ada secara kotor,
ada secara separuh bersih dan separuh kotor,
ada secara terhormat, ada secara terhina,
ada secara rahmat, ada secara istidraj
tapi kebanyakan manusia tidak sedar.
Kecuali golongan yang sedikit yang mata hati terbuka.


*M28*    
Kalau kita bersandar dan menaruh harapan kepada makhluk seperti kepada suami, isteri, ibu bapa, pemimpin, kawan, kita akan kecewa.
Suami boleh mati atau ceraikan kita,
Isteri boleh lari atau mendatangkan masalah kepada kita,
ibu bapa boleh mati atau sakit yang serius
yang tidak boleh bertanggung jawab, pemimpin boleh mati atau menzalimi kita,
kawan boleh lari atau pergi meninggalkan kita,
atau sakit yang tiada berupaya membela kita.
Oleh itu menyerah dirilah kepada Allah yang sempurna lagi berkuasa, 
yang tidak mati, tidak sakit, tidak tua dan tidak menzalimi kita.


*M29*       
Kalau kita manusia mahu berfikir,
tidak ada sebab mengapa manusia itu mahu sombong dan berbangga.
Kejadian kita sama-sama hina dari air mani yang jijik.
Kesusahan sama-sama kena,
bentuknya sahaja yang tidak sama,
setengah orang ditimpa bencana alam,
ada setengah orang ditimpa serangan bermacam bala, 
sama-sama terpaksa ke jamban.
Ilmu bagaimana tinggi pun,
hakikatnya Allah yang memberi,
lahirnya ada orang lain mengajarnya,
bukan dapat sendiri. 
Pangkat besar, harta yang banyak,
sepertilah ilmu tadi.
Kalau panjang umur, 
sampai tua bangka yang tidak berguna,
hanya menyusahkan keluarga menjaganya,
selepas itu sama-sama merasa mati.
Di dalam kubur belum tentu selamat daripada kena pukul,
di Akhirat ke Syurga atau ke Neraka,
masih menjadi tanda tanya. 
Apakah di dunia ini mahu sombong atau berbangga?


*M30*    
Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan,
tetapi dengan makhluk. 
Padahal lumrah berlaku pada manusia
tapi manusia tidak juga mengambil iktibar dan pengajaran, ada isteri cantik banyak kerenah pula.
Banyak harta, ditimpa penyakit dengan bermacam jenis pula.
Ilmu banyak, kerana kesombongan, manusia benci pula.
Pangkat tinggi, banyak pula orang benci kerana sikapnya.
Akhirnya kebahagiaan diburu tidak kunjung-kunjung tiba.
Setengah orang setelah kemewahan dunia dimiliki, Allah datangkan seribu satu masalah pada diri.
Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang serba ada dan mewah pula.
Oleh itu carilah Allah,
Dia adalah sumber segala kebahagiaan. 

 

Kebersihan Asas Ibadah



Islam sangat mementingkan kebersihan.
Kebersihan lahir dan batin.
Kebersihan jasmani dan rohani.
Ia merupakan asas ibadah.
Kebersihan lahir kalau tidak dijaga,
mudharatnya tidak merata.
Ia memberi mudharat orang yang dekat sahaja.
Atau yang di kiri kanan kita.
Tapi kebersihan batin atau rohani kalau tidak dijaga,
merbahayanya merata-rata dunia.
Ia akan merosakkan dan memusnahkan seluruh dunia.
Membinasakan dan memusnahkan apa sahaja yang ada.
Harta dan negara, haiwan dan manusia.
Itulah yang sedang berlaku di dunia hari ini.
Harta musnah, apa yang dibangunkan binasa.
Manusia mati setiap masa.
Akibat batin atau rohani manusia tidak dibersihkan daripada mazmumah,
batin manusia terbiar tidak dijaga,
kerosakannya merata-rata dunia. 

MADAH baru 174


*M21*
Sekiranya seseorang itu merasa terseksa dengan pujian-pujian serta meminta ampun kepada Tuhan,
dan rasa senang dengan kejian,
rasa kehambaan benar-benar menghayati jiwanya. 

              
*M22*
Setiap orang itu dikatakan pemurah tidak sama ukurannya di antara satu sama lain.
Perbuatan yang sama di antara beberapa orang di dalam mengorbankan harta, 
setengah orang sudah boleh dikatakan pemurah. Tapi pada orang lain belum boleh dikatakan pemurah,
kerana kemewahan dan kesenangan di antara satu sama lain tidak sama. 

 
*M23*
Kita jangan terlalu bangga dengan jawatan tinggi,
harta yang banyak, kemajuan yang pesat,
kerana tidak tahu apakah Allah menganugerahkan itu semua dengan rahmat-Nya atau dengan istidraj-Nya.
Diberi dengan rahmat ertinya diberi dengan kasih sayang.
Diberi dengan istidraj ertinya diberi dengan penipuan dari Allah atau kemurkaan dari Allah.


*M24*
Sekiranya kita serba mewah kerana gaji lumayan, perniagaan besar,
jawatan tinggi, serta kemudahan ada di tangan, janganlah kita bersenang hati.
Insaflah! 
Kita berada dalam kekuasaan Tuhan bila-bila kita boleh dimatikan,
sekelip mata kemewahan kita Allah boleh ambil.
Oleh itu hendaklah takut dengan Tuhan, 
taati Dia, bersyukurlah kepada-Nya,
agar kita sentiasa berada di dalam keredhaan-Nya,
selepas itu hendak jadi apa pun tidak mengapa. 

 
*M25*
Dahulukanlah hak Allah, kemudian hak manusia,
selepas itu barulah hak kita,
begitulah yang dituntut oleh syariat kita. 
Siapa yang boleh melakukannya,
dia adalah orang yang pandai hidup. 

             

Bumi Tuhan... Bersaksilah