Hari baru, kelahiran semula Hans

Alhamdulillah. Hari ini seperti dihidupkan kembali...
Allah takdirkan bertemu Tabib Hasan Md Zin. Seorang Tabib yang terlibat dengan Skylab team yang membantu operasi Bario yang tidak menjumpai helikopter terhempas tahun 2003.

Selepas merawat Hanisah, dapat berbual sambil mendengar real story dari tuan badan sendiri. sempat juga aku bertanya berkenaan pencak dan wirid. Mashaa Allah. 

Antara perkongsian yang menjadi inspirasi ialah, kita berzikir atau berwirid umpama kita menyimpan dalam bank. time perlu boleh digunakan. Then simpan lagi. Ini suatu ilmu rohani yang tidak dapat dan susah nk jumpa di zaman ini. 

Ada juga cerita berkenaan Dato Yusof di Johor. Di bawa bertemu orang yang berumur 40 tahun dan penjaganya yg berusia 180 tahun. Titik perubahan besar kepada beliau selepas pengalaman bertemu wali Indonesia itu.

Nak berjumpa dan bersembang perkara2 macam ni dh rare di zaman ni. Sebab wahabi dah menguasai... Malaysia ni pun.. dah takde org yang bercakap dengan Rohani yg suci. SUsah nk jumpa dan susah nk bezakan... Moga Allahjumpakan aku..

Katanya akan buka cawangan di Ayer Keroh, Melaka tak lama lagi. Nombor pun dah aku ambil. Nanti boleh berjumpa untuk belajar atau mendengar kisah2 real beliau bersama SZ. Jelas dan terang aku mendengar secara terus kisah2 beliau. Sebab beliau yg bersama SZ selama 13 tahun menjaganya. Ma shaa Allah.

Umpama aku jumpa jalanku semula. In shaa Allah. Macam Allah dh buka jalan. Aku nk sambut! In shaa Allah. moga Allah mudahkan jalanku kali ini. Sebelum melalui fasa 40an, lebih baik aku grab peluang ni. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah