KENANGLAH DOSA YANG LALU

Kenangkanlah dosa-dosa yang lalu dan mohon ampun kepada Tuhan
Kerana Tuhan tidak melupakannya
Awas, janganlah membuat dosa di masa depan
Kerana di waktu ini kita mungkin hampir kepada Tuhan
Sepatutnya makin hampir kepada Tuhan, makin bersih daripada dosa
Jagalah masa yang sudah tinggal sedikit
Isilah dengan perkara-perkara yang memberi faedah
Tanda kita menyesal dengan masa yang sudah
Ingatlah Tuhan setiap waktu
Kerana kematian kita tidak tahu
Jika tiba kematian, kita tidak lupa dengan Tuhan
Janganlah menzalimi manusia kerana penzaliman di dunia lagi dibalas oleh Tuhan
Apatah lagi di Akhirat, memang tidak lepas daripada hukuman
Buatlah berbagai-bagai bentuk kebaikan sekalipun kecil kerana ia lebih ikhlas
Selalunya kita lupakan
Kerana amal kebaikan disuruh lupakan
Tapi amal kejahatan kenalah kita ingatkan
Agar kita menyesal dan bertaubat
Siap-siagalah selalu berhadapan dengan kematian
Kerana kematian itu bila-bila masa boleh berlaku
Dan kedatangan mati tidak pilih umur
Dan janganlah kita berangan-angan untuk panjang umur

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah