Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia
Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang
Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik
Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana
Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma
Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik, suasana lama sudah tidak ada
Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru
Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia
Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun,
Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama
Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud
Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah
Dunia sudah menjadi cantik dan indah
Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik
Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia, Tuhan datangkan rasul
Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul
Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan
Tapi untuk membangunkan insan, bukan calang-calang orang untuk memimpin
Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak
Manusia pun bertambah rosak dan jahat
Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat
Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya
Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah
Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia
Tidak seperti alam semulajadi mudah sahaja berubah
No comments:
Post a Comment